RSS

Bertudung Ikut Trend atau Hukum?

31 Mei

(Jujurlah kamu dengan Allah..)

Assalamualaikum wbt.

Semasa 4 hari berniaga di karnival subang, saya dan rakan-rakan berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat melayu muslim. Terutama golongan wanita. Pelbagai fesyen tudung dan gaya berpakaian boleh dilihat. Bukan semasa di karnival sahaja, tetapi dimana-mana sahaja ramai golongan wanita berpakaian seperti ini. Lantas kami rakan-rakan niaga berbincang akan isu ini.

Bertudung kerana gaya..

Kami berbincang dan kami bersetuju bahawa rata-rata masyarakat muslim wanita bertudung kerana fesyen. Pelbagai jenis fesyen tudung yang berada di pasaran hari ini..Ada diantaranya cuba menampilkan gaya tudung tersendiri, kononnya itu keunikan atau tread mark mereka. Saya tidak mahu bawakan contoh gambar sebenar gaya-gaya bertudung masyarakat kerana kita boleh lihat sendiri di luar sana bagaimana mereka bertudung. Ada yang bertudung pendek, bertudung tapi pakaian sendat, bertudung tapi pakai baju lengan pendek, bertudung tapi pakai skirt dan macam-macam gaya lagii..

Bila ditanya mengapa bertudung gaya seperti itu, mereka akan menjawab ingin menutup aurat. Alhamdulillah, niat yang baik untuk menutup aurat. Namun adakah gaya seperti itu yang dianjurkan dalam Islam??

Bagaimana garis panduan dalam Islam tentang cara menutup aurat?

Kesalahan bertudung dan pakaian..


Beginilah gaya-gaya pakaian hari ini bukan??

Rata-rata wanita hari ini bertudung kerana gaya bukan hukum kerana cara pemaikan tidak selari dengan hukum di dalam Al-Quran itu sendiri.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R Abu Daud)

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berapa ramai wanita yang mengikut hukum dalam cara berpakaian hari ini??

Ini baru cara bertudung, belum dikira wanita yang tidak bertudung lagi..Lagi la pelbagai gaya yang pelik-pelik dapat dilihat..

Saya  membawa isu ini bukan untuk mencetuskan kontraversi atau menaikkan kemarahan wanita namun saya melihat masalah ini semakin menular. Perlu rasanya saya untuk menyampaikan kebenaran disini walaupun sepatah ayat agar umat Islam di negara kita kembali kepada cara Islam yang sebenar, dan agar negara kita terhindar dari kemurkaan Allah SWT.

Penutup: Sebaik pakaian adalah Takwa

Saya memohon para wanita yang membaca entri ini agar membetulkan kembali cara berpakaian sekiranya cara-cara pakaian saudari hari ini seperti diatas. Marilah sama-sama kembali ke jalan yang benar. Kerana kehidupan di dunia ini tidak lain hanya persinggahan sebentar sahaja sebelum  perjalanan sebenar di akhirat sana yang kekal abadi.
Saya akhiri entri kali ini dengan sepotong ayat al-Quran.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-A`araf, ayat 26 yang bermaksud;

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan- bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”

~fyzul MP

Advertisements
 
11 Komen

Posted by di Mei 31, 2010 in Perkongsian

 

Label: ,

11 responses to “Bertudung Ikut Trend atau Hukum?

  1. ikhlaskahaku

    Jun 1, 2010 at 12:15 pm

    saya sokong!!!

     
    • peace lover

      Mei 16, 2011 at 10:15 pm

      ada jugak pakai tudung sebab badan dah mengembang dan sebab rambut keriting halus mengerbang…..niat dah tak betul sebab dia nak tutup daging2 selambak kat badan mereka…wallahualam…moral of the story..pakai tudung ,tutup aurat and anything we do mestilah kerana Allah! 🙂

       
      • fyzul

        Mei 16, 2011 at 10:46 pm

        Terima kasih atas pandangan. Betul tu.. Namun bukan mudah nak menegur.. Tapi kena usaha jugakan.. 🙂

         
  2. Baju Kebaya Modern

    Julai 22, 2010 at 1:27 pm

    Baru sempat mampir nih!
    Liat-liat dulu….
    Situsnya bagus nih!
    apalagi kalau disuguhi makan!
    hehehehehhehehe
    Kunjungan balik ya sob, ini blog saya
    http://modelkebayamodern.blogspot.com/
    Salam kenal….

     
    • fyzul

      Julai 22, 2010 at 1:30 pm

      Salam kenal kembali..
      Sayangnya saya kurang paham maksudnya.. Kami orang Malaysia ada bahasa rakan disana yang kurang paham.. 🙂

       
  3. JalanSufi

    September 1, 2010 at 2:20 pm

    Assalamualaikum…thanks 4 reminded. smoga saudara dberi kekuatan&kesabaran untk meneruskan perjuangan ini.sy sungguh tersntuh ht mlihat prbandingan respond blog sbegini berbnding respond blog berkaitan urusan dunia yg lain. Smoga niat saudara drahmati Allah. Sentiasa berpegagng tguh pada perkataan ini “Allah sentiasa bsma org yang bersabar”…dan kta perlu mnolong umat islam yg lain yg kurang pegetahuan berkaitan perintah sbenar dlam islam.

     
  4. nur nabilah syahirah

    Disember 13, 2010 at 9:39 am

    betul3…
    saya setuju…
    ta berapa nak faham

     
    • fyzul

      Disember 13, 2010 at 3:26 pm

      Isu ini sebenarnya telah banyak dikupas oleh ustaz-ustaz. Ustaz Zaharuddin juga ada menyentuh isu ini dalam blog beliau baru-baru ini dan saya baca kupasan ustaz zaharuddin lebih menarik.. hehe.. Kita mungkin tak boleh nak mengubah keseluruhan masyarakat tetapi pesan memesan perlu diteruskan terutama ahli keluarga dan rakan-rakan yang berdekatan dengan kita.

       
  5. Budax Kecik

    Februari 19, 2011 at 9:06 pm

    my teacher said “sebenarnya nk pakai tudung nak tutup aurat, tapi dah terlebih.. jadi ikut trend…” kalau pakai tudung atas dada pon tak boleh sebenarnya..

     
    • fyzul

      Februari 19, 2011 at 10:38 pm

      @anis: Sebenarnya ramai yang tahu..tapi tak mahu ikut sebab nanti gaya tudung tak ikut zaman la nampak kolot la.. Ditambah dengan lambakan fesyen tudung yang cantik-cantik tapi tak ikut sunnah.. Sapa tak tertarik nak mencuba… Pendapat saya jer..

       
  6. akula91

    Ogos 23, 2011 at 11:02 am

    camne nak nasihatkan orang supaye dy pakai tudung ae??..

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: