RSS

Ilmu dan Pengalaman..

31 Mei

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat sekalian??

Rindu rasanya saya untuk kembali mengupdate blog saya ini. Selama 4 hari saya tidak berpeluang untuk online. Sebenarnya selama 4 hari saya berpeluang untuk bermusafir ke Subang untuk satu karnival disana.

Karnival Perdagangan & Produk Islam yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 28hb Mei – 30hb Mei 2010. Saya bersama En Ahmad dan Azizi (bertiga 1 kereta) dan En Khalil bertolak pada hari khamis dan tiba disana selepas zohor. Memandangkan kami tiba sehari awal dapat berkenalan dengan lebih rapat urusetia yang terlibat bersama.

Alhamdulillah syukur kepadaNya selama 4 hari bermusafir, banyak ilmu dan pengalaman berharga yang saya perolehi tentang kehidupan, keluarga, perniagaan, akhlak dan sebagainya.

Selain itu saya juga berpeluang untuk berkenalan dengan ramai peniaga muslim disana dan saling bertukar-tukar idea dan melihat potensi produk muslim yang ada disana.

Cuma sayang sekali kerana saya tiada kamera untuk mengambil gambar sepanjang karnival ini berlangsung. Telepon n-gageĀ  saya pun tak boleh tambah kemera. Maka tidak dapat saya sertakan gambar-gambar yang menarik sepanjang karnival tersebut.

InsyaAllah segala ilmu yang diperoleh sepanjang berada disana akan saya kongsikan bersama sahabat sekalian dari semasa ke semasa. Semoga kita sama-sama dapat mengambil ikhtibar dan memperoleh manfaat darinya insyaAllah.

p/s: Saya juga ingin memohon maaf kerana sepanjang 4 hari tidak online, saya meminta adik saya untuk menjawap komen pertanyaan sahabat sekalian tentang produk mindatif plus. Semoga jawapan beliau membantu.

~fyzul MP

Advertisements
 
3 Komen

Posted by di Mei 31, 2010 in Perkongsian

 

3 responses to “Ilmu dan Pengalaman..

  1. shams

    Mei 31, 2010 at 12:06 pm

     
  2. princeduyong

    Mei 31, 2010 at 12:06 pm

    bagus dikongsi tu…

     
    • fyzul

      Mei 31, 2010 at 12:39 pm

      sham: Saya bisnes mindatif plus dan portal pendidikan mystar. En Khalil bisnes penapis air produk beliau sendiri. Lain-lain perniagaan ais cream produk muslim, kelapa jeli, barang2 askar pun ada, prduk HPA, dan banyak lagi. Kain baju, buku-buku, buah-buahan, gerai makanan, perfume, takaful pun ada juga masuk jual. Total gerai peniaga 120 buah..

      pd: insyaAllah akan saya kongsikan..=)

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: