RSS

Santai: Tapak tangan gatal.. Tandanya??

08 Feb

Biasa tak dengar orang tua-tua kata kalau tapak tangan gatal tandanya nak terima atau keluar duit??

Betul ker??

Gambar hiasan sahaja…hehe…

 

Disini saya kongsikan sedikit pengalaman saya:

Hebatnya Allah SWT memberi isyarat awal kepada tubuh badan kita bila hendak berlaku sesuatu perkara dalam hidup kita.

1. Tangan Kanan

Apa yang pernah saya alami dan saya sedari selama ini, bila tapak tangan sebelah kanan tiba-tiba rasa gatal tanpa ada sebab, maknanya kita bakal menerima duit yang kita tidak sangka. Contohnya pada sebelah pagi tiba-tiba tapak tangan rasa gatal, bila menjelang tengah hari dapat msg dari pelanggan ingin membeli Mindatif Plus. πŸ™‚

2. Tangan Kiri

Bila tiba-tiba tapak tangan kiri gatal pula, bermakna ada rezeki (duit) yang terpaksa kita keluarkan sama ada membayar denda dan sebagainya.

3. Mata Kanan

Biasanya bila saudara jauh yang dah lama tak jumpa nak balik kampung atau kawan lama yang dah lama tak berjumpa tetapi tiba-tiba terserempak dimana-mana, bawah mata saya akan bergerak-gerak. Makin dekat hari nak berjumpa makin kuat bergerak secara spontan. Bila dah berjumpa, dah tidak bergerak-gerak.. (Bergerak-gerak bukan berkelip banyak kali tau.. Kulit bawah mata bergetar-getar sendiri.)

4. Mata Kiri

Yang ini saya sedar berlaku sebelum arwah datuk saya meninggal dunia. Ketika itu saya di matrikulasi. Selama ini tidak pernah-pernah mata sebelah kiri saya bergetar dengan kuat sendiri. Tapi pada hari tersebut, sebelah pagi mata kiri saya kuat bergetar sehingga saya dapat panggilan dari rumah memaklumkan datuk sakit kuat. Saya sempat balik melihat arwah atuk sebelum beliau meninggal.

Itu antara tanda-tanda dari tubuh kita bila hendak berlaku sesuatu disekeliling kita yang saya alami. Mungkin ianya secara kebetulan bagi setengah-setengah orang.

Atau rakan-rakan juga pernah alami pengalaman ini. Boleh share bersama. Sekian.

p/s: Orang kata kalau bulu mata gugur maknanya ada orang rindu.. Yang ini saya tak tahu kebenarannya..hehehehe.. Ada sebarang komen?? πŸ™‚

Advertisements
 
8 Komen

Posted by di Februari 8, 2011 in Perkongsian

 

8 responses to “Santai: Tapak tangan gatal.. Tandanya??

  1. inadiyah

    Ogos 16, 2011 at 3:37 pm

    kenapa badan kita selalu rasa gatal???

     
    • fyzul

      Ogos 17, 2011 at 12:48 pm

      @inadiyah: Badan gatal saya tak pasti.. Mungkin ada sapa2 yang tahu.. Atau memang penyakit. Yang saya maksudkan gatal tangan atau mata bergerak2 bukan isu sakit tapi hikmah tanda2 tersebut.. Wallahua’lam..

       
  2. anisa

    September 1, 2011 at 11:44 pm

    badan selalu rasa gatal mayabe mandi x bersabun kot hahaha

     
  3. emiez

    Oktober 9, 2011 at 8:38 pm

    samalah…saya klu tpk tgn kanan gatal….ada lah nak dpt duit….tpi yg x suka klu bwh mata kiri bergetar(gerak2)….nak nangislah…..x suke:…x suke….tpi kita x leh percaya sngat kang khurafat…..yg pasti scara kebetulan apa yg blaku……

     
    • fyzul

      Oktober 11, 2011 at 7:44 pm

      Emiez: hehe… Sebenarnya pendapat saya bergantung pada diri individu. Jika melihat tanda2 ini sebagai tanda kebesaran Allah untuk hambaNya, tidak menjadi khurafat. Tapi jika menilai bukan dari sudut kekuasaan Allah tapi percaya bulat2 kononnya orang tua2 kata, maka boleh jadi khurafat. πŸ™‚

      Saya melihat tanda ini sebahagian dari kebesaran sang pencipta yang memberi tanda2 awal apa yang bakal berlaku dan bukan kebetulan semata-mata. Sebabnya ianya berlaku banyak kali dan semuanya seperti dirancang pencipta.

      Contohnya minggu lepas, mata kanan saya bergerak2 dan biasanya tanda bakal berjumpa kawan lama secara tak sengaja. Jadi bila sy ke Giant, terserempak dengan kawan sekampung yang dah lama tak jumpa. Jadi itu adalah tanda awal Allah nak bagi kepada kita. πŸ™‚

      Bwd thanks membaca blog saya. πŸ™‚

       
  4. maya diana

    November 23, 2011 at 11:07 am

    betul tu..saya dan suami selalu gatal tangan kanan kalau nak dapat duit…tapi pelik jugak ada org cakap gatal tangan kanan nak keluar duit…huhuhu…confuse…confuse…takpe laa…yang penting…saya ngan husband yg dapat duit…keluar duit tu pulak sebab biasanya bila dah ada duit kitaorg suka shopping , melancong atau belanja keluaga atau kawan-kawan…hehehe..tak apa la kan rezeki ALLAH bagi kita kongsi sama-sama….sebab…ShaRiNg iS cARiNg

     
    • fyzul

      November 23, 2011 at 9:38 pm

      @maya diana: Jadi bila saya pun dapat merasa dibelanja? hehe.. Gurau ja.. Jika saya, biasanya tapak tangan kiri akan gatal2 tandanya mau keluarkan duit untuk something..hehe.. Biasanya sesuatu yang kita tak jangka la.. Kalo keluarkan duit untuk shopping tu takda gatal tangan tapi “gatal-gatal tangan” berbelanja lebih..hehehe..

       
  5. Yati

    November 28, 2011 at 4:08 pm

    salam…tuan rumah…

    Jumpa pun isu ni…saya pun memang dari dulu percaya sgt dgn tanda2 begini, umpama six sense yg Allah anugerahkan pada kita hambanya. Saya berbiz dari rumah..memang perihal tangan kanan gatal selalu sgt betul..memang akan ada org order,etc.kalau tangan kiri gatal tu..ada juga..tau2..kete rosak,etc. Mata berkedip2 pun betul..jika kiri, akan ada perkara yg saya tak suka berlaku, umpamanya..kek tak menjadi. apapun, saya yakin ini petunjuk dari Nya..utk kita lebih bersedia dan sabar.

    Tapi baru2 ni, suami saya mencelah..katanya ini perbuatan syirik-ustaz dari Bangi. Syirik kerana kira percaya pada tanda2 pada tangan kita, yg konon..kita percaya bukan selain dri Allah. Sudahnya kami bertegang leher membetulkan isu pada pandangan masing. Saya katakan..ini petunjuk dari Allah, utk kita bersedia, dan takde salah nya..memang kebetulan selalunya betul…Setiap order yg saya terima..rezeki dariNya…saya meniaga dari rumah saja. selain usaha saya yg tak seberapa.

    Minta tolong jelaskan..tqvm

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: