RSS

Jom Shopping Online..

15 Jun

Assalamualaikum wbt.

Masih ingat lagi tak tajuk entri sebelum ini ada seakan-akan tajuk entri kali ini..? =p

Kalo sapa-sapa belum baca entri sebelum ini boleh click tajuk dia “Siri 5: Jom ke Kedai Buku..” Dalam entri tersebut saya menyentuh tentang tips minat membaca buku.

Bezanya kali ini, saya ingin mengajak rakan-rakan untuk membeli belah buku-buku dan majalah solusi secara online pula. =) Hanya Majalah Solusi sahaja ya. Tiada majalah Manga ke, Dara ke, dan seangkatan dengannya..Jika nak majalah-majalah hiburan tu, kena beli kat kedai sendiri ya..Ok? hee..

Jom Beli Buku Online..

Rakan-rakan yang selalu ke kedai buku atau mudah untuk ke kedai buku rasanya tidak akan membeli secara online. Beli terus di kedai berhampiran lebih cepat di samping dapat membelek-belek dan melihat isi kandungan buku-buku tersebut terlebih dahulu sebelum membeli.

Kepada rakan-rakan yang bekerja dan tidak mempunyai banyak masa untuk mencari buku-buku ini di kedai, belian secara online boleh membantu. Tetapi ada limitation la sikit kerana hanya dapat membaca sinopsis buku sahaja tanpa dapat melihat isi kandungan terlebih dahulu.

Walaupun begitu, sekiranya rakan-rakan telah biasa membeli buku-buku atau majalah ini, saya pasti rakan-rakan telah mengetahui kualiti penulisan dan kupasan buku yang dihasilkan oleh sesetengah penulis tersebut. Dengan ini rakan-rakan tidak akan ragu-ragu lagi untuk membeli walaupun secara online kerana sudah percaya dengan kualiti buku dan penulis tersebut.

Jika rakan-rakan perasan, di sebelah kanan blog saya ada banner-banner khas untuk membeli buku dan majalah solusi secara online. Rakan-rakan boleh klik banner tersebut untuk ke website mereka.

Mungkin ada yang kali pertama agak kekok. Sedikit panduan dari saya diharap membantu. Untuk membuat belian, terlebih dahulu kita perlu membuka akaun (sign in) ke website tersebut untuk mempermudahkan belian dan penghantaran. Setelah sign in, baru kita boleh pilih buku-buku yang kita ingin membeli. Selagi kita tidak membuat bayaran, kita boleh cancelkan list buku-buku tersebut sekiranya kita ingin menukar kepada buku lain. Setelah kita dah confirm nak beli baru buat bayaran.

Harga buku pula sama seperti di pasaran dan kadang kala ada juga promosi atau potongan harga diberikan. Bergantung pada mereka..

Bagi rakan-rakan yang tidak pernah membaca Majalah Solusi, disini saya bawakan sedikit sinopsis Majalah Solusi edisi 1 yang saya ambil dari website majalah solusi online.

***

Majalah Solusi Edisi Pertama dimulakan dengan sebuah artikel hasil tulisan Ustaz Zahazan Mohamed yang mengupas isu akidah umat Islam. Dalam artikel yang bertajuk ‘Siapakah Pemuda Al-Kahfi?’ dan kelebihan Surah Al-Kahfi.

Kemudian disusuli dengan artikel hadis yang mengupas perihal taubat oleh Ustaz Adlan Abd Aziz. Dalam artikel yang bertajuk ‘Bila Aku Akan Bertaubat?’ ini menceritakan syarat untuk bertaubat disertakan dengan kisah-kisah berkaitan taubat pada zaman Rasulullah.

Pahrol Mohd Juoi pula mengetengahkan perihal ‘Rezeki Haram Ragut Ketenangan yang mana orang yang benar-benar beriman akan menjaga sumber rezeki dengan berhati-hati. Apa lagi dengan yang haram, yang syubhat pun dijauhi sedaya upaya. Dalam artikel ini juga diselitkan dengan kisah-kisah terdahulu yang menjaga sumber rezeki.

Dalam artikel yang lain pula, Pahrol Mohd Juoi mengupas isi ‘Takdir Mengatasi Tadbir’ yang mana mengingatkan semua kenapa mesti takut dengan takdir sedangkan Allah memberi kebebasan untuk menentukan tadbir yang boleh diusahakan.

Pegawai Kewangan di AsianBank Merchant, Ustaz Zamerey Abd Razak pula menjawab soalan-soalan berkaitan sumber rezeki. Beliau menjawab 4 soalan lazim yang biasa ditanyakan dengan padat dan tepat bagaimana sumber rezeki boleh membentuk peribadi.

Abu Asif pula mengupas perihal rasuah yang ditukar menjadi duit kopi, riba yang dinamakan bunga dan daging babi. Beliau mengupas mengapa dan kenapa masyarakat terutamanya umat Islam terjebak dalam hal yang dilarang Allah ini.

Atlas of Creation yang menggegarkan pengikut teori Darwinisme menjadi topik tulisan Rohidzir Rais. Ia menjadi petanda kemusnahan ideologi anti-Tuhan seperti materialisme, komunisme, Darwinisme dan ateisme kerana tapak saintifik yang mendukung mereka selama ini telah mula runtuh.

Ahmad Fadzli Yusuf pula mendedahkan 7 tips membaca secara aktif. Tips ini amat sesuai digunakan oleh pelajar dan semua pembaca yang perlu mengambil banyak input daripada pembacaan mereka.

Manusia memang lupa akan kematian diri sendiri. Itu yang dikupas oleh Jaafar Salleh dengan artikel ‘Lupa Mati Lebih Bahaya Daripada Mati’. Beliau juga menceritakan golongan-golongan yang terlalu inginkan kematian.

Hasrizal Abdul Jamil pula menulis artikel yang bertajuk ‘Sepinggan Dosa Berulam Pahala’ yang mengupas bagaimana seseorang itu boleh terjebak dalam dosa walau pun pada mulanya berniat untuk berbuat kebaikan.

Mekah memang mempunyai kelebihannya. Ia juga pernah disabdakan oleh Rasulullah. Ustaz Ahmad Husni mengupas dengan lebih lanjut perkara ini dengan hujah hadis, geografi dan sejarah kota Mekah.

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman pula mengupas ‘Isu Kewangan Dan Kemakbulan Doa’. Beliau berkongsi cara menguruskan kewangan tanpa melanggar hokum syarak.

Terdapat banyak lagi artikel yang terkandung dalam Majalah Solusi Edisi #1 ini antaranya tulisan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah KamsahCemerlang Atau Gagal Adalah Pilihan Anda’, Pahrol Mohd Juoi ‘Tugas Pertama Cinta’ ‘Ramai Pengajar Sedikit Pendidik’, Abu JihadMembetulkan Kesilapan Mendidik Tauhid’, Rashidah Mustaffa ‘Adab Makan Atau Makan Beradab’ ‘Harta Itu Amanah Allah’, Hj Muhammad Zakaria ‘Tsunami Persis Padang Mahsyar’, Jaafar Salleh ‘Ghurur Bila Derhaka Dalam Taat’ ‘Rahsia Vokal Dan Pergerakan Solat’, Rohidzir Rais ‘Hentikan Jeritan Anak Itu’, Mohd Azrul Azlen Abd Hamid ‘Visi Dan Misi Rasulullah’, Dr Irfan Khairi ‘Nota Jutawan’, Ustaz Fadzli al-Yamani ‘Soal Jawab Solat’ ‘Soal Jawab Fardu Ain’, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ‘Hikmah Perkahwinan’, Fatimah Syarha Noordin ‘Memo Untuk Si Belangkas’ ‘Jalan Dakwah Jalan Susah’, Dato’ Dr Mahmood Zuhdi ‘Hukum Berwuduk Menggunakan Air Paip’, Ustaz Badli Shah Alauddin ‘Sunat Mengenali Bakal Tunang’, Ahmad Fadzli Yusuf ‘Meningkatkan Ingatan Anda’, Hj Ahmad Salim Omar ‘Hati Yang Sejahtera’, Ustaz Fajar Siddiq ‘Soal Jawab Munakahat’.

Majalah Solusi Edisi #1 ini setebal 109 muka surat.

***

Majalah Solusi ini sememangnya padat dengan informasi dan ilmu yang sangat berguna kepada kita. Malah pengarang dan penulis artikel di dalam Majalah Solusi ini juga terdiri dari Ustaz dan Ustazah di samping penulis lain yang terkenal. Bahkan sekiranya majalah-majalah ini dijaga dengan baik boleh dibaca lagi setelah beberapa tahun selepas ini insyaAllah.

Majalah ini memang sesuai untuk bacaan semua terutama golongan remaja dan keluarga. Harga yang ditawarkan secara online hanya RM9.00 senaskah.

Saya teringat satu tips yang diberikan oleh Jutawan Muda Irfan Khairi. Kata beliau pelaburan yang terbaik untuk menggandakan kejayaan adalah laburkan pada ilmu.

Jika tak silap saya ada sepotong hadis Nabi SAW yang berbunyi;

“Sekiranya kamu ingin berjaya di dunia hendaklah berilmu, sekiranya kamu hendak berjaya di akhirat hendaklah berilmu dan sekiranya kamu hendak berjaya dunia akhirat hendaklah dengan berilmu.”

Jelaslah kepada kita betapa pentingnya mencari ilmu ini. Salah satu cara kita untuk menambahkan ilmu dengan membeli dan membaca bahan-bahan yang bermanfaat.

Semoga info ini membantu kita untuk sama-sama memupuk sikap suka membaca selepas ini. Sekian. =)

~fyzul MP

 
7 Komen

Posted by di Jun 15, 2010 in Perkongsian

 

Label: ,

7 responses to “Jom Shopping Online..

  1. serol

    Jun 15, 2010 at 4:47 am

    aku baru je beli mjlh solusi isu 20..tak sempat baca lg..bru belek2.. =)

     
    • fyzul

      Jun 15, 2010 at 9:51 am

      isu terbaru tu kan? hehe..tak pa, bila2 pun boleh baca tu..hehehe..

       
  2. eznysa

    Jun 15, 2010 at 10:20 am

    nak promote bisnes meh la dtg blog saya
    free je 😉

    nk shopping on9 pon bleh
    mcm2 ada~

     
  3. Kie-yu

    Jun 15, 2010 at 10:20 am

    membaca jambatan ilmu 😉
    keep it up~

     
    • fyzul

      Jun 15, 2010 at 10:45 am

      eznysa: Serius..? thanks..nanti saya terjah promote macam2..hehe..xdalah..;)

      kie-yu: tQ.. Jom sama2 membaca..:)

       
  4. zuriey

    Jun 15, 2010 at 12:17 pm

    solusi tue majalah baru eh..malaysia punya ke..

     
    • fyzul

      Jun 15, 2010 at 12:45 pm

      Nak kata baru sangat takda lah sebab sekarang dah capai edisi ke-20 tak silap saya.
      Ya, memang majalah Malaysia. Penulis2 artikel kebanyakkan pakar motivasi dan ustaz ustazah terkenal..=)

       

Tinggalkan Jawapan kepada fyzul Batal balasan