RSS

Oh! Masa..

01 Jul

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Pejam celik, pejam celik hari ini sudah masuk 1hb Julai 2010 bersamaan 17 Rejab 1431H. Terasa cepat masa berlalu..Tidak lama lagi akan masuk bulan Syaaban sebelum tiba bulan Ramadhan yang dinantikan..=)

Masa terus berlalu..

Kepada pelajar-pelajar IPT pasti ada yang sudah bersedia nak balik kampus atau ada yang sudah balik kampus awal untuk meneruskan pengajian. Teringat pula ketika zaman belajar. Haish..

Pelajar-pelajar sekolah pula pasti tengah countdown berapa hari lagi yang tinggal sebelum menjelang peperiksaan penting seperti UPSR, PMR atau SPM. Yang pasti pelajar darjah enam akan menduduki UPSR terlebih dahulu bulan september ini. 😉

Jika dikira dalam bulan ada lebih dari 2 bulan lagi, jika dikira hari pula dalam 70-80 hari lebih lagi, jika kira ikut jam lagi banyak masa lagi..Tapi belum ditolak masa tidur lagi, makan lagi, tengok tv lagi, bermain lagi.. Jika ditolak-tolak berapa hari sahaja yang tinggal untuk fokus pelajar..

Saya pasti masuk sahaja bulan 7 ini, kelas tambahan lebih giat dijalankan disekolah. Cikgu-cikgu akan cepat-cepat ingin habiskan silibus awal supaya masa yang ada dapat digunakan untuk membuat ulang kaji lebih awal kepada pelajar-pelajar. Set-set soalan dari sekolah-sekolah lain, atau set-set exam sebelum ini pasti sudah tersedia untuk diberikan kepada pelajar.

Saya teringat zaman sekolah menengah dahulu. Menjelang  lebih kurang sebulan terakhir, setiap hari perlu menjawab set-set soalan exam. Selepas selesai satu set exam, cikgu-cikgu akan melihat prestasi pelajar. Jika ada yang masih lemah, pasti akan di panggil ke bilik guru untuk diberi motivasi. Saya juga beberapa kali pernah dipanggil berjumpa guru-guru subjek kerana keputusan masih belum memuaskan..hehe. Pernah sekali dipanggil guru sejarah kerana result sejarah cukup-cukup makan untuk lulus..Aish..malu betul..ish2..Lepas kena brainwash sikit, alhamdulillah terus ada peningkatan sehingga exam sebenar..;)

Saya melihat adik bongsu saya yang darjah enam, beberapa bulan lepas cikgu sekolah dia sudah mula adakan kelas tambahan. Kelas tambahan pada sebelah malam juga ada dibuat. Jika dipandang dari satu sudut, nampak keletihan budak-budak siang malam belajar. Namun dipandang dari sudut yang lain, bagus juga ada kelas tambahan, sekurang-kurangnya dorang manfaatkan masa ini untuk belajar. Dirumah boleh rehat-rehat minda. Itu untuk pelajar sekolah rendah. Sekolah menengah pasti ada yang balik lebih lewat sehingga pukul 3 atau 4 petang. Lumrah hidup sebagai pelajar..Dulu saya juga pernah mengalami situasi yang hampir sama..:)

Kepada pelajar-pelajar luar bandar terutama yang bakal menduduki UPSR, mafaatkan masa yang ada untuk belajar bersunguh-sungguh supaya mendapat keputusan yang baik. Bila keputusan baik sekurang-kurangnya boleh memohon untuk biasiswa persekutuan bila memasuki sekolah menengah. Dapat membantu ringankan beban ibu bapa. 🙂

Akhir kata, belajarlah demi masa depan anda sendiri. 😉

~fyzul MP

p/s: Sekiranya ada pelajar yang masih kurang memberangsangkan prestasi pelajarannya, disini saya ingin syorkan produk Mindatif Plus. InsyaAllah membantu meningkatkan prestasi pelajaran pelajar. Boleh click disini untuk info produk.

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 1, 2010 in Bicara, Motivasi

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: