RSS

Sarapan nasi dagang di Kuala Terengganu; Lunch bersama family di rumah (Kuantan); Makan malam di Senai, Johor.

01 Jan

Selamat menyambut tahun 2011 semua!!! ๐Ÿ™‚

Permulaan 1 Januari 2011 hari ini sungguh bermakna kerana dapat bermusafir berjumpa keluarga tercinta di Kuantan.

Tetapi sebelum itu bertolak ke Kuala Terengganu pada pagi jumaat 31 Disember 2010 dan sampai K.T lebih kurang 9.00 malam.

Pagi 1hb, lebih kurang 8.00 pagi bertolak dari Kuala Terengganu ke Kuantan. Singgah sarapan pagi nasi dagang (lokasi selepas jambatan masjid terapung). Orang kata bila sampai Terengganu tidak sah kalau tidak makan nasi dagang. hehehe….

Tengah syok-syok menjamu selera nasi dagang beralas daun pisang dengan teh tarik, hujan lebat membasahi bumi Kuala Terengganu. Walaupun hujan lebat, ramai orang mengunjungi dan makan di kedai tu. Yang lucunya,ย  saya makan berdua dengan kawan satu meja dan ada satu kerusi kosong. Kemudian datang sorang makcik bertanya sama ada kerusi kosong ada orang atau tidak. Kami ingatkan dia nak tumpang sarapan semeja dengan kami memandangkan dia seorang, dan semua meja yang lain penuh. Tapi rupanya dia tunggu kami habis sarapan dulu. Kebetulan kami pun dah nak selesai sarapan, jadi takda lepak lama-lama..hehehe..

Habis sarapan saya dan rakan terpaksa meredah hujan ke kereta untuk teruskan perjalanan kami. huhu..Destinasi seterusnya ke rumah saya di Kuantan. ๐Ÿ™‚

Sampai dirumah menjelang tengah hari (12.00 tengah hari). Mak bagi tahu ayam kampung kena penyakit dan mati. Dah banyak ekor mati. Hari ini 2 ekor lagi mati, seekor jantan seekor betina. Nak buat macam mana, dah sampai ajal ayam. Tanam bangkai ayam dekat umbi pokok pisang. Nanti boleh jadi baja untuk pokok pisang. hehe..

Selesai makan tengah hari dan solat zohor, terus bertolak pulang ke Senai, Johor. Tiba di senai dalam 6.20pm, terus ke pasar malam bungkus mee goreng + ayam goreng + air kelapa untuk santapan makan malam. hehe…

Memang penat sangat, tetapi berbaloi. Esok nak rest puas-puas. Isnin dah mula kerja pula. Itu saja nak share hari ini. ๐Ÿ™‚

p/s: Azam tahun ini, menimba seberapa banyak ilmu bermanfaat. InsyaAllah.. Azam kawan-kawan? hehe…

Advertisements
 
2 Komen

Posted by di Januari 1, 2011 in Bicara

 

2 responses to “Sarapan nasi dagang di Kuala Terengganu; Lunch bersama family di rumah (Kuantan); Makan malam di Senai, Johor.

  1. kakinakl

    Januari 3, 2011 at 8:25 pm

    harga gajus tu bergantung kepada gred..yang paling besar tak sampai RM40.00 dalam RM36-RM37. Kalau kat Rantau Panjang lagi mahal.

    pekena gak nasi dagang fofolur tu..yg masuk dlm paper sbb satu kepala ikan RM60.00

     
    • fyzul

      Januari 3, 2011 at 9:41 pm

      @kakinakl: Owh…murah tu… ada peluang ke sana boleh beli..ehehe… Saya makan nasi dangang yang biasa je..hehehe.. Kak ina pekena yang tu sedap ker? Berbaloi dengan harga tak kak?

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: