RSS

Life is What You Give

18 Mei

Kita tidak pernah terfikir dan berfikir tentang hal ini…

Saya juga tidak terfikir sehingga pada hari selasa (17hb May 2011) yang lalu saya mendengarnya dalam slot motivasi pagi di radio IKIM.FM..

Isunya simple sahaja..

“Life is what you give..”

Inilah kehidupan…

Saya tertarik satu contoh peristiwa yang berlaku kepada ustaz tersebut dimana satu hari ketika beliau belajar di Arab, gurunya meminta wang kertas 1 dinar dan kemudian menconteng duit tersebut dan sign diatasnya.

Kemudian gurunya meminta beliau membelanjakan duit tersebut pada hari  itu  juga. Apabila duit tersebut kembali semula ke tangan ustaz barulah beliau diminta menghubungi gurunya semula untuk mendapatkan sebab atas tindakan gurunya itu.

Maka ustaz membelanjakan duit itu dengan membeli anggur disebuah kedai dalam kuantiti yang banyak. Maka duit yang berconteng dilipat cantik dan dibayar bersama duit lain. Ustaz kemudian menunggu sehingga berminggu minggu, bilakah tuan kedai tersebut akan memulangkan duit yang telah diconteng kepadanya.

Disebabkan sudah terlalu lama, maka ustaz terlupa akan duit yang diconteng itu. Setelah hampir dua bulan, pada satu hari ketika ustaz menaiki sebuah teksi, disebabkan tiada duit kecil, maka ustaz membayar tambang sebanyak 5dinar. Pemandu teksi memulangkan baki wang dan tanpa melihat jumlah baki, ustaz terus masukkan duit ke dalam poketnya.

Sampai dirumah, apabila diperiksa duit dalam koceknya alangkah terkejutnya beliau apabila wang yang pernah diconteng oleh gurunya 2 bulan lepas kini kembali semula ke tangan beliau. Lantas ustaz segera telifon gurunya menyatakan hal tersebut.. Dan akhirnya…

Pengajaran yang mahu diberikan adalah “Life is What U give..”

Jika kita memberikan manfaat kepada masyarakat, kita akan dapat manfaat bersama. Namun jika kita beri mudarat kepada masyarakat, lambat laun kita akan terkena semula..

Ibarat pepatah menyebut..

“Hidup ibarat roda yang sentiasa berputar, adakala kita diatas dan adakala kita dibawah..”

Maka sama-sama kita fikirkan… 🙂

Akhir kata…

“Hiduplah untuk memberi sebanyak–banyaknya dan bukan untuk menerima sebanyak-banyakknya..” Frasa dalam movie laskar pelangi..hehe

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di Mei 18, 2011 in Bicara

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: