RSS

Category Archives: Ikan Hiasan

Betta a.k.a Ikan Laga – Diganti kepada Ikan Guppy

Kali ini saya ingin menulis sedikit tentang hobi saya membela dan cuba membiakkan ikan laga yang saya mulakan beberapa tahun dahulu.

Sejak saya kongsikan info berkaitan teknik membiakkan ikan laga, ramai rakan-rakan peminat ikan laga @ betta berkunjung ke laman saya dan ada juga yang bertanyakan soalan. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan semua.

Sehingga hari ini, masih ada rakan-rakan ikan laga yang membaca artikel berkaitan ikan laga, saya amat menghargainya.

Namun, hari ini saya ingin memaklumkan kepada rakan-rakan betta @ ikan laga semua, saya sudah tidak membiak ikan laga lagi dan kini hobi saya telah beralih kepada membiak ikan guppy.

Ikan laga mempunyai keunikan dan kecantikan yang tersendiri. Namun ada beberapa factor yang menyebabkan saya menukar hobi dari ikan laga kepada ikan guppy.

i) Ikan laga perlu dibela didalam bekas yang berasingan. Kita perlu menyediakan banyak bekas untuk setiap ekor ikan laga.

ii) Ikan laga akan berlaga jika ditempatkan dalam satu akuarium yang sama. Saya kesian kepada ikan-ikan laga saya yang luka akibat bergaduh sesama ikan laga.

Diatas dua factor diatas saya decide untuk tidak meneruskan pembiakkan ikan laga dan beralih kepada ikan guppy.

Kenapa saya memilih ikan guppy?

  • Warna ikan guppy juga sangat menarik, dan ada yang warna seakan ikan laga.
  • Ikan guppy boleh diletakkan dalam akauarium yang sama. Makin banyak corak warna, makin menarik akurium kita.
  • Ikan guppy lebih mudah dibiakkan berbanding ikan laga kerana ikan guppy beranak, manakala ikan laga bertelur. Untuk menjaga telur ikan laga lebih complex atau sukar kerana tugas menjaga telur-telur ikan laga sehingga menetas adalah tanggungjawab ikan laga jantan berbanding ikan guppy yang beranak.
  • Saya memilih ikan guppy strain atau corak tertentu untuk mendapat lebih kepuasan. Harga untuk ikan guppy corak tertentu adalah lebih mahal berbanding ikan guppy biasa yang dijual di kedai ikan.

Contoh-contoh ikan guppy yang saya ada dan tidak kurang menariknya:

Black Moscow: Gambar dari google

Black Moscow

Full Red Alabino: Gambar dari google

Full Red Albino.png

Blue Moscow: Gambar dari google

Blue Moscow

Contoh ikan guppy warna warni di dalam satu akuarium. Cantikkan?

Red and White.jpg

Nota: Ikan guppy saya masih peringkat awal pembiakan. Belum boleh masuk ke dalam akaurium kerana jumlahnya tidak banyak dan dalam proses membiakkan untuk lebih banyak. 🙂

Tingalkan komen ada untuk berkongsi pengalaman rakan-rakan juga disini.

Sekian terima kasih.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 26, 2019 in Ikan Hiasan

 

Label: , , ,

Betta: Baka Halfmoon

Assalamualaikum wbt..

Dah terlalu lama tak update tentang ikan laga @ betta di blog ini..hehe.. <Bimbang juga ramai akan menyangka saya dah tidak membela ikan laga. :)>

Walaupun begitu, rakan-rakan yang meminati dan membela ikan laga tidak jemu bertanya dan memberi komen dalam entri saya sebelum ini, terima kasih.

Hari ini saya ingin kongsikan betta baka halfmoon saya.. Merah menyala! hehehe..

              (Si Merah! Maaf atas kualiti gambar yang kurang memuaskan..)

Jika perasan di belakangnya ikan laga betina warna biru.. hehehe..

Sebenarnya baka saya ini telah mengawan 2 kali namun tidak berjaya membesar kesemuanya..

Ini antara anak betta yang berjaya hidup dan saya asingkan dalam bekas lain..

Ingin tahu apakah anak-anak betta saya ini berjaya survive dan hidup membesar??

Nantikan dalam entri berikutnya…hehe 😛

p/s: Selepas 2 kali mengawan, baka halfmoon saya ini dibiarkan keseorangan selama lebih 2 bulan. Dan minggu lepas baru saya carikan pasangannya. Minggu ini baru nampak cergas semula dan mula membuat buih2 dalam akuarium saya. Tak sabar rasanya melihat baka halfmoon saya ini membiak lagi..hehehe..

 
2 Komen

Posted by di Januari 15, 2012 in Ikan Hiasan

 

Akhirnya Ikanku Mengawan Juga..

Adakah rakan-rakan sekalian meminati ikan laga??

Pernah mencuba membiakkan ikan laga??

Saya pun sebenarnya tak pernah dan memang tak berpengalaman, dan ini kali pertama saya mencuba membiakkan sepasang ikan laga saya.

Selepas 3 kali percubaan mengawankan ikan laga, alhamdulillah kali ke-4 ikan ku mengawan juga pagi nie..:)

Teringat ketika kali pertama saya mencuba mengawankan ikan laga ini, disebabkan terlalu excited untuk melihat dengan mata sendiri, saya sanggup menunggu hampir 30minit saya memerhatikan ikan-ikan ini tetapi tiada hasil. Akhirnya sarang buih ikan laga nie rosak begitu sahaja. Begitu juga kali ke-2 dan ke-3 percubaan mengawan. Tiada hasil.

Mungkin disebabkan keadaan air dan bekas air untuk mengawan terlalu kecil menyebabkan usaha si jantan memikat ikan betina gagal..hehe..

(Ini balang kaca yang saya gula sebelum ini..)

Kali ke-4 saya letak pasangan ikan laga saya ke dalam kolam ikan emas + ikan koi saya kat luar rumah dua hari lepas..Tapi dalam kolam, saya tak boleh nak tengok la ikan nie bertelur..

(Ini kolam ikan luar rumah saya..kecil ja saiznya..Cawan cup tu tempat ikan laga saya..)

Pagi tadi saya berpeluang melihat si jantan mengutip telur-telur untuk disenyawakan dalam sarang buihnya.. Gembiranya pagi nie apabila melihat ikan laga ku akhirnya mengawan..:) Lupa nak bagi tahu, ikan saya berwarna biru..hehe..

Disebabkan saya tak berpeluang mengambil gambar pasangan ikan saya, saya ambil gambar dari website betta untuk tontonan rakan sekalian..hehe..

Berikut gambar-gambar process perkenalan si Romeo dan Juliet..

(Reaksi si Romeo bila berjumpa si Juliet..hehe..Ini peringkat awal pengenalan..Biasa la tu, kena berkenalan dulu awal-awal..hehe..)

(Contoh ikan mengawan di bawah sarangnya..Nie Gambar hiasan ja. Gambar ikan saya mengawan tak dapat nak amik pagi tadi..)

(Si romeo mengutip telur-telur untuk disenyawankan pula dalam buih sarangnya..)

Sebenarnya selepas tengok ikan saya bertelur, saya keluar ke bandar kuantan atas urusan. Cuaca pagi tadi cerah.. Namun, sebelah petang hujan turun dengan lebat..Dalam hati, saya risau sebab saya letakkan ikan saya di kolam luar rumah. Confirm air kolam ikan saya bertambah..Yang membimbangkan saya sarang buih ikan laga saya tu..huhu.. Risau sarang buih akan rosak sebab bekas (cawan) akan bergerak..

Sampai je rumah, saya cepat-cepat tengok sarang ikan laga tersebut. Memang seperti saya jangka, sarang akan berubah tempat dan buih dalam cawan macam tiada..huhu..

Cepat-cepat saya amik cermin untuk melihat adakah buih sarang masih elok. Alhamdulillah bila saya tengok melalui cermin, masih ada buih sarang ikan walaupun tak penuh cawan seperti dalam gambar diatas. Diharap si jantan dapat menjaga telurnya dengan baik sehingga menetas..

InsyaAllah sekiranya telur-telur ini berjaya ditetaskan dengan baik, saya akan tunjukkan gambar anak-anak ikan saya nie..hehe..Sama-sama berdoa usaha saya berhasil..:) Sekian sahaja kali nie..

Update terbaru: Gambar pasangan ikan saya..:)

(Ini ikan laga Juliet saya..Cantik tak? hehe..Baru ja masukkan dalam balang hari nie lepas dah bertelur semalam..)

Tengah mencari makanan agaknya tu..Kesepian sorang dalam balang, si Romeo menjaga sarangnya..

Si Romeo sedang menjaga sarangnya..InsyaAllah jika takda masalah dalam 48jam telurnya akan menetas..Tak sabar menunggu..:)

Ini ikan emas yang ada dalam kolam saya..hehe..

Bermanja dengan ikan…Ikan-ikan mengigit jari..hehe..

p/s: Kepada rakan-rakan yang berminat dan ingin mengetahui cara-cara membiakkan ikan laga, boleh click disini untuk info berkenaan ikan laga. Semoga info ini membantu anda..:)

Ikhlas: MindatifPLUS (MP)

 
54 Komen

Posted by di Mei 22, 2010 in Ikan Hiasan

 

Label: