RSS

Tag Archives: mindatif plus

Mindatif Plus Pilihan No 1 Keluarga Saya!

(Inilah Produk Mindatif Plus..Gambar semasa di blog lama saya.. 😉 )

Saya katakan Mindatif Plus pilihan No 1 keluarga saya kerana Mindatif Plus merupakan produk homeopati yang pertami kami sekeluarga amalkan dan kami sekeluarga amat berpuas hati dengan kelebihan produk ini lantas mengambil peluang berkongsi pengalaman dan kebaikan produk ini bersama kawan-kawan kejiranan, keluarga terdekat dan kepada semua yang ingin bersama mengamalkan produk ini untuk keluarga mereka.

Saya Masih Kekal Aktive Menjual Mindatif Plus

Alhamdulillah walaupun sudah lama tidak update di blog saya tentang produk Mindatif Plus, ramai pelanggan baru dan lama masih bertanya kepada saya sama ada masih aktive menjual produk Mindatif Plus atau tidak.

Jawapan saya: Ya, saya masih aktive menjual produk ini dan kepada warga Kuantan, boleh dapatkan produk ini terus melalui keluarga saya yang berniaga di Pasar-pasar malam kawasan Kuantan. 🙂

Mari mencuba produk kami..

Kepada rakan-rakan yang belum pernah mencuba produk Mindatif Plus, saya sarankan untuk mencuba produk kami dan rasai sendiri kelebihan dan perubahan terhadap diri atau anak-anak anda. Untuk menambah keberkatan, dibacakan bersama surah al-insyirah sebelum atau semasa mengambil produk ini.

Sekiranya ingin tahu lebih lanjut tentang kandungan dan harga produk Mindatif Plus, boleh klik pada page Mindatif Plus diatas. Semua butiran ada saya nyatakan disana..

Keluarga saya telah membuat keputusan memilih Mindatif Plus sebagai makanan tambahan untuk keluarga saya.

Jadikan Mindatif Plus Pilihan No 1 Keluarga Anda Juga. 🙂

Sekian Terima Kasih..

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 17, 2012 in Info Mindatif

 

Label: ,

Harga pos Mindatif Plus terbaru.

Kepada rakan-rakan pengguna produk Mindatif Plus, mulai tahun ini (2011) saya akan mengubah harga pos penghantaran produk atas beberapa faktor yang tidak dapat saya elakkan. Namun usah bimbang harga tidak banyak beza.

Sebelum ini saya tetapkan untuk semenanjung Malaysia RM2 per botol dan Sabah Sarawak RM10.

Berikut HARGA KOS PENGHATARAN TERBARU:

Bezanya dengan harga sebelum ini, harga untuk belian sebotol Mindatif Plus sahaja dinaikkan seperti diatas manakala harga lain kekal. Manakala untuk kos pos ke Sabah dan Sarawak di kurangkan kepada RM8. 🙂

Harga produk Mindatif Plus masih sama.

Semua penghantaran menggunakan khidmat POS LAJU.

p/s : Sesiapa yang tidak tahu harga produk Mindatif Plus boleh buka Cara Bayaran.

 
2 Komen

Posted by di Januari 14, 2011 in Info Mindatif

 

Label: ,

Kasihnya Ibu Bapa kepada Anak-anaknya..

Para ibu bapa pastinya lega kerana urusan pendaftaran anak-anak kesekolah telah selesai. Family saya semalam ke Kuala Berang menghantar adik bongsu saya ke sekolah asrama penuh (SBP) disana. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Bagi anak-anak kecil yang pertama kali masuk ke sekolah,  khasnya ke tadika atau darjah 1 pasti banyak ragamnya kerana takut dan tidak biasa dengan orang ramai..hehe..

Saya tak nangis camni ye…hehehe..

Teringat kisah saya sewaktu berusia 5 tahun. Hari pertama di tadika,  saya menangis nak balik sebab takut. Hinggakan abah saya terpaksa menunggu di luar tadika dan membuat muka garang kepada saya supaya saya tidak menangis. Disebabkan lebih takut kepada abah, saya berhenti menangis dan duduk diam-diam di tadika. hehehe… Hari kedua dan seterusnya sudah tidak menangis..ki3..  😉

Akak-akak sepejabat saya juga kebanyakkanya mangambil cuti hari isnin yang lepas untuk menghantar anak-anak mereka menyebabkan lengang pejabat hari tu..hehe..

Keesokkan harinya, saya bersembang dengan sorang akak sekerja bertanya bagaimana anaknya sewaktu mendaftar. Anaknya tahun lepas sudah masuk tadika 5 tahun, jadi tiada masalah bila masuk 6 tahun. Bersembang punya sembang, dia maklumkan anaknya belum lancar membaca dan lain-lain. Saya cadangkan dia memberi produk minda yang saya jual, namun saya tidak menjangka untuk beliau beli dalam masa terdekat kerana baru masuk sekolah. Bila saya maklumkan nama produk Mindatif Plus, dia terus nak beli. Sebelum ini dia pernah membeli kepada anaknya dan nampak berbezaan dan perubahan kepada anaknya. Cuma dia tidak jumpa dan tahu dimana nak dapatkan produk itu seterusnya kerana beliau beli ketika ekspo.

Bukan itu sahaja, dia juga turut memberi tahu rakan-rakan sekerja yang lain. Segan saya di buatnya kerana saya cuma beri cadangan kepada beliau untuk  mencuba, tidak sangka dia turut tolong war-warkan kepada rakan yang lain. Alhamdulillah..

Memangnya saya berhasrat untuk menjual kepada rakan-rakan sepejabat namun bukan dalam masa terdekat kerana saya tahu, rakan-rakan sepejabat baru saja mendaftarkan anak-anak mereka ke  sekolah.  Melihat kesungguhan rakan sepejabat ingin tahu tentang produk, saya kagum melihat kasihnya ibu bapa kepada anak-anak mereka. Walaupun baru sahaja membelanjakan duit untuk  persekolahan anak-anak, ada yang sanggup berbelanja lebih untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka.

Tidak kurang juga pembeli secara online dengan saya. Alhamdulillah semakin ramai berminat untuk mencuba produk ini walaupun sesi persekolah baru sahaja bermula. Semoga dengan izin-Nya semua pengguna produk Mindatif Plus mendapat manfaat dan khasiatnya.

Selamat Datang Pengedar Baru.

 

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada  dua rakan pengedar baru produk MindatifPLus. Semoga dengan adanya pengedar baru ini dapat membantu anak-anak tempatan terutama anak-anak kampung untuk sama-sama bersaing dan cemerlang dalam pendidikan. Rakan-rakan yang berdekatan boleh terus mendapatkan produk melalui pengedar-pengedar kami.

1. NOR ILYANA MUDA  Phone: 013-2750626 Kawasan: PAKR Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang.

2. PIRIN BINTI BERANGIN   Phone:  019-8227347 Kawasan: Kota Kinabalu, Sabah.

Sekian. 🙂

~Mohd Hafizul

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 6, 2011 in Bicara

 

Label: ,