RSS

“Hiduplah untuk memberi..”

05 Jul

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Hari ini sambil-sambil mencari info dan membaca berita online, teringat movie laskar pelangi. Ntah macam mana teringat movie tu..hehe..Saya tengok dua kali movie nie, best sangat..Tapi download je la bukan tengok kat panggung..hehe 😉

Sebenarnya teringat salah satu quote dalam movie tu;

“Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, BUKAN untuk menerima sebanyak-banyaknya.”

Bila teringat qoute tu, terus terpikir nak tulis entri pasal tu hari ini..hehehe..

Kita juga seringkali mendengar kata-kata lain yang semaksud dengannya;

“Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.”

Ewah..Ewah.. Bila sebut ja pasal “memberi lebih baik dari menerima”, saya pasti ramai yang tersenyum. Mana tidaknya dulu kawan-kawan saya jadikan point ini untuk minta kita belanja. Aduish! Pandai betul korang gunakan point ini minta belanja ea..hehe..

Tetapi pada saya, apabila teringat quote ini ianya bukanlah berkaitan memberi bantuan dari segi kewangan seperti menderma, atau belanja  kawan-kawan semata-mata. Sekiranya kita ada kemampuan bolehlah memberi dari segi kewangan. Sekiranya tidak, ada cara lain untuk memberi.

Berilah ilmu pengetahuan atau informasi yang bermanfaat kepada orang ramai. Ini juga satu amal yang baik kerana orang yang memberi ilmu dapat mengingatkan untuk dirinya juga disamping menyampaikan kepada orang lain.

Semoga dengan ilmu yang baik ini diberkati dan mendapat ganjaran selagi masih diamalkan insyaAllah. 🙂

Betul tak kawan-kawan?? 😉

~fyzul MP

Advertisements
 
5 Komen

Posted by di Julai 5, 2010 in Bicara, Motivasi

 

5 responses to ““Hiduplah untuk memberi..”

  1. N2kU

    Julai 5, 2010 at 9:40 pm

    “betul betul betul” – jawap Upin kepada rakan yang lain, mereka juga turut menganguk tanda setuju.

     
  2. ila-ali

    Julai 5, 2010 at 9:42 pm

    Setuju3x
    Lagi satu kalau memberi jangan harapkan balasan dan menunjuk2.
    Langsung tak dpt apa2 pahala.

     
    • fyzul

      Julai 5, 2010 at 9:55 pm

      betul tu..memberi biar ikhlas dan bukan ada udang disebalik batu..

       
  3. ila-ali

    Julai 13, 2010 at 1:01 am

    ada vcd ni tapi lom tengok lagi….

     
    • fyzul

      Julai 13, 2010 at 10:00 am

      tgk la..best cita nie..tp org kata novel dia lagi best..;)

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: