RSS

Update: Dah berada dirumah..

30 Apr

Alhamdulillah…

Semalam bertolak dari Johor selepas maghrib lebih kurang 7.30mlm ke Kuantan. Konvoi berdua dengan kawan yang balik Kuala Terengganu..

Walaupun penat bekerja belum hilang, tapi semangat nak balik kerumah memadamkan kepenatan bekerja..hehe..

First time sebenarnya drive malam, lebih-lebih lagi perjalan jauh lebih 400km.. Alhamdulillah tiada masalah, tambahan jalan lengang tiada banyak kenderaan. Maka boleh “meluncur” lebih sikit.. Sedap juga perjalanan waktu malam, sejuk dan tidak banyak kenderaan..

Cuma saya risau mengantuk… Alhamdulillah semalam tidak mengantuk. Tetapi perut bernyanyi kencang kelaparan..Mana tidaknya, balik kerja hanya beralaskan sekeping roti dan neslo ais sebelum bertolak. Sempat singgah di Petronas beli coklat cadbury dan air 100plus mengisi perut..

Dalam perjalan, terlintas ingin singgah makan di Mersing atau Endau. Tapi teringatkan pesan sorang pakcik yang biasa memandu bas express waktu malam. Katanya jika nak memanju jauh, jangan makan makanan berat. Nanti berat mata dan mudah mengantuk.. Saya ambil pesanan ini sebab tidak pernah drive waktu malamkan. Alhamdulillah selesa memandu semalam.. 🙂

Hari ini, di rumah…..

1. Makan kenduri kahwin jiran sekampung

2. Beli 4 ekor ikan gapi jantan untuk di tambah dalam kolam saya tu. Dah beranak pinak. Cuma ada corak yang kurang menyerlah. Cari baka jantan yang cantik tadi.. Dengan harapan akan lahir generasi yang cantik-cantik..hehee…

3. Ke Jom Heboh dengan akak dan adik-adik. Jalan-jalan tengok gerai jualan. Shopping air dutch lady je tadi.. hehe..

Malam ini?? Lepak tengok tV je nanti..hehehe..

Ok.. Maaf jika tiada apa yang menarik.. Terima kasih sudi membaca.. Alang-alang bace, komen sikit pun boleh.. 🙂

Adios.

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di April 30, 2011 in Bicara

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: