RSS

Warranty Card Jangan Buang!

18 Jan

HeHeHe…

Itu adalah amaran keras untuk semua sebagai introduction.

Ya! Warranty card jangan buang atau terbuang!

Kerana….

Tiada bukti barang masih dalam warranty apabila barang rosak.

Itu yang terjadi kepada saya, pertengahan tahun lepas (dalam bulan Julai) beli jam tangan dan ada warranty untuk 1 tahun. Minggu lepas ntah tiba-tiba jam mati. Sangkaan bateri dah habis, maka pergi ke kedai jam just terus tukar bateri baru. Habis RM10..

Keesokkan harinya, pakai untuk pergi kerja tengok masa terhenti tak bergerak.

Adiuh! Rosak la nie.. <Pikir dalam hati..>

Otak ligat teringat. Wah! Masih dalam warranty!! Sambil tersenyum.. πŸ™‚ <Hati dah happy sebab teringatkan ada warranty..>

Balik kerja, ligat mengeledah bilik mencari dimana warranty card dia disimpan.

Cari punya cari punya cari… Sekali tak jumpa daa..

Oh! Maybe dah terbuang sewaktu kemas bilik hujung minggu.. huhu..

Hari ini masih mencari, takut-takut terselit mana-mana dalam beg galas. Tapi tetap tak jumpa..

Maka pilihannya dua, pergi kedai jam baiki <jika boleh> atau keluarkan sikit bajet beli jam baru.. hurm…

Pengajarannya..

Jangan sesekali sepah-sepahkan warranty card barangan yang anda beli. Simpan dengan baik sehingga tempoh sah tamat supaya sebarang kerosakkan boleh terus dihantar ke kedai untuk di baiki secara PERCUMA.

P/S: Jika ada pengalaman yang serupa boleh share-share di sini.. hehe.. πŸ™‚

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 18, 2012 in Perkongsian

 

Tinggalkan komen