RSS

Category Archives: Perkongsian

Top Artikel 1 Tahun: Tapak Tangan Gatal… Tandanya??

Assalamualaikum wbt…

Sebagaimana yang telah saya maklumkan, mulai tahun ini (atau lebih tepat 14hb januari 2012) saya telah mengaktivekan blog baru saya ini mengantikan blog lama saya iaitu http://wakseman.wordpress.com dan semua artikel di blog tersebut telah saya kemaskini di dalam blog saya ini juga.

Walaupun sudah tidak aktive di blog lama, alhamdulillah rekod pautan carian ke blog wakseman masih aktive sehingga hari ini. Terima kasih kepada rakan-rakan yang membaca artikel saya disana.

Sedar tak sedar sepanjang 2 tahun aktive berblog di wakseman.wordpress.com, secara kasar blog saya telah menerima view melebihi 90,000 kali. Mungkin bagi yang aktive berblog, nilai ini masih kecil tetapi pada saya amat gembira kerana ramai rakan-rakan sudi menjengah ke blog saya yang tidak seberapa ini.

Sepanjang setahun juga, sehingga hari ini antara artikel yang saya kongsikan mendapat view yang baik adalah artikel berkaitan tanda-tanda tapak tangan gatal yang saya kongsikan pada bulan ogos tahun lepas. Ramai juga yang ingin tahu tentang perkara ini. Seperti yang saya nyatakan dalam artikel tersebut, tanda tapak tangan gatal atau mata bergerak-gerak adalah rujukan berdasarkan pengalaman saya. Ianya bukanlah tepat 100% dan rasanya tiada dinyatakan secara kajian ilmiah. Seperti petua orang-orang tua, berdasarkan pengalaman mereka juga.

 

Hobi saya membela ikan laga juga antara mendapat view yang baik. Ramai peminat ikan laga rupanya dan ramai juga yang cuba untuk membiakkan ikan laga. Buat rakan-rakan peminat betta, jangan putus asa membiakkan betta anda.. hehehe..

Artikel yang lain seperti dalam list tersebut.. 🙂

p/s: Tulisan ini hanya untuk perkongsian sahaja.. Sila beri sepatah dua komen juga boleh.. hehe..

 
Tinggalkan komen

Posted by di Februari 23, 2012 in Perkongsian

 

Warranty Card Jangan Buang!

HeHeHe…

Itu adalah amaran keras untuk semua sebagai introduction.

Ya! Warranty card jangan buang atau terbuang!

Kerana….

Tiada bukti barang masih dalam warranty apabila barang rosak.

Itu yang terjadi kepada saya, pertengahan tahun lepas (dalam bulan Julai) beli jam tangan dan ada warranty untuk 1 tahun. Minggu lepas ntah tiba-tiba jam mati. Sangkaan bateri dah habis, maka pergi ke kedai jam just terus tukar bateri baru. Habis RM10..

Keesokkan harinya, pakai untuk pergi kerja tengok masa terhenti tak bergerak.

Adiuh! Rosak la nie.. <Pikir dalam hati..>

Otak ligat teringat. Wah! Masih dalam warranty!! Sambil tersenyum.. 🙂 <Hati dah happy sebab teringatkan ada warranty..>

Balik kerja, ligat mengeledah bilik mencari dimana warranty card dia disimpan.

Cari punya cari punya cari… Sekali tak jumpa daa..

Oh! Maybe dah terbuang sewaktu kemas bilik hujung minggu.. huhu..

Hari ini masih mencari, takut-takut terselit mana-mana dalam beg galas. Tapi tetap tak jumpa..

Maka pilihannya dua, pergi kedai jam baiki <jika boleh> atau keluarkan sikit bajet beli jam baru.. hurm…

Pengajarannya..

Jangan sesekali sepah-sepahkan warranty card barangan yang anda beli. Simpan dengan baik sehingga tempoh sah tamat supaya sebarang kerosakkan boleh terus dihantar ke kedai untuk di baiki secara PERCUMA.

P/S: Jika ada pengalaman yang serupa boleh share-share di sini.. hehe.. 🙂

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 18, 2012 in Perkongsian

 

http://wakseman.wordpress.com telah ditransformasi..

Assalamualaikum wbt..

Kepada rakan-rakan yang telah mengenali blog http://wakseman.wordpress.com pasti tidak asing dengan tajuk entri ini.

Namun buat rakan-rakan yang pertama kali melawat blog saya, terima kasih.. 🙂

Ini bukanlah blog pertama saya kerana blog pertama saya yang aktive adalah http://wakseman.wordpress.com. Mulai 2012, saya ingin mentransformasikan blog pertama saya kepada blog yang lebih sesuai namanya. Maka lahirlah idea untuk memperkenalkan blog baru saya ini yang mana saya gunakan nama saya sebagai domain blog.. 🙂

Apa bezanya blog wakseman dengan sekarang?

Tiada beza.. Semua entri dan post dalam blog lama saya telah saya muatkan ke dalam blog ini agar rakan-rakan tidak perlu bersusah payah untuk membuka blog lama saya untuk mencari entri-entri lama yang berkaitan.

Cuma mulai 2012, saya akan update di dalam blog ini dan tidak lagi di wakseman.wordpress.com. 🙂

Akhir kata, jangan bosan-bosan melawat blog saya ini.. heheehe…

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 14, 2012 in Perkongsian