RSS

Motivasi: Jangan Ada Sifat Ketam Dalam Diri

14 Feb

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kali ini saya berkesempatan untuk berkongsi satu kisah tauladan yang saya juga dengar dari seorang Ustaz melalui program Motivasi Pagi di IKIM.FM

Kepada sesiapa yang belum berkesempatan mendengar program ini, saya sarankan untuk sama-sama mendengar siaran motivasi ini yang bermula setiap hari isnin hingga khamis (kadang-kadang jumaat pun ada) pada pukul 7.30pagi hingga 7.40pagi. Sementara drive kereta ke tempat kerja, bolehlah sambil-sambil mengedar secara santai dan mengambil nasihat-nasihat berguna yang dikongsikan disini.

Saya tertarik dengan semua kisah yang disampaikan. Dan salah satu kisah yang saya suka untuk kongsikan pada kali ini adalah kisah sifat ketam.

Tahukah kita bahawa ketam mempunyai satu sifat CEMBURU yang sangat kuat.

Kisah ini diperolehi dari sebuah kampung nelayan yang terkenal dengan lubuk ketam yang banyak.

Menariknya tentang ketam ini, kebiasaanya bekas untuk meletak ikan hasil tangkapan akan ditutup kerana ikan akan melompat keluar dari bekas. Tetapi anehnya, nelayan disana langsung tidak menutup bekas mengisi ketam-ketam yang berjaya ditanggap mereka.

Salah seorang pelancong bertanya kepada nelayan, mengapa tidak menutup bekas berisi ketam tersebut. Tidakkah ketam-ketam itu akan cuba melepaskan diri dan keluar dari bekas tersebut? Maka jawap nelayan tersebut, tidak. Ketam-ketam ini tidak melarikan diri.

Maka berasa hairanlah si penanya itu tadi. Setelah diselidiki dan memerhatikan gelagat ketam dalam bekas tersebut, maka terjawaplah mengapa tiada seekor pun ketam berjaya keluar dari bekas dan melarikan diri.

Sebenarnya ketam-ketam ini bukanlah tidak cuba melarikan diri, namun setiap kali ada yang cuba melarikan diri memanjat dinding bekas, akan ada ketam lain yang manarik ketam ini ke bawah. Dan begitulah seterusnya sehingga tiada seekor pun ketam berjaya keluar dari bekas.

Pengajaran dari kisah ini:

1. Dalam kehidupan kita seharian, kita pasti berdepan dengan insan yang suka melihat kita kurang berjaya. Apabila kita berusaha untuk berjaya, akan ada usaha-usaha untuk melemahkan semangat kita. Kita perlu kenal siapa rakan dan siapa lawan disisi kita agar kita bersedia untuk menangkis semua cabaran dan terus bergerak kehadapan untuk berjaya.

2. Kadang kala kita juga tidak perasan bahawa kita juga berkemungkinan mempunyai sikap seperti sifat ketam ini. Cuba kita renungkan kembali, pernahkah kita berasa iri hati dan cemburu dengan kejayaan rakan-rakan kita yang lain dan cuba untuk menjatuhkan mereka semula. Jika tiada, alhamdulillah namun jika ada kita perlulah memuhasabah diri kita dan kembali bersifat positif membina kejayaan.

3. Jangan ada sifat CEMBURU KETAM dalam diri kita. Biarlah cemburu yang bersifat positif dan membina dan bukan cemburu menjatuhkan sesama kita.

Akhir kata, semoga perkongsian kecil ini menjadi pedoman untuk kita bersama. Sekian.

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di Februari 14, 2012 in Motivasi

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: