RSS

Berfikir dan Bertindak..

12 Jun

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua? Sepak mula Piala Dunia 2010 telah bermula dengan perlawanan pembukaan antara tuan rumah Afrika Selatan menentang Mexico. Saya pasti ramai antara sahabat sekalian sedang demam bola.. Kali ini saya tidak bercerita tentang Piala Dunia kerana saya pasti ramai orang akan memperkatakannya..:)

***

Sebenarnya saya teringat pesanan Encik Khalil semasa saya berada di Subang, Selangor bulan lepas. Beliau menjual produk penapis air jenama beliau sendiri dan telah berkecimpung dalam perniagaan ini selama 6 tahun. Perkara yang mengagumkan saya tentang beliau, beliau bergerak seorang diri mempromosikan produk penapis air beliau.

Memang pelik bila kali pertama saya mendengar beliau bergerak bersendirian tanpa pembantu atau wakil-wakil agen lain. Setelah bermusafir selama 3 hari bersama beliau ada sesuatu yang mengagumkan saya tentang beliau.

Tanggungjawab!

Itulah perkataan yang dilontarkan kepada kami bila beliau menceritakan cara perniagaannya. Mengapa beliau mampu bergerak sendirian adalah kerana rasa bertanggungjawab kepada kesemua customer beliau. Beliau sanggup pusing satu Malaysia apabila ada customer beliau telefon untuk service penapis air mereka.

Semasa mempromosikan produk beliau, saya amat tertarik dengan caranya. Nasihat beliau kepada saya, apabila mempromosikan sesuatu produk contohnya Mindatif Plus, berikan segala informasi tentang produk kepada pelawat dari A-Z. Kemudian biar pelawat memikirkan sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan produk kita tawarkan. Tidak perlu memaksa, memperdaya dan memujuk mereka membeli, kerana insyaAllah sekiranya telah tertulis mereka pelanggan kita, akan berlaku proses jual beli antara mereka dengan kita. 🙂

Beliau juga menasihatkan agar berhati-hati dengan perniagaan di luar sana kerana banyak penipuan berlaku. Mereka (penjual) akan menaikkan keghairahan masyarakat tentang kebebasan kewangan sehingga termakan dengan janji dan helah mereka. Dan akhirnya pengguna terpaksa menanggung hutang beribu-ribu apabila janji tinggal janji.

Gambar hiasan..

Hari ini juga saya dapati di internet terdapat pelbagai ‘perniagaan’ yang saya beri gelaran ‘program buat duit’ yang berkisarkan money game! dan bukan perniagaan sebenar!

Saya pun pelik, pelbagai pihak seperti Ust Zaharuddin telah mengariskan beberapa kriteria perbezaan antara perniagaan dan juga program buat duit di internet di blog beliau. Namun masih ramai yang tidak ambil peduli. Pada saya garis panduan tersebut merupakan asas yang boleh kita jadikan panduan membezakan perniagaan dan program buat duit.

Dan hari ini juga saya dapati, ada beberapa pihak cuba mengaburi ‘program buat duit’ mereka atas tiket affiliate! Namun jika diamati sistem mereka dan juga produk yang ditawarkan tidak lari dari ‘money game’  dan bukan perniagaan.

Namun begitu saya tidak akan listkan ‘program buat duit’ disini kerana saya rasa pembaca bijak menilai perkara ini. Pengetahuan saya tidaklah tinggi  untuk menunding jari kepada mana-mana pihak.

Cuma apa yang dapat saya sarankan, baca artikel ust zaharuddin dan mempertimbangkan atau meneliti sendiri setiap ‘program buat duit’ yang ada sekarang. Dengan insyaAllah cara ini kita mudah dapat membezakan sesuatu tawaran perniagaan itu benar atau ‘program buat duit’.

Ya, memang ramai yang berjaya dapat duit melalui ‘perniagaan’ ini. Namun isu disebaliknya adalah bersihkan rezeki yang kita peroleh dari sumber seperti itu? Saya ada seorang kenalan yang mengajak buat ‘perniagaan’ sementara saya tidak bekerja. Beliau maklumkan ramai yang telah berjaya  dan pelajar universiti ada berjaya menjana RM20k sebulan dan beliau sendiri telah menjana dalam RM1k dalam tempoh 3 minggu secara part time.

Saya pada awalnya tertarik dan teruja mendengar. Namun setelah melihat pelan dan produk yang dijalankan saya menolak secara baik memaklumkan saya tidak berminat kerana saya dapati ianya tidak lari dari money game dan bukannya perniagaan!

Pernah tak rakan-rakan dengar ayat yang menyatakan seperti ini: ‘”Kita makan gaji pun skim piramid juga! Kita kayakan orang atas juga!”

Saya pada awal-awal berjinak dengan perniagaan termakan dengan kata-kata ini. Setelah meneliti perkara ini memang saya akui kerja makan gaji kita kayakan bos atau pemilik syarikat kita. Tapi kita terlepas pandang beberapa perkara. Ini pandangan saya tentang perkara ini.

Contoh saya fresh graduate, tiada sebarang pengalaman tiba-tiba nak di lantik terus menjadi CEO syarikat, rakan-rakan rasa saya mampu mentadbir syarikat ke?? Layak ke saya menjawat status tersebut?? Tentu tidak bukan..

Maka tidak menjadi isu makan gaji mengkayakan orang atas sebab kita dibayar gaji (bekerja) bersesuaian dengan ilmu, kemahiran dan skop tugas yang kita ada. Dan setiap level peringkat atau pangkat ada tanggungjawab berlainan yang tidak di pertanggungjawabkan kepada orang lain.

Maka pendapat saya, menyatakan skim piramid dalam sistem kerja makan gaji tidak relevant sama sekali kerana setiap level tidak sama skop kerjanya.

Tetapi skim piramid dalam perniagaan jualan langsung perlu diteliti dan diambil kira kerana tidak kira level apa, skop dan tujuannya sama, iaitu menjual produk.

Saya tidak mahu ramai masyarakat kita terjebak ‘perniagaan’ seperti ini. Semoga saranan saya ini membantu menyedarkan lebih ramai masyarakat kita tentang perkara ini. Sekian.

~fyzul MP

 
6 Komen

Posted by di Jun 12, 2010 in Bicara, Perkongsian

 

Label: ,

6 responses to “Berfikir dan Bertindak..

  1. cik aidacomei

    Jun 13, 2010 at 3:53 pm

    agaknye pokok pisang kat rumah nenek awak tu sedap sangat kot..tu pasal die datang je..makan2 n tinggalkan “trademark” bulat2..hehehe

     
    • fyzul

      Jun 13, 2010 at 4:24 pm

      mungkin juga la..dia dah puas makan rumput kot, skali skala tukar selera hentap daun pisang..ada anak pisang baru tumbuh daun dah botak..huhu..

       
  2. fadzri

    Jun 15, 2010 at 3:50 am

    saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara.

    Di internet, terdapat perniagaan yang benar2 sebuah perniagaan (menjual produk fizikal, digital, servis dll) dan ada juga hanya skim yg bertopengkan ‘perniagaan;. Biasanya adalah Skim Cepat Kaya, MLM (bukan semua) dan lain lain.

    Yang Menakutkan, Rakyat Malaysia masih ramai yang tidak tahu membezakan antaranya dan dengan mudah diperdayakan. Menjadi tanggungjawab kita dan pihak2 bertanggungjawab untuk menyebarkan perkara2 ini. Media massa juga harus mainkan peranan penting. As .. industri Perniagaan Internet Sebenar di malaysia semakin berkembang. Banyak ebook, software dan lain2 diniagakan dan berjuta ringgit telah bertukar ganti;

     
    • fyzul

      Jun 15, 2010 at 9:59 am

      Itu masalah yang dihadapi sekarang..Kebanyakkan tidak mahu membezakan antara Skim dengan Perniagaan. Ada yang berpendapat, asalkan dapat duit secara online kira perniagaan la tu..

      Saya perhatikan ada sesetengah Skim jelas-jelas hanya beli system dan tiada produk diniagakan namun masih ramai yang join dan mempromosikan skim tersebut. Semoga lebih ramai tampil menjelaskan kepada masyarakat kita dan dalam masa yang sama masyarakat sedia untuk belajar membezakan antara money game dan perniagaan.

       
  3. cik mangkok

    Jun 17, 2010 at 3:39 pm

    waaa…chumellnye kambeng2 ni…suker…..
    cm sonok tgk kambeng2 ni…dia cm joget2 kalo lari2..

     
    • fyzul

      Jun 17, 2010 at 3:44 pm

      haha..comel mmg comel tapi degil gila..Tp cmna boleh komen pasal kambing dalam entri yg lain ea? hehehe….

       

Tinggalkan komen