RSS

Apa dah jadi dengan ikan laga aku tu..?

21 Jun

Assalamualaikum wbt..

Rakan-rakan yang pernah membaca entri saya sebelum ini Akhirnya Ikanku Mengawan Juga..” bertarikh 22 May 2010 berkenaan ikan laga saya pasti ada yang tertanya-tanya apa yang perkembangan ikan laga saya tersebut setelah hampir sebulan berlalu.

Tentu persoalan-persoalan ini bermain di fikiran rakan-rakan sebelum ini. Adakah berjaya bertelur atau tidak? Hidup ke tidak anak-anak ikan tersebut? Besar mana dah anak-anak ikan tu?? Dan sebagainya..

Ini jawapan tentang semua persoalan tersebut..:)

Untuk pengetahuan rakan-rakan, pensenyawaan telur-telur ikan pada 22 May 2010 tersebut tidak berjaya. Seminggu saya memerhatikan dan menunggu dengan penuh excited namun tiada seekor pun anak-anak ikan kelihatan. huhu.. Projek tersebut GAGAL..

Namun saya tidak berputus asa, selepas itu saya cuba untuk mengawankan semula pasangan ikan saya di dalam balang kaca pula. Saya letakΒ  ikan laga saya lebih dari seminggu bersama dalam balang tersebut namun tiada juga hasil. Si jantan tidak membuat sarangnya dengan baik dan ikan-ikan ini tidak bertelur. Saya ada baca di forum, selepas proses bertelur yang pertama perlu asingkan pasangan ini dan bagi rehat dalam 2 minggu untuk ikan-ikan ini aktive semula. Sebab itu kot pasangan ikan saya ini tidak bertelur lagi. hehe..

Minggu lepas saya keluarkan pasangan ikan laga saya ini dan masukkan ke dalam kolam saya. Saya beri ikan-ikan ini makan jentik-jentik kaw-kaw punya.. Saya rumah kampung, banyak bekas tadahan air hujan kat rumah tu. Jentik-jentik pun banyak..hehe.. Bukan jentik-jentik ja, nyamuk pun banyak tau..Tapi nyamuk kampung la..Tak bahaya seperti nyamuk bandar..hehe..

Alhamdulillah semalam saya perhatikan, sudah ada beberapa ekor anak-anak ikan bermain di permukaan air dalam kolam.. Gembiranya hati saya melihat anak-anak ikan tersebut..:)

Pagi tadi pergi menjenguk anak-anak ikan saya tu, tetiba risau sebab dah tak nampak ada anak-anak ikan ini di permukaan air sangat. Kemudian saya perasan si jantan makan beberapa ekor anak ikan. Hah!! Saya cepat-cepat asingkan pasangan ikan ini ke dalam cawan dan mengasingkan anak-anak ikan ini.

Saya tak pasti si jantan memakan anak-anak ikan tersebut atau menyimpan dalam mulutnya sebab selepas diasingkan, beberapa anak ikan masih hidup ada dalam cawan bersama jantan..hehe..

Alhamdulillah ada lebih dari 40 ekor anak ikan yang berjaya diasingkan.. πŸ™‚

Semoga kesemua anak-anak ikan ini berjaya survive dan cepat membesar..hehehe..

Saya cuba mengambil gambar anak-anak ikan ini tetapi tidak nampak anak ikan sebab saiznya terlalu kecil. Saya tunjukkan rupa anak-anak ikan yang diambil dari forum betta..;)

Yang ini masih peringkat awal..Baru menetas agaknya..

Lebih kurang macam nie la anak-anak ikan laga saya berenang-renang..=)

Penutup = Jangan Mudah Berputus Asa.

Apa yang dapat saya kongsikan disini, tidak kira apa juga aktiviti atau tugasan yang kita lakukan, buat yang terbaik.

Jangan mudah berputus asa walaupun masih gagal beberapa kali. Bangkit dari kegagalan dan kenal pasti kelemahan yang menyebabkan kita pernah gagal sebelum ini dan atasinya dengan cara yang betul.

Kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR atau SPM tahun ini, masih punya masa untuk memperbaiki keputusan adik-adik. Walaupun peperiksaan pertengahan atau ujian baru-baru ini kurang baik, jangan cepat berputus asa. Dan jangan cepat berpuas hati dengan keputusan tersebut. Perbaiki lagi dan teruskan usaha untuk berjaya. InsyaAllah kejayaan akan tercapai..:)

~fyzul MP

Advertisements
 
66 Komen

Posted by di Jun 21, 2010 in Perkongsian

 

Label: , ,

66 responses to “Apa dah jadi dengan ikan laga aku tu..?

  1. black

    Julai 6, 2010 at 9:07 pm

    anak ikan laga nk kne bg mkn ape ye…???

     
    • fyzul

      Julai 6, 2010 at 10:53 pm

      Sebenarnya ada cara yang betul makanan untuk anak ikan laga. Info dia kamu boleh dapat dalam forum betta..Jika tak silap saya bagi kutu air atau air dari kolam ikan keli..
      Saya cuba guna air dari kolam ikan keli sahaja. Namun kesannya banyak anak-anak ikan lama2 mati.huhu.. Mungkin makanan tidak cukup kot. Tapi xpa, lepas nie saya nak cuba lagi kaedah lain secara semula jadi..

       
  2. epi

    Julai 18, 2010 at 12:25 am

    knape ikan laga jantan aku (crown) kena belasah dek betina sampai hancur ekor…
    confused, tlg bg pendapat….

     
    • fyzul

      Julai 18, 2010 at 10:15 am

      betul yg belasah tu ikan betina? takut ikan jantan jer..hehe…

      tp kalo ikan betina, biasanya mmg ikan betina yg agresif akan lawan balik mula2 berkenalan dgn jantan. Dorg bukan terus bertelur.. Biasa makan masa dlm 1 minggu kot utk suai kenal.. lebih info cara biak betta ko buka forum betta..byk info kat situ.. πŸ™‚

       
  3. aiman

    Ogos 11, 2010 at 10:20 am

    terima kasih kerana bagi semangat

     
  4. amiz

    Disember 12, 2010 at 11:28 pm

    masa nak letak ikan laga tu….kena letak sekali terus ke ataupun ambil bekas yang boleh ada transparent.so,nnti ikan jantan nampak…….tapi kalau letak terus takpe ke…..??? dan kalau buat dalam akuarium 4 segi jadi x proses mengawan???

     
    • fyzul

      Disember 13, 2010 at 3:12 pm

      Untuk mengawan ikan laga.. Cara yang baik letak ikan laga betina dalam transparent dulu dalam akuarium yang sama. Supaya ikan jantan suka dan membuat sarang. Bila ikan jantan telah buat sarang yang besar, buihnya banyak baru lepaskan ikan betina. Kalo nak lepas terus boleh, tapi kawasan or akuarium luas sebab nanti ikan laga jantan akan kejar ikan laga betina jer.. Akuarium 4 segi takda masalah cuma pastikan air akuarium dalam atau banyak. Sebab saya perhatikan sendiri, jika air dalam akuarium tak cukup banyak, apabila ikan betina melepaskan telur, telur tidak sempat dikutip oleh ikan jantan kerana telah jatuh ke permukaan akuarium dan ikan jantan tak kutip yang telah jatuh ke dasar. Ikan betina yang makanan telur tersebut.

       
      • amiz

        Disember 13, 2010 at 11:00 pm

        ohh..thank u

         
      • amiz

        Disember 13, 2010 at 11:03 pm

        tapi…agak2 dalm masa berapa hari kena letak bekas betina dalam akurium??

         
  5. mikhail

    Disember 18, 2010 at 12:07 pm

    semasa nak menagawan tu nak ke letak tumbuhan….

     
    • fyzul

      Disember 18, 2010 at 1:55 pm

      Mikhail: Kita disarankan letak tumbuhan atau potongan paip dalam akuarium kerana semasa proses mengawan, ikan jantan akan mengejar ikan betina. Proses mengorat bukan terus dapat, jadi ikan betina akan jual mahal dan selalu lari bila ikan jantan mengorat. Jadi fungsi tumbuhan adalah untuk ikan betina menyorok bila dikejar ikan jantan selagi ikan betina belum sedia untuk mengawan.

       
  6. acik,huhu

    Disember 28, 2010 at 3:10 am

    :).acik de pelihara ikan lage ni,da ade yg besr huhu,p suke2 je hehe,ade la dlm 30 ekor yg hidop sampai sekrg,p cmne erkk nak suh ikn ni cpt besar,,,,,,,????,,,,,hah,de gak yg acik kacukn dgn ikn laga yg kampung dgn ikn laga yg d jual kt kedai2 ikn tu hehe menjadi gak,,,,,p acik asig kn lam tagki air,,,,harap2,ank ikn tu cpt besar dan leh tegok warne ape yg kluar kt ank2 ikn kacukn tu,,,,,,sory laa,tk thu sangt bb name ikan lage ni hehe,bise org kg acik pngil sekilau barak je sebb ekor kecik dan bdn besar,hahaha

     
    • fyzul

      Disember 30, 2010 at 10:11 am

      Salam Acik.. Waaa.. Tahniah berjaya biakkan ikan laga.. Mesti seronokkan? hehe.. Saya pun masih belajar dan banyak tak tahu tentang ikan laga komersial nie. Nanti anak2 ikan dah besar boleh la share gambarnya nak tengok anak laga kacukan acik tu.. πŸ™‚

       
    • afiz

      April 5, 2011 at 11:33 am

      ikan laga,, mmbesar,,jngka 3 bulan atau 4 bln,,yg jual kat kedai,,

       
  7. mikhail

    Januari 11, 2011 at 2:57 pm

    agak2 berape lame nak bagi ikan tu besar….?????

     
  8. amirul

    Januari 16, 2011 at 8:40 am

    lepas ikan pelaga ni menetas,apa yg perlu dia makan

    lagi 1 lepas menetas ,dia duduk ngan jantan ke tina

     
    • fyzul

      Januari 16, 2011 at 10:29 am

      @mikhail: Saya tak berapa pasti berapa bulan.. Tapi jika cukup makan cepat besar.. πŸ™‚

      @amirul: Dari bacaan saya, makanan anak ikan laga anak kutu air atau air lumut dari kolam ikan keli. Saya berikan air lumut ikan keli namun tak menjadi kerana banyak yang mati kemungkinan tak cukup makanan. Cara terbaik anak kutu air.Caranak dapatkan, yang diajar oleh otai betta dalam forum, ambil tahi ayam dan masukkan air dalam bekas. Biarkan beberapa hari ata minggu sehingga ada kutu air buat sarang dalam bekas tersebut. Tentang anak ikan pula, juga dari advise pakar betta kata singkan anak ikan dari kedua2 ibu bapa mereka. Namun apa yang saya perhatikan,ikan jantan akan menjaga anak-anak. Si ibu kena asingkan. Kamu boleh cuba..

       
      • afiz

        April 5, 2011 at 11:30 am

        oii,,,kutu..air,,, ank ikan laga mkn micro worm ,,ngan anemia,,la,,,anemia maal cr micro worm murh,,

         
      • muaz iskandar

        Januari 1, 2013 at 4:12 pm

        tapi knpe ikan laga jantan saye mkn ank dye

         
      • fyzul

        Januari 1, 2013 at 9:00 pm

        muas: ikan jantan makan anak dia salah satu sebab, ikan jantan lapar.. jadi sebelum mengawan ikan, pastikan dua2 ikan makan secukupnya..

         
  9. faiz

    Januari 18, 2011 at 5:17 pm

    slm..kalu air paip..ikan laga b0le id0p x???

     
    • fyzul

      Januari 18, 2011 at 7:20 pm

      @ faiz: wslm.. boleh.. ikan laga tahan lasak. Tapi isi anti-klorin pun ok. Murah je..RM1.50 sebotol..hehe..

       
  10. awie

    April 15, 2011 at 4:59 pm

    selepas ikan laga bertelur brapa lama dya akn mnetas???

     
    • fyzul

      April 23, 2011 at 6:50 pm

      @awie: Saya tak pasti masa tepat telur menetas. Tapi rasanya dalam seminggu juga telur menetas.

       
      • mOsaRs

        Februari 25, 2017 at 11:15 pm

        Normal penetasan telur hanya 24 jam,,, paling lewat 40 jam, kerana suhu ada sejuk sikit…m

         
      • fyzul

        Mac 11, 2017 at 11:04 pm

        Terima kasih atas perkongsian.

         
  11. shazreen

    Mei 31, 2011 at 11:08 pm

    nk thu dia nk mengawan kee tdk mcm mnhaa erkk . ??

     
  12. shazreen

    Mei 31, 2011 at 11:21 pm

    thnkz juga sbb bgy smangat nk bljar dn biakkan ikan laga . sya dh byk bly ikan laga kt kedai xp dy x mengawan . pown . sya tgk jantan buka bnda yg kat leher dy 2 . risau tooo . sy pown wak kuar lhaa btina . sbb 2 sy dowk cry cara cara biakkan ikan . thnkz yarhh .

     
  13. ahmad

    Jun 27, 2011 at 8:22 pm

    assalammualaikum sayer msih x phm care bgi ikan mengawanlga

     
  14. ahmad

    Jun 27, 2011 at 8:23 pm

    assalammualaikum sayer msih x phm care utuk ikan lage mengawan

     
    • fyzul

      Jun 28, 2011 at 12:36 pm

      @Ahmad: Salam. Berminat membiak ikan laga juga yer? πŸ™‚ Cara ikan laga mengawan seperti dalam gambar yang saya tunjukkan. Atau boleh try buka forum betta, dan cari link ke blog ahli betta yang tunjuk cara ikan laga mengawan. Ada satu blog yang complete cara mengawan ikan laga. Tapi dalam bahasa inggeris.

       
  15. aliff zulkifli

    Jun 30, 2011 at 10:59 pm

    aku hampir berjaya mengawan plakat betina ngan slendang jantan . . . agk2 nyer mcm mne rupa bntuk ank nyer . . . .korang kalo ad pelaga betina nk jual ato nk kasi free korang email kat aku keyh !

     
  16. zaini arif

    Julai 19, 2011 at 5:08 pm

    kenapa anak ikan saya mati…
    anak pun kena bagi mkn jugak ke???

     
    • fyzul

      Julai 19, 2011 at 6:44 pm

      @zaini: Perlu bagi makan. Dua hari lepas, anak ikan laga baru menetas. Banyak sangat tapi tak tahu kenapa keesokkan harinya semua mati. Mungkin air terlalu kotor dan berbau. Sayang betul..huhu…

       
  17. putra kaza

    Ogos 13, 2011 at 12:49 am

    assalammualaikum….korng tau x berapa hari tempoh ikan laga untuk membiak..?

     
    • fyzul

      Ogos 17, 2011 at 12:50 pm

      @putra kaza: Wslm. Tempoh matang ikan laga membesar dan sedia membiak saya kurang pasti sebab belum ada anak ikan laga yang sudah besar. hehe..

       
  18. zaini

    Ogos 16, 2011 at 11:54 am

    can na nak dapatkan ikan laga yg cantik2 dan bagaimana nak kacuk untuk dapatkan yang warna dia cantik2

     
    • fyzul

      Ogos 17, 2011 at 12:54 pm

      @zaini: Cuba dapatkan induk atau baka dari kedai ikan laga yang cantik2.. Ada banyak jenis ikan laga..

       
  19. judin

    Ogos 31, 2011 at 4:18 pm

    saye pun ade banyak anak die baru menetas

     
  20. judin

    Ogos 31, 2011 at 4:18 pm

    bagai mana nak cantik kan ekor ikan laga

     
  21. judin

    Ogos 31, 2011 at 4:26 pm

    kenape saye tengok ikan laga betina makan teluRnya dan hembus kembali ke atas. ?

     
  22. muhammad ukashah

    November 17, 2011 at 2:11 pm

    kenapa ikan laga betina saya mengejar yang jantan

     
  23. muhammad ukashah

    November 17, 2011 at 2:14 pm

    selalu saya biakkan x de ape2 tapi semalam saya letak sebelah -sebelah dan hari ini saya masukkan tiba2 yg betina itu kejar yg jantan ,habis ekor die yg lawa?????

     
    • fyzul

      November 23, 2011 at 9:51 pm

      @Ukashah: Macam mana ikan jantan kamu? Habis dikerjakan ikan betina? Berdasarkan pengalaman saya, itu normal. Ada ikan betina yang lebih agresif dari jantan menyababkan ikan jantan lari. Jadi apa yang saya lakukan, saya cari ikan jantan lain yang lebih berpengalaman untuk dikacukkan bersama ikan betina tersebut. Jika matching satu hari sudah bertelur. Tapi jika tak serasi seminggu letak pun tiada apa2 berlaku..

       
  24. rahman

    Disember 14, 2011 at 7:07 pm

    all..kalo sye letak ikan jantan…yg biasa…dgn ikan betina yg kecik kuku jari..blh x..sbb sye dah mencarik merata2 kedai ikan bertinasusah nk dpt….mcm mne ek?

     
    • fyzul

      Disember 14, 2011 at 11:19 pm

      @rahman: Ish…. Jangan.. Ikan betina masih kecil.. Nanti tak pasal2 mati jer ikan betina tu.. Sabar.. Tunggu matang… πŸ™‚ Sedangkan ikan betina yang besar boleh mati jika dikerjakan ikan jantan tau…

       
  25. Satu Ringgit

    September 17, 2012 at 8:26 pm

    saya ade beberapa soalan ..:
    1. saya tinggal kat bandar jadi nak cari taik ayam tu ngan air ikan keli tu mamang susah la…ade tak makanan utk anak ikan yg jenis serbuk nye yg senang nak cari kat kedai…kalo gune makanan ikan yang ditumbuk sampai hancur anak ikan tu makan tak…
    2. jangka hayat ikan ni paling lame berape…
    3. bagi anak ikan tu berape kali sehari…bukan ape,anak ikan ni susah nak faham cikit..
    4. ikan ni sekali betelur berape banyak ek?

     
    • fyzul

      September 17, 2012 at 9:18 pm

      saya cuba jawab berdasarkan pengalaman saya..
      1. Makanan jenis serbuk untuk anak ikan saya belum jumpa. Saya pernah cuba tumbuk makanan sampai hancur dan bagi, tapi semua ank ikan mati.. Cara itu tidak berhasil..
      Cara bagi makanan ikan:
      (a) Rebus telur, bagi kuning telur sedikit ja sebagai makanan anak ikan. Kesan dia air cepat kotor dan bau busuk..
      (b) Ambil sedikit sayur bayam, sawi ke yang berdaun (dah rosak lagi ok/ yang baru beli pun ok), rendam dalam bekas bersama air sedikit. biarkan dikawasan belakang rumah selama seminggu sehingga ada kutu air bermain dalam bekas tu. Itu tanda ada kutu air bertelur dalam tu..
      (c) Cara yang saya buat, cari bekas kosong letak air dan biarkan di kawasan terkena cahaya matahari selama seminggu/ 2 minggu sehingga keluar lumut2 atau air jadi hijau.. Selepas itu, apabila ikan telah bertelur dan akan2 ikan telah mula boleh berenang, lepaskan anak2 ikan dalam bekas tersebut. IAllah ikan akan membesar. Jangan lepaskan terlalu banyak anak ikan dalam 1 bekas kerana akan ada ikan yang cepat membesar dan mendominasi makanan yang ada dalam tu. Jadi ikan2 lain akan lambat besar.
      Jadi jika nampak ada ikan yangd ah besar, pindahkan dalam bekas lain supaya yang lain boleh survive.

      2. Jangka hayat ikan laga lama.. Sehingga 3 tahun boleh sampai..

      3. Jika letak dalam bekas yang saya cadangkan tu (cara c) tak perlu bagi makan sampai ikan besar dan boleh makan makanan saiz yang dijual dipasaran.

      4. Sekali bertelur, anak ikan beratus2 akan menetas. Namun nak survive tu sukar ikut teknik dan cara.

       
      • Satu Ringgit

        September 23, 2012 at 7:49 pm

        1. kalau anak ikan tu dah menetas, dia perlukan lagi kah sarang nya?..sabab saya nak pindahkan ke air lumut tu..
        2. berape lame nak ekor dia tumbuh dan menyerlahkan warna dia yee.?

         
      • fyzul

        September 23, 2012 at 9:30 pm

        Zubair: 1. Anak ikan boleh pindah dalam bekas lumut bila dah pandai berenang sendiri. Selagi belum pandai berenang, jangan pindahkan sbb ikan jantan akan jaga sampai anak pandai berenang. 2. dalam tempoh 2 bulan dah mula membesar. Nampak ekor cantik masuk bulan ke 3 dan keatas.. Ikut kadar pembesaran ikan..

         
  26. Satu Ringgit

    Oktober 22, 2012 at 10:21 pm

    kenape ikan jantan yg agak cantik warna dia dan cergas yg baru beli tu saya nak kacuk ngan betina saya…tapi dia macam nak gigit ekor betina sampai hancur…tapi saya cuba jantan OK aje..

     
    • fyzul

      Oktober 22, 2012 at 10:30 pm

      timing tak betul kot… terlalu awal cmpurkan mereka.. bagi mesra kat luar dulu.. baru cmpur sekali.. pendapat saya jer..

       
  27. Ikan Pelaga Putih

    Oktober 24, 2012 at 9:13 pm

    1. Ikan laga saya baru saja bertelur,tapi kali ini dia bertelur sikit dari yang biasa.Saya fikir mungkin sebab terlalu pendek saya bagi die rehat dari mengawan yg lepas..Pada hari yg sama waktu malam, waktu saya nak bagi makan..saya nampak banyak telur dalam bekas betina yg saya ngawankan pagi tadi..Macam manusia ada sperm dan ovum baru dapat jadi anak..ikan pon sama ke ..saya x letak pon telur tu bersama jantan sebab saya letak sikit ..jantan lain makan telur tu..yg peliknya betina pulak yg jage walaupon x de buih..semue telur tu terapung atas air..

    2. nape ikan jantan yg jage telur baru-baru ni macam dah give up aje..dah putus asa nak jage telur..,sarang die pon macam x jadi sarang lagi.dan buih die x berkumpul di tepi berselerak kat tengah bekas ikan jantan tu biarkan aje telur di dasar bekas nye..nape ye sarang die macam tu..

     
    • fyzul

      Januari 1, 2013 at 8:58 pm

      lepas mengawan,kamu asingkan terus ke ikan betina dengan jantan? ikan nie perangai pelik2.. susah nak paham..

      ikan pun penat kot..atau bukan musim mengawan ikan,sbb tu dia layan tak layan ke.. pendapat saya la..

       
      • muhamad Qamarul

        April 4, 2016 at 2:02 pm

        Kenapa ikan saya mengawan tapi tak keluar telur

         
      • fyzul

        Mac 11, 2017 at 11:05 pm

        Mungkin fasa awal untuk mengawan.

         
  28. Ikan Pelaga Putih

    Oktober 25, 2012 at 7:02 am

    Satu lagi..nape telur makin hari macam x jadi telur…warne cerah putih due jadi x cerah pastu dari banyak2 jadi hilang…

     
    • fyzul

      Januari 1, 2013 at 8:55 pm

      telur bkn hilang.. biasa kena makan dengan jantan atau betina..

       
  29. muaz iskandar

    Januari 1, 2013 at 4:19 pm

    kalau ikan jantan mkn telornya cmana yaa

     
  30. asyif marzuki

    Mac 12, 2013 at 5:27 pm

    macam mana nak tahu ikan tu nak mengawan atau tak

     
  31. baharuddin

    November 12, 2013 at 7:34 am

    assalamualaikum, macam mane nk buat kutu air

    PL3453 4N5W3R MY QU35T10N ??

     
    • fyzul

      Mac 11, 2017 at 11:08 pm

      Boleh bace entry saya berkenaan kutu air. Atau cara mudah, biakan bekas air bertakung beberapa hari. Isi putih telur utk galakkan kutu air datang dan bertelur.

       
  32. Muhd Zikri Zainudin

    Mei 16, 2014 at 9:54 pm

    macam mane nk bagi ikan laga betina mengandung/nampak biji putih kat perit die

     
    • fyzul

      Mac 11, 2017 at 11:06 pm

      Bergantung pada usia ikan. Kalo ikan muda mungkin lambat. Bila ikan sudah bersedia, ikan akan membiak dengan sendiri.

       
  33. badriyah

    November 30, 2014 at 12:03 am

    sy nk tny.. sy bru nk mncuba biakkn ikn ni. tp ikn laga jntan tu grang sngt dia kmbngkn muka dia n kjar yg betina. normal ke mcm tu..

     
    • fyzul

      Mac 11, 2017 at 11:04 pm

      Normal cik badriyah. Biarkan ikan mengawan secara semula jadi.

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: