RSS

Hobi yang belum terlaksana..

12 Jan

Hobi….

Saya ada hobi ker? hehehe.. Ntah la.. Tak tahu nak cakap..

Tapi saya suka bela ikan. Bela, mati.. Bela, mati.. Dah banyak kali beli ikan, mati juga  (ikan koi)..hehe.. Terbaru ikan gapi, yang nie alhamdulillah hidup sepasang dan sudah beranak..Ini boleh kira hobi jugakan? 🙂

Pada saya satu kepuasan melihat ikan berenang dan lebih menyeronokkan bila dapat bermain dengan ikan (ikan koi) sewaktu beri makan.

Namun, memandangkan sekarang saya berada di Senai, Johor saya tak tahu nak buat apa. Nak bela ikan, hingga hari ini belum pergi beli lagi. hehe.. Cuma setiap kali pergi Giant Taman Universiti, pasti akan singgah kedai ikan. Nak tengok ikan-ikan berenang. 🙂

Jika dulu akuarium hanya ada gambar hiasan, pokok-pokok plastik dan batu-batu berwarna-warni.. Sekarang ada yang tidak menggunakan latarbelakang seperti contoh ini..

Simple tetapi menarik..Cantikkan ikan gapi tu? hehe..

Tapi perasan tak sekarang trend akuarium macam mana..?

Yang saya perasan, sekarang ini trend akuarium yang cantik ada tumbuhan hidup dan juga kayu atau batu..(Bukan penuh dengan pokok-pokok) Dasarnya rumpai menghijau dan tengah-tengah sebiji batu atau tunggul kayu. Sesimple itu sahaja tapi semulajadi..(Bayangkan..) hehe..

Bila lihat tumbuhan hijau + ikan-ikan berenang.. Memang cantik.. Terpukau mata memandang.. Minggu lepas ada keluar harian metro tentang akuarium trend tu.. Di Giant, pemilik kedai maklumkan air akuarium sudah 3 tahun tidak ditukar cuma tukar penapis saja..

 

picture tiada nak tunjuk..huhu.

Saya berhajat nak buat satu macam tu.. Tapi.. Boleh ke..? Sebab bahan-bahan pasti susah nak dapat dan pasti memakan masa (bertahun-tahun) untuk hasilkan satu design akuarium yang cantik dan kena pastikan tumbuhan akuatik hidup kerana perlu mengambil kira lighting, composisi CO2 untuk rumpai hidup dan macam-macam lagi.. Maka jalan shotcut kena beli satu set terus.. hehe.. Tapi modalnya la.. Paling tidak Rm2500++ untuk satu set..Aduih..

So, ini hobi saya yang belum terlaksana..hehe..

p/s: usaha kumpul duit untuk beli satu set.. Bila agaknya tercapai.. 🙂

Advertisements
 
4 Komen

Posted by di Januari 12, 2011 in Perkongsian

 

Label:

4 responses to “Hobi yang belum terlaksana..

  1. irtiyah

    Januari 12, 2011 at 3:38 pm

    salam

    Memang cantik yg satu set. Tapi lagi seronok kalau dapat design sendiri.. hehe tak pe la.. mula2 buat sendiri. sikit-sikit.. nanti ada duit pakcik kayo.. boleh satu set panjang 4 kaki punya hehe

     
    • fyzul

      Januari 12, 2011 at 9:07 pm

      @irtiyah: nak design sendiri tu banyak kena belajar..hehe..nak beli lagi la.. pulus2..hehe..

       
  2. siti

    September 28, 2012 at 10:45 am

    bela ikan laga memang best….bila lihat ikan hilang rasa tension..sekarang baru mula ternak ikan laga …tapi tengah cari induk jantan yg lain…tapi tak tahu area johor siapa yg jual ,kat kedai ikan laga warna yg hampir sama.

     
    • fyzul

      September 29, 2012 at 12:06 pm

      Siti: Biasa saya beli kat kedai ikan jer.. cuma warna yang biasa2 jer la, biru.. merah.. warna2 yang menarik kena buka forum betta la tgk siapa yang ada jual di kawasan johor. Sbb biasanya ikan2 yang cantik harga mahal sikit.. Jadi hanya pemilik tertentu yang menjual..hehe..

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: