RSS

Akhirnya Ikanku Mengawan Juga..

22 Mei

Adakah rakan-rakan sekalian meminati ikan laga??

Pernah mencuba membiakkan ikan laga??

Saya pun sebenarnya tak pernah dan memang tak berpengalaman, dan ini kali pertama saya mencuba membiakkan sepasang ikan laga saya.

Selepas 3 kali percubaan mengawankan ikan laga, alhamdulillah kali ke-4 ikan ku mengawan juga pagi nie..:)

Teringat ketika kali pertama saya mencuba mengawankan ikan laga ini, disebabkan terlalu excited untuk melihat dengan mata sendiri, saya sanggup menunggu hampir 30minit saya memerhatikan ikan-ikan ini tetapi tiada hasil. Akhirnya sarang buih ikan laga nie rosak begitu sahaja. Begitu juga kali ke-2 dan ke-3 percubaan mengawan. Tiada hasil.

Mungkin disebabkan keadaan air dan bekas air untuk mengawan terlalu kecil menyebabkan usaha si jantan memikat ikan betina gagal..hehe..

(Ini balang kaca yang saya gula sebelum ini..)

Kali ke-4 saya letak pasangan ikan laga saya ke dalam kolam ikan emas + ikan koi saya kat luar rumah dua hari lepas..Tapi dalam kolam, saya tak boleh nak tengok la ikan nie bertelur..

(Ini kolam ikan luar rumah saya..kecil ja saiznya..Cawan cup tu tempat ikan laga saya..)

Pagi tadi saya berpeluang melihat si jantan mengutip telur-telur untuk disenyawakan dalam sarang buihnya.. Gembiranya pagi nie apabila melihat ikan laga ku akhirnya mengawan..:) Lupa nak bagi tahu, ikan saya berwarna biru..hehe..

Disebabkan saya tak berpeluang mengambil gambar pasangan ikan saya, saya ambil gambar dari website betta untuk tontonan rakan sekalian..hehe..

Berikut gambar-gambar process perkenalan si Romeo dan Juliet..

(Reaksi si Romeo bila berjumpa si Juliet..hehe..Ini peringkat awal pengenalan..Biasa la tu, kena berkenalan dulu awal-awal..hehe..)

(Contoh ikan mengawan di bawah sarangnya..Nie Gambar hiasan ja. Gambar ikan saya mengawan tak dapat nak amik pagi tadi..)

(Si romeo mengutip telur-telur untuk disenyawankan pula dalam buih sarangnya..)

Sebenarnya selepas tengok ikan saya bertelur, saya keluar ke bandar kuantan atas urusan. Cuaca pagi tadi cerah.. Namun, sebelah petang hujan turun dengan lebat..Dalam hati, saya risau sebab saya letakkan ikan saya di kolam luar rumah. Confirm air kolam ikan saya bertambah..Yang membimbangkan saya sarang buih ikan laga saya tu..huhu.. Risau sarang buih akan rosak sebab bekas (cawan) akan bergerak..

Sampai je rumah, saya cepat-cepat tengok sarang ikan laga tersebut. Memang seperti saya jangka, sarang akan berubah tempat dan buih dalam cawan macam tiada..huhu..

Cepat-cepat saya amik cermin untuk melihat adakah buih sarang masih elok. Alhamdulillah bila saya tengok melalui cermin, masih ada buih sarang ikan walaupun tak penuh cawan seperti dalam gambar diatas. Diharap si jantan dapat menjaga telurnya dengan baik sehingga menetas..

InsyaAllah sekiranya telur-telur ini berjaya ditetaskan dengan baik, saya akan tunjukkan gambar anak-anak ikan saya nie..hehe..Sama-sama berdoa usaha saya berhasil..:) Sekian sahaja kali nie..

Update terbaru: Gambar pasangan ikan saya..:)

(Ini ikan laga Juliet saya..Cantik tak? hehe..Baru ja masukkan dalam balang hari nie lepas dah bertelur semalam..)

Tengah mencari makanan agaknya tu..Kesepian sorang dalam balang, si Romeo menjaga sarangnya..

Si Romeo sedang menjaga sarangnya..InsyaAllah jika takda masalah dalam 48jam telurnya akan menetas..Tak sabar menunggu..:)

Ini ikan emas yang ada dalam kolam saya..hehe..

Bermanja dengan ikan…Ikan-ikan mengigit jari..hehe..

p/s: Kepada rakan-rakan yang berminat dan ingin mengetahui cara-cara membiakkan ikan laga, boleh click disini untuk info berkenaan ikan laga. Semoga info ini membantu anda..:)

Ikhlas: MindatifPLUS (MP)

Advertisements
 
54 Komen

Posted by di Mei 22, 2010 in Ikan Hiasan

 

Label:

54 responses to “Akhirnya Ikanku Mengawan Juga..

    • fyzul

      Mei 22, 2010 at 4:34 pm

      hehe..sama-sama doakan..
      tQ melawat blog saya..:)

       
  1. ~asha~

    Mei 23, 2010 at 11:58 am

    cute je cara ikan tu mengawan..ehehe

     
    • fyzul

      Mei 23, 2010 at 12:12 pm

      kalo nak tgk real ikan tu bertelur, boleh search kat youtube..hehe..

       
      • jazman

        Mac 19, 2011 at 4:39 pm

        seronokla kalau ada banyak tu……

         
  2. Nizam

    Ogos 14, 2010 at 4:37 pm

    Salam, cantik ikan saudara … saya dulu pun macam tu time mula2 try breed ikan ni ..hehehe =)
    .
    kalau berminat nak belajar atau beli ikan ni boleh la lawat blog saya
    http://bettavillage.blogspot.com. Terima kasih.

     
    • fyzul

      Ogos 14, 2010 at 10:37 pm

      Salam saudara Nizam..

      Terima kasih melawat blog saya. Cantik ikan2 di blog saudara. Nanti boleh la rakan2 kita yang nak tau pasal betta mencari ilmu lebih detail di blog saudara.. insyaAllah saya juga boleh mendapatkan tips betta dari saudara juga lepas nie.. hehe…

       
      • sneo

        September 20, 2010 at 2:52 pm

        nak blajar dr awk lah..sy minat tp tak tau nak mule cam mane

         
      • fyzul

        September 20, 2010 at 7:42 pm

        sneo…

        Saya pun masih blajar untuk mengawan ikan laga nie.. Nak jaga anak ikan yang baru sudah menetas susah juga rupanya.. Anak ikan cepat mati..hehe…

        Kamu boleh buka forum betta untuk info yang lebih lengkap.. 🙂

         
  3. amiz

    Disember 13, 2010 at 2:14 pm

    saya nak tnya…knpa proses mengawan 1-3 x jadi??..dia dah buat ke sarang buih.??…buih dia tu buih biasa ke besar saiznya?….dalam masa berapa hari baru boleh lepaskan betina?? dan dalam masa berapa hari baru dia nak buat sarang buih?? harap awk/encik boleh menjawab atau sesiapa boleh menjawab soalan saya. sekian itu sahaja.

     
    • fyzul

      Disember 13, 2010 at 3:19 pm

      Saya 1st time mencuba mengawankan ikan laga, jadi sebab proses mengawan tak menjadi kerana saya lepaskan ikan betina awal. Saya tengok sudah ada buih terus lepaskan. Jadi sarangnya belum dalam keadaan yang terbaik. Kemungkinan ikan betina juga tidak bersedia untuk bertelur. Kena banyak bersabar untuk mengawan ikan laga.. hehehe..Yang penting jangan putus asa.. 🙂

       
      • amiz

        Disember 14, 2010 at 1:09 pm

        tapi bleh tolong jwb x soalan lain…terutamanya…psal saiz buih tu….. dan harap bleh tolong jawab yang ni jugak….. berapa lama ambil masa baru ikan jantan n betina boleh duduk sekali. saya sekarang ni sudah 5 hari letak sekali..maklumlah baru2 cuba nak mengawankan ikan..tapi dah bukak dah forum apa semua..tapi x de pulak cakap pasal ni.??harap bleh bagi pendapat.

         
      • fyzul

        Disember 14, 2010 at 1:50 pm

        Amiz: Pendapat saya la.. Nak lepaskan ikan betina apabila lihat buih atau sarang yang banyak telah dibuat oleh ikan jantan. Kemudian, semasa mengasingkan ikan jantan dan betina, beri makanan sebanyak yang boleh kepada kedua-dua ikan. Saiz buih besar dan kelihatan seakan berlapis2 baru lepaskan ikan. Sebagai contoh guna cawan polysterine, jika buih telah penuh semua kawasan dalam cawan baru lepaskan.

        Keduanya, pastikan ikan betina bersedia untuk bertelur. Lihat keadaan perut ikan betina. Ikan betina yang sedia mengawan buncit dan ada putih2 di kawasan perut dia. Itu yang saya perhatikan.

        Saya dulu masa mula-mula mencuba, boleh kata setiap jam pergi tengok..hehe.. Dan waktu first2 saya menunggu sampai 3 jam nak lihat ikan bertelur sebab excitedkan.. Tapi ikan x bertelur. Akhirnya saya biarkan sahaja ikan2 tu. Pagi hari ke 4 saya berpeluang melihat mereka tengah bertelur dan saya dapat lihat ikan jantan mengutip telur-telur ikan.

        Saudara boleh cuba mengawankan 2 atau 3 pasang ikan sekali gus. 5 hari tu ikan jantan masih belum berjaya tackle ikan betina. Biasa la tu, bukan mudah nak mengorat nie..hehehe… Ikan pun camtu juga.. Faktor ikan betina belum bersadia untuk mengawan boleh jadi sebab ikan lambat bertelur. Harap pendapat saya membantu saudara. 🙂

         
      • amiz

        Disember 15, 2010 at 12:53 am

        trima kasih bnyak la….

         
    • fyzul

      Disember 13, 2010 at 3:21 pm

      Lagi satu saya nak tambah, kena banyak cari info2 tambahan terutama dari forum betta. Sebab disana ramai otai2 pembiak ikan laga memberi tips yang lebih tepat.. 🙂 tQ..

      2010/12/13 Mohd Hafizul

      > Saya 1st time mencuba mengawankan ikan laga, jadi sebab proses mengawan tak > menjadi kerana saya lepaskan ikan betina awal. Saya tengok sudah ada buih > terus lepaskan. Jadi sarangnya belum dalam keadaan yang terbaik. Kemungkinan > ikan betina juga tidak bersedia untuk bertelur. Kena banyak bersabar untuk > mengawan ikan laga.. hehehe..Yang penting jangan putus asa.. 🙂 >

       
      • amiz

        Disember 13, 2010 at 10:58 pm

        thanks..tapi bleh jawb soalan lain yang saya bagi tak cik.??

         
  4. sweet potatoes

    Januari 3, 2011 at 12:08 pm

    salam,,saya bru sja berjinak2 dlm ‘bidang’ ni,,so bnyak jgak r ilmu pengatahuan yg sy dpt kt blog ni,,cme sy kurang pasti tentang jantina je,,bleh tak tlg bg twu ckt ngan lbh jels tentang jantina betina n jantan,,ssh tok sy knl pasti jntina mereka ni,,heee,,tQ

     
    • fyzul

      Januari 3, 2011 at 12:35 pm

      @Sweet Potatoes: Wslm.. Tentang jantina ikan, yang saya tahu ikan jantan mempunyai bentuk ekor yang panjang dan menarik. Biasanya yang jual di kedai yang ekor cantik-cantik tu, yang sekor-sekor adalah ikan jantan. Ikan jantan tak boleh bercampur, nanti gaduh sesama mereka sebab tu diasingkan dalam polysterine atau plastik. Manakala ikan betina, bentuk dan warna kurang menyerlah. Tak silap saya ekor ikan betina pendek dan tidak menarik. Biasa tauke kedai ikan tahu ikan laga betina dan jantan. Biasanya ikan laga betina mereka campur dalam satu akuarium. Awk boleh cuba pergi kedai ikan dan perhatikan. Saya pun mula2 tak tahu juga nak bezakan jantan dan betina. Bila lama2 search dan tengok di kedai ikan baru tahu…hehehe..

      Bela ikan gapi pun ok. Senang membiak daripada ikan laga..hehehe…

       
  5. maria

    Januari 10, 2011 at 1:20 am

    salam..
    erm juliet chantik.
    saye beli ikan gapi yg besar tue..
    brp lm eik telo nye akan menetas..

     
    • fyzul

      Januari 10, 2011 at 1:36 pm

      @Salam Maria: Istimewanya juliet nie kan, bila dia sekor2 dalam balang, tak cantik. Warna tidak menyerlah. Warna hitam je macam ikan sekaring (orang kampung panggil). Tapi bila masukkan bersama ikan jantan, warna biru menyerlah dan pekat. Memang cantik dan teruja tengok..hehe.. Tentang telur berapa lama,tak silap saya 48 jam.Saya tak pasti sebab lepas nampak ikan dah bertelur, sedar-sedar dah ada anak kecil (anak ikan).hehehe… 🙂

       
  6. arfan

    Januari 22, 2011 at 9:00 pm

    Tpi camne ah nk pastikan ikan tu jntn atau betina tlong terangkan skitt blehhhh…

     
  7. arfan

    Januari 22, 2011 at 9:02 pm

    lgi stu bleh x klau ikan jtn ngan jtn kahwin???hahaha sje tanye

     
  8. boy betta

    Mac 6, 2011 at 11:51 am

    boleh tk,kalau letak DAUN KETAPANG…

     
    • fyzul

      Mac 6, 2011 at 6:15 pm

      Sebaiknya daun ketapang.. Tapi kalo sukar nak dapatkan cup polystyrene la jawapannya..hehe..

       
      • boy betta

        Mac 13, 2011 at 9:21 pm

        but ikan laga lagi suka DAUN KETAPANG Laa..
        but cup polystyrene tak..

         
      • fyzul

        Mac 13, 2011 at 9:40 pm

        Sebab tu saya kata, Daun Ketapang terbaik.. 🙂 Tapi jika sukar nak dapat atau tiada daun ketapang, boleh guna cup polystyrene.. Tujuan dia supaya sarang (buih) ikan tidak rosak bila ikan mengawan nanti.. Sebab ikan mengawan dibawah sarangnya..

         
      • boy betta

        Mac 14, 2011 at 9:39 pm

        brape lama baru boleh campur ikan betina dlm bekas ikan jantan…

         
  9. penternak berjaya

    Jun 22, 2011 at 8:49 pm

    salam, saya nk tau bilakah masa yg sesuai untuk ikan ini mengawan? adakah beliau boleh mengawan bila2 masa? atau pon ada masa tertentu sahaja? harap dapaat jawab secepat mungkin. hehehe 🙂

     
    • fyzul

      Jun 24, 2011 at 6:11 pm

      Salam.. Saya nak bagi jawapan tepat saya tidak tahu.hehe.. Rasanya bila cukup matang akan mengawan. Cuba buka forum betta untuk dapatkan jawapan dari otai-otai betta disana.

       
  10. azRiL...

    Jun 28, 2011 at 2:50 pm

    salam..nk tya kit,,anak ikan lga mkan apa?

     
    • fyzul

      Jun 29, 2011 at 7:21 pm

      @azril: Salam. Anak ikan laga makan anak kutu air. Cuba bagi makan makanan anak ikan biasa pun boleh. Saya tak mahir lagi berkenaan makanan anak ikan laga. Sebab hari tu cuba tapi semua mati..hehehe…

       
      • azRiL...

        Julai 7, 2011 at 9:49 am

        wsalam..thankz ye…ikan lga sya pon mti,,2 yg sy pning nk bgi mkan ape..ape2 pon thank byk…

         
      • fyzul

        Julai 7, 2011 at 10:08 am

        Semalam saya baru beli ikan laga baru, nak biakkan semula..hehehe..

         
      • azRiL...

        Julai 8, 2011 at 11:22 pm

        ikn bru…baka dri mna?..

         
      • aya

        Ogos 11, 2011 at 2:43 pm

        slm…effect x klo ikn laga mkn roti…smlm sy kasi roti..dia mkn roti 2…

         
      • fyzul

        Ogos 12, 2011 at 10:41 am

        @Aya: Salam. Kalo ikan laga makan ok jer..cuma khasiat dari segi protien, vitamin tu takda la.. Baik beli makanan yang ada protien tu, tak mahal mana. Kurang dari RM6 saya beli hari tu (50gram).

         
  11. Eddie Edward

    Julai 30, 2011 at 10:15 pm

    salam ,nak tanye nie…apsal kan laga jantan saya kejar si betina tetapi betina lari macam takut

     
    • fyzul

      Ogos 1, 2011 at 9:43 am

      EE@: Salam.. Oh.. Masalah itu ker?? 🙂 Itu memang normal, ikan betina akan takut dan lari sewaktu awal perkenalan dengan ikan jantan dan masih belum bersedia bertelur. Apabila ikan betina telah bersedia untuk mengawan, baru ikan betina tak lari dan bertelur.

       
  12. far

    Ogos 15, 2011 at 10:52 pm

    ikan laga betina sy mcm merajuk dgn jantan. jantan dok gesel2 pon de tamau pandang? sebab sblm ni asyik kene belasah dgn jantan leh jd sebab ker?

     
    • fyzul

      Ogos 17, 2011 at 12:53 pm

      @far: Merajuk tu mungkin..hehehe.. xdalah, pendapat saya mungkin ikan betina belum cukup matang untuk bertelur. Cuba perhatikan perut ikan betina, gemuk dan ada tanda putih2 tak, jika belum maknanya belum bersedia.

      Atau ikan jantan tak hensem and tak pandai pikat, ikan betina takmau layan..hehehehe…

       
  13. hidhirhamdan

    Oktober 12, 2011 at 7:12 pm

    salam.. nak tanye sikit .. harap boleh jawab soalan saya

    saya baru beli ikan laga jantan dan betina 1 minggu lepas .. dan selepas 1 minggu tu .. hari ni saya masuk kan ikan betina ke dalam akuarium saya untuk mereka mengawan .. tapi yang saya pelik nya .. ikan jantan asyik nak libas kan ekor nya terhadap ikan laga betina .. kenape ek ? boleh jelas kan x ?

     
  14. Hidhir Hamdan

    Oktober 12, 2011 at 7:21 pm

    salam… saya nak tanye .. kenapa ikan laga saya xnak makan bila saya letak due2 ekor tu sama(betina ngan jantan) ? dan kenapa jantan asyik libas kan ekor die kat ikan betina ek ? harap dapat menjawab soalan saya ..

     
    • fyzul

      Oktober 12, 2011 at 8:48 pm

      Wslm..Terima kasih bertanya. Biasanya ikan akan makan walaupun letak dua2 ekor. Ikan jantan libas ekor tanda sedang memikat. Itulah cara ikan jantan nak pikat ikan betina. Jika ikan betina okay, jadi cepat je bertelur tapi jika ikan betina jual mahal, nanti habis ikan betina dikerjakan sebelum mengawan. Ekor ikan betina akan carik2 di gigit ikan jantan. Tapi itu memang situasi normal bagi ikan.

      Lagi satu tips air jangan terlu byk dan jgn terlalu sedikit. Mungkin dalam ketinggian 20cm sahaja. Reason?? Nanti bila ikan dah bertelur perhatikan, akan dapat jawapan. Dah tau bleh share disini.. 🙂 heheehe..

       
  15. ridhwan

    November 1, 2011 at 4:04 pm

    sy ada nmpak banyak sgt buih2 kt aquarium ikan laga sy..<<jantan..tpi..sy takot nk lex sekali ngn betina sbb..perut ikan laga betina buncit tpi x nmpak lak warna putih2 cmne lak tu?

     
    • fyzul

      November 1, 2011 at 8:51 pm

      @Ridhwan: Itu tanda2 ikan jantan sedia mengawan.. hehehe.. Cuba letakkan ikan betina, tapi pastikan ada bnda yang boleh jd tempat sembunyi ikan betina spt pokok2 supaya ikan betina tidak mati jika belum bersedia mengawan. atau masukkan ikan betina dlm akuarium yg sama cuma ikan betina berada dalam balang lain. Ini salah satu cara yg diajar. Kemudian bagi ikan mkn sebanyaknya utk tenaga.

       
      • ridhwan

        November 2, 2011 at 3:01 pm

        sy letak la apew yg awk surh…habis ekor2 ikan laga betina ngn badan dia,..x cantik jdi…

         
  16. ridhwan

    November 2, 2011 at 5:38 pm

    npe ikan laga sy jantan tu harap je banyak buih kt bawah cup cawan tu…tpi bila lex je betina..dia p kejar betina tu smpai tgok betina tu cm nk mati..sian tgok…arhhhhh…

     
    • fyzul

      November 2, 2011 at 9:43 pm

      @ridhwan: huhu.. Sy dgr pun kesian.. Sebaik2nya ada pokok2 utk ikan betina sembunyi bila jantan kejar. Kalo cmtu baik asingkn dulu. Nanti tak psal2 mati ikan betina tu.. Cuba cari ikan betina yg cukup matang. Adakalanya tidak serasi, jadi ikan tak berjaya bertelur juga pada permulaannya.

       
  17. ridhwan

    November 4, 2011 at 4:25 pm

    boleh saya jumpa kamu dekat area kuantan? sy duduk kt belakang smk paya besar ni jew…minx tlg dtg klo free..dtg tgok ikan laga niey..x tau la nk wt cmnew

     
    • fyzul

      November 5, 2011 at 7:49 pm

      Kebetulan raya haji nie saya balik kuantan. InsyaAllah boleh jumpa. Ambil no fone saya nie, 013-7019350 nanti kamu msg saya bagi no, free ptg raya saya singgah raya. 🙂

       
  18. aizat

    November 23, 2011 at 6:33 am

    ha cantik ikanlaga

     
    • fyzul

      November 23, 2011 at 9:47 pm

      @Aizat: takdalah.. Baka biasa jer tu.. Ada baka yang lagi cantik..hehe Bela ikan laga juga ker?

       
  19. arif

    Disember 10, 2011 at 12:26 am

    salam..saya nk tahu..knapa ikan betina tuh lpas saja mngawan dia mnghncurkan sarang ikan laga jantan???hrap boleh reply dgn segera…

     
    • fyzul

      Disember 10, 2011 at 10:48 am

      @arif: Salam.Itu saya tak pasti. Tapi atas nasihat pakar, mereka suruh selepas mengawan perlu asingkan ikan betina kerana dikatakan ikan betina akan makan telur-telur tersebut.

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: