RSS

Terima Kasih Semua Pengedar dan Selamat Datang Pengedar Baru.

25 Dis

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah segala puji bagi-Nya yang mengurniakan rezeki kepada semua makhluk-Nya.

Sekalung tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam PMR pada tahun ini terutama pelajar yang mengamalkan Mindatif Plus sebagai medium tambahan membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Tahun 2010 bakal melabuhkan tirai beberapa hari lagi. Pelbagai cabaran dan pengalaman telah kita tempuhi sepanjang tahun 2010 dan saya pasti tiap individu mempunyai kenangan manis dan pahit yang berbeza-beza sepanjang tahun ini.

Tahun ini bagi saya sesuatu yang manis kerana bermula tahun ini saya mencuba mempromosikan produk Mindatif Plus dengan harapan ramai pelajar yang lemah boleh dibantu apabila mengamalkan produk Mindatif Plus.  Alhamdulillah keputusan adik saya (Mohd Amin Asyraf – 5A) dan juga rakan-rakannya (5A dan 4A 1B) di kampung yang mengamalkan Mindatif Plus tidak mengecewakan (saya mohon maaf tidak update keputusan adik saya kerana sekarang saya berada di Johor). Saya berharap pengguna Mindatif  Plus yang lain begitu juga. Dan lebih manis kerana tahun ini saya telah berjaya menamatkan pengajian saya di UTM selama empat tahun dan telah graduate pada bulan september yang lalu.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengedar Mindatif Plus  yang sudi untuk  bersama-sama memperluaskan dan menyebarkan khasiat produk ini di kawasan masing-masing sepanjang tahun ini. Tanpa bantuan rakan-rakan pengedar, produk ini tidak mungkin dapat diketahui dan disebarkan kepada masyarakat sekaligus membantu pelajar yang lemah dan memerlukan bantuan sampingan seperti produk homeopati ini. InsyaAllah semoga bermula tahun baru nanti permintaan produk ini semakin berkembang dan diketahui umum sekali gus membantu mempermudahkan urusan jualan semua pengedar Mindatif Plus.

Alhamdulillah menjelang penutup tahun 2010, dua pengedar baru Mindatif Plus sudi menyebarkan dan mempromosikan produk ini dikawasan mereka. Selamat datang saya ucapkan kepada pengedar baru dan semoga rezeki kita semua dipermudahkanNya. Dengan adanya pengedar baru ini, pengguna di kawasan berdekatan yang ingin mendapatkan produk ini bolehlah menghubungi pengedar-pengedar untuk mendapatkan produk Mindatif Plus ini.

 

1. Mohd Ghalil Bin Abdul Rahman, Manik Urai-Kuala Krai Kelantan. (014-8426137)

2.  Saripah bt Zakaria, Kuala Lipis Pahang. (019-9184248)

 

Akhir kata, jutaan kemaafan dari pihak saya atas sebarang kekurangan dan kesilapan sepanjang tahun ini. Saya sebagai wakil bagi pihak Syarikat De Men C Marketing juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua  pengguna produk Mindatif Plus dan pengedar yang membantu mempromosikan produk Mindatif Plus ini.  Semoga terus kekal menggunakan produk kami. 🙂 Sekian terima kasih.

~Mohd Hafizul Halim~

Advertisements
 
3 Komen

Posted by di Disember 25, 2010 in Info Mindatif

 

3 responses to “Terima Kasih Semua Pengedar dan Selamat Datang Pengedar Baru.

  1. yati

    Januari 31, 2011 at 11:22 pm

    tadak wakil dari melaka ke

     
    • fyzul

      Februari 1, 2011 at 12:00 am

      @yati: Di Melaka belum ada.. Jika ada saya tidak tahu siapa..

       
  2. Nazri

    Jun 4, 2011 at 2:36 am

    Salam, saya berminat jd pengedar. Apa syarat dan keuntungan. Tk

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: