RSS

“Anda mempunyai pilihan..”

13 Jul

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Dalam pukul 9.10pm tadi, saya ke cyber cafe dengan niat untuk print beberapa tugasan. Tetapi printer pula rosak. Perut pula berbunyi tanda lapar. Kebetulan hari ini ada pasar malam di taman tersebut. Maka saya pergi menjenguk apa yang tinggal di saat-saat akhir sebelum peniaga menutup gerai.

Saya berjalan dan akhirnya berhenti di gerai menggoreng mee, bee hoon, kiew tiaw dan nasi goreng. Yang tinggal hanya kiew tiaw, dan kerana perut lapar saya beli sahaja. Kemudian singgah ke gerai ayam goreng, ada dua gerai yang masih menjual ayam goreng itu pun dah nak habis. Saya tinjau kedua-duanya dan akhirnya membeli di gerai kedua kerana ayamnya lebih besar.. hehehe..

Selesai makan, tetiba saya terfikir mana yang lebih baik hidup diberi pilihan atau hidup tidak diberi pilihan??

Kemudian…

Saya teringat kata-kata Akh Fuad semasa saya tahun 2 di UTM Skudai. Ketika itu kami berada di dalam Masjid Sultan Ismail UTM, katanya hidup ini kita diberi pilihan. Setiap pilihan yang kita ambil akan memberi kesan pada hari kemudian. Kita yang memilih untuk hidup dalam hidayah Allah atau lari mencari murka-Nya.

Maka persoalan saya di atas terjawab..

Kita mempunyai pilihan untuk setiap perkara kita lakukan kerana kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap pilihan yang kita ambil.

Sebagai contoh, saya mempunyai pilihan lain selain untuk makan kiew tiaw kerana saya boleh beli burger, satay, roti pita, mee sup dan sebagainya tadi. Tetapi apabila kita terlalu banyak pilihan depan mata, kita jadi rambang mata. Tidak tahu membuat keputusan untuk membeli yang mana satu. Dan akhirnya kita biasanya membeli ikut selera tekak ketika itu..

Begitulah perjalanan kehidupan kita sehari-hari. Kita diberi pilihan setiap saat atas semua perlakuan kita.

Maka pilihlah atas dasar yang benar dan memberi manfaat.

Sekiranya kita memilih untuk ponteng sekolah, malas belajar, tidak bersungguh dalam belajar, maka keputusan yang kita peroleh sesuai dengan pilihan yang telah kita lakukan.

Sekiranya kita memilih untuk hidup berdendam, cemburu, tidak puas hati, maka kehidupan kita akan penuh kesulitan dan duka cita. Sebaliknya jika kita memilih untuk hidup bahagia, maka bahagia yang kita peroleh.

Semuanya tentang PILIHAN..

Buatlah pilihan yang bijak untuk diri anda..

Sekian.

~fyzul MP

Advertisements
 
2 Komen

Posted by di Julai 13, 2010 in Bicara

 

2 responses to ““Anda mempunyai pilihan..”

  1. serol

    Julai 17, 2010 at 2:00 am

    silap pilih, buruk padah nya. apa yg jadi kat kita, kita la yg bertanggungjawab. kan?

     
    • fyzul

      Julai 18, 2010 at 10:01 am

      Yurp..! 😉

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: