RSS

Tag Archives: kesan maksimum

Petua: Mendapatkan Kesan Maksimum Apabila Mengamalkan Mindatif Plus

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Di kesempatan ini saya ingin berkongsi beberapa petua untuk mendapat kesan maksimum atau terbaik apabila mengunakan produk Mindatif Plus ini.

Petua ini dikeluarkan oleh pengasas produk ini iaitu Dr Tajuddin Baba. Antara petua beliau berikan adalah:

1. Pengambilan produk ini hendaklah secara dikemam di bawah lidah atau di kunyah. Ini adalah kerana sistem saraf pada lidah akan bertindak menghantar terus molekul homeopati terus ke otak dan seluruh sistem tubuh dengan lebih sempurna berbanding jika menelan produk ini kerana sistem penghantaranya melalui sistem kumuhan. Sebahagian akan pergi kepada najis dan sebagainya.

2. Saranan kepada pengguna, mestilah mengambilnya secara berterusan mengikut disiplin cara pengambilan yang disarankan. Jangan mengambilnya secara berselang seli atau sehingga terlupa mengambilnya. Ini kerana pada masa ini sel-sel baru sedang tumbuh belum kuat bagi menggantikan sel-sel yang dah mati.

3. Di samping itu, hendaklah menggalakkan anak-anak mengambil sayur-sayuran dalam diet harian. Sayuran adalah suatu bantuan terhadap pertumbuhan pembesaran mereka.

4.  Pengambilan mindatif plus ini terbaik ketika perut kosong supaya tidak menganggu  proses penyerapan kandungan mindatif plus ke seluruh organ dengan sempurna dan cepat.

5. Sekiranya pengamal mempunyai penyakit seperti asma, resdung, migrain, gastrik atau penyakit yang melibatkan saraf, pada peringkat awal akan mengalami tindak balas yang kuat dari biasa. Jika ini berlaku ianya menunjukkan tanda-tanda positif. InsyaAllah penyakit tersebut akan berunsur-unsur hilang apabila mengamalkan produk ini secara berterusan.

6. Jangan cepat mengalah atau kecewa apabila kesan setelah menggunakan produk ini belum kelihatan atau nampak kerana kesan pada setiap orang adalah berbeza mengikut kekuatan daya tahan dalam badan. Adakalanya tindak balas datang dengan cepat dan ada kalanya akan mengambil masa sedikit. InsyaAllah sekiranya anda yakin, anda akan mendapat kesan yang memberangsangkan. Perubahan ketara pada pengguna kanak-kanak agak cepat. Ini adalah suatu usaha dan selebihnya kita berserah kepada Allah SWT.

7. Terbaik, bacakan surah al-insyirah (alam nashrah) dan SELAWAT 3X atau berdoa mengikut agama masing-masing sebelum/semasa mengambil mindatif plus. Sebagai ikhtiar terakhir kita apabila menggunakan produk ini.

***

Di sini saya juga akan sertakan bersama pantang larang apabila mengambil produk homeopati ini agar kesan maksimum dapat dilihat seawal yang mungkin. Pantang larang ini adalah normal bagi kesemua jenis produk homeopati.

i. Elakkan mengambil minuman berkafien, teh, kopi, air gas atau nescafe sekurang-kurangnya 1/2 jam sebelum dan selepas mengambil Mindatif plus. Milo dan susu boleh diminum. Tiada masalah..Saranan saya, galakkan anak mengambil mindatif plus setelah mandi sebelum sarapan pagi.

ii. Jangan disimpan dalam peti sejuk/ ditempat panas/ terdedah kepada sinaran matahari/ berhampiran barangan elektrik.

iii. Produk ini jangan di langkah, di gongcang terlalu kuat dan hindarkan bau-bauan.

iv. Jangan mengambil produk ini menggunakan tangan, gunakan sudu plastik atau penutup botol.

Semoga semua pengamal mindatif plus mendapat kesan maksimum dan terbaik. 🙂

Sekian terima kasih.

 
8 Komen

Posted by di Februari 17, 2010 in Info Mindatif

 

Label: , , ,