RSS

Pengalaman 88 hari di Japan..

14 Apr

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, syukur kepada-Nya atas nikmat yang telah diberikan.. Syukur kerana selamat pergi dan selamat balik dari Japan pada Jumaat lepas bersamaan 12hb April 2013.

Semestinya banyak pengalaman menarik yang dapat dipelajari dari sana..

Namun terlebih dahulu, terima kasih kepada sahabat yang menyinggah di blog saya ini. Telah sekian lamanya blog ini tidak di update, namum begitu masih ada rakan-rakan yang sudi memberikan sedikit masa untuk membaca celoteh di sini.. Gembira rasanya.. đŸ™‚

Berbalik cerita awal tadi, pengalaman di Japan merupakan pengalaman baru bagi saya kerana 1st time ke oversea.

Pengalaman bermain salji!!

Saya tiba di Japan pada 17hb Januari 2013 yang lalu ketika disana musim sejuk. Memang sangat sejuk!! suhu persekitaran lebih kurang 1~5 darjah dan menjelang malam sehingga -3 darjah. Oh… sebelum itu terlupa nak maklumkan, saya berada di Japan, berdekatan dengan kawasan Kyoto. Mungkin sahabat boleh search google map detail kawasan Japan.. hehe..

Alhamdulillah, hari kedua sampai di Japan, kami berpeluang bermain SALJI, real SALJI!! Best!!

Image

Pengangkutan awam di Japan

Di Japan,rakyat mereka lebih gemar menggunakan train @ keretapi untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Bahkan, orang-orang tua Japan juga sanggup berjalan dan menggunakan khidmat ini.

Hebat train disini, jadual perjalanan sentiasa tepat. Bukan sahaja train, jadual perjalanan bus awam juga tepat.

Image

Cabaran mencari makanan halal di Japan

Walaupun, Japan terkenal dengan kemodenan teknologinya, namun bagi kita sebagai muslim cabaran buat kita adalah untuk mendapatkan makanan HALAL disana.

Alhamdulillah, sepanjang saya disana saya diiringi 2 rakan yang pernah belajar di Japan. Mereka menjadi rujukan kami untuk mencari makanan halal.

Jika kita pergi bercuti ke Japan tanpa ada pembantu yang tahu selok belok cara menilai makanan Japan, sangat berbahaya kerana berkemungkinan besar kita akan makan makanan yang tidak Halal. Cuba cari kawasan melancong yang mempunyai umat Islam disana. InsyaAllah mereka boleh membantu memberikan senarai kedai yang boleh dimakan dan juga ada menjual makanan halal disana.

Sebenarnya banyak lagi boleh dicelotehkan disini. hehe.. Tapi untuk mukaddimah cukuplah ini dahulu sebagai introduction kepada musim baru informasi saya di blog ini. Semoga perkongsian bermanfaat untuk rakan yang membaca.

Sekian terima kasih.

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di April 14, 2013 in Lain-Lain

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: