RSS

Ada Apa Dengan GengBlogger..?

21 Mei

Assalamualaikum w.b.t

Kepada semua yang belum saya kenali, selamat berkenalan. Terutama rakan-rakan di gengblogger. Terima kasih melawat blog saya seketika di petang jumaat ini. Hari yang penuh berkat..:)

Saya cuma nak habaq sesuatu yang mungkin gengblogger dah tahu, dah rasai dan akui. Saya baru je tahu hal ini dan nak maklumkan lah disini.

Saya pada awalnya pelik bila melawat blog rakan-rakan  yang menggunakan blogspot. Kebanyakkan mereka adalah gengblogger. Saya tertanya juga, ada apa dengan gengblogger nie?? Apa yang best sangat join gengblogger nie? Dan yang paling best terpikir di kepala nie, gengblogger untuk rakan-rakan guna domain blogspot je ker?? Ah, lantak korang la gengblogger ke apa..Saya tak kesah..(Itu dalam yang bermain dalam kepala saya beberapa bulan yang lalu..)

Sehingga minggu lepas, saya terbaca di blog ariffshah tentang cara mendaftar gengblogger. Saya pun dengan rasa tak bersalah buka la gengblogger dan mendaftar.. Tapi dalam kepala tertanya-tanya, boleh ke blog saya join group nie? Saya guna wordpress, dorang guna blogspot or seft-hosted.. Tuptup..Dapat daftar! Wah! Boleh join juga rupanya gengblogger nie..

Bila dah dapat join, mula la explore apa yang ada dalam gengblogger nie..

Fuh!! Kenapa saya tak daftar gengblogger dari awal?? Itu yang pertama keluar dari minda saya..:)

Rupa-rupanya gengblogger ini memang menarik! Ramai blogger-blogger diluar sana boleh kita kenal dan yang penting banyak infomasi yang boleh diperoleh dari gengblogger ini. Bak kata astro, macam-macam ada..🙂

Saya sebenarnya baru juga dalam bidang blog ini. Saya serius  berblog hujung tahun lepas. Kira newbie sangat la tentang blog ni. Masih banyak asam garam berblog yang perlu saya lalui. Dengan adanya medium gengblogger ini, lebih mudah saya mencari informasi yang sangat berguna untuk newbie macam saya nie..

Penutup = Geng Blogger memang best!

So, kepada rakan-rakan yang baru belajar berblog macam saya, saya sarankan jom cepat-cepat join GengBlogger! Rugi jika tak join, takdalah hidup berblog sorang-sorang kan?? Kepada rakan-rakan gengblogger, salam perkenalan dari saya..:)

Akhir kata: Tak kenal, maka tak cinta~ Aku dah jatuh cinta sama Geng Blogger~

Ikhlas: MindatifPLUS (MP)

Advertisements
 
7 Komen

Posted by di Mei 21, 2010 in Bicara

 

7 responses to “Ada Apa Dengan GengBlogger..?

  1. serol

    Mei 21, 2010 at 5:01 pm

    wah, sampai dah jatuh cinta ye joe.. Bagus la dah join.. Byk benda leh dpt kat situ..

     
  2. x-po

    Mei 21, 2010 at 5:15 pm

    dengan gengblogger, kalau entry itu dpt kat entry popular arini, memang trafik masyuk gle

     
    • ariff

      Mei 21, 2010 at 8:37 pm

      takde lah masyuk giler sangat pun.
      senang je sebenarnya. tulis something ada tajuk nuffnang depan confirm entri meletup, baik kat innit, kat gb sama je..

       
      • fyzul

        Mei 21, 2010 at 9:06 pm

        Serol: Haha..kat GB nie, bleh tahu blog2 yang bagi tips untuk berblog dll. Tak perlu susah-susah nak search..Pandangan-pandangan penulis lain pun senang kita nak tahu.. Kalo nak search google penat kot..hehe..

        x-po: macam tu ker? baru tahu..bdw thanks tinggalkan komen..:)

        ariff: saya kena banyak blajar lagi bab nuffnang nie..hehe..

         
  3. Fiza

    Mei 22, 2010 at 12:19 am

    salam.. wah ini yang saya cari2 ni.. pernah tanya before ni.. tapi cam xdapat respon.. mungkin saya yang tak perasan.. nak join juga la… harap2 boleh..

    hah saya menjenguk dari blog utm 🙂 hehehehe menjejak senior2..

    sekadar sedikit perkongsian di sini

     
  4. bunbun

    Mei 22, 2010 at 12:44 am

    hahahaha. memang best pon GB ni. papepon, tahniah sbb dah join. kekekeke:P

    bunbun pergi dating 😀

     
    • fyzul

      Mei 22, 2010 at 1:05 am

      Fiza: wslm..GB terbuka kepada semua blogger-blogger..boleh join bila2 masa..hehe
      Awk pun student UTM juga ya? Welcome..:)

      Bunbun: thanks tinggalkan komen disini..:)

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: