RSS

Siri 3: Teknik Mendidik Anak Cepat Pandai..

26 Mac

(Pupuk minat membaca anak2 seawal mungkin..)

Buat pembaca blog saya, saya mohon maaf kerana minggu ini tidak sempat untuk membawa artikel minda hebat siri ke-2 minggu ini kerana terlalu sibuk dengan tugasan di minggu2 akhir kuliah di UTM..

InsyaALLAH saya akan update blog saya pada minggu2 akan datang..

Pada hari jumaat yang baik ini, alhamdulillah saya terjumpa artikel dari berita harian teknik untuk mendidik minda anak2 supaya menjadi pintar yang telah di terbitkan pada tahun 2008..

Saya rasa perlu untuk saya letakan di blog saya supaya akan datang, saya boleh membaca semula tips ini untuk diaplikasikan setelah berumah tangga..hehe..Tapi tips ini bukan hanya sesuai untuk ibu bapa, remaja2 pun boleh membaca dan mempraktikkan kepada adik2 mereka teknik ini supaya adik2 mereka pandai..insyaAllah..:)

Teknik ini di ambil dari Jepun, “SHICIDA METHODS “.

Menurut penulis artikel ini, kaedah ini boleh nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :

1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a..b.c.d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka.Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.

Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya Tolong senyap Along berbanding Along Jangan bising .

Berikut info tambahan yang turut di peroleh dari akbar berita harian. Semoga tips ini sama2 dapat diamalkan dan berjaya melahirkan lebih ramai cerdik pandai rohani dan jasmani.

***

INFO: Tip untuk ibu bapa

  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surah al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

1) Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2) Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3) Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4) Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6) Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Sumber: Berita Harian 28/12/2008 dan Berita Harian 21/03/2010 oleh hazirah che sab

***

Rahsia Mindatif Plus: Mindatif plusjuga  mengandungi unsur2 kismis, kurma dan madu. Sesuai dengan sunnah Nabi SAW. 🙂

Kepada ibu bapa yang telah mencuba kaedah diatas dan dapati anak2 tuan puan menghadapi masalah lambat pikap atau lambat paham, insyaALLAH boleh mencuba produk mindatif plus.

Produk mindatif plus, alhamdulillah dengan izin Allah telah terbukti membantu ibu bapa yang hadapi masalah anak sukar belajar, anak lambat belajar dan sebagainya. Boleh rujuk testimoni pengguna dalam blog ini. Jesteru, bagi ibu bapa yang belum mencuba produk ini, apa salahnya mencuba produk ini pula..:) tQ..

MindatifPLUS (MP)~

Didik Anak Cara Jepun

Posted on the December 29th, 2008 under Tempatan, Tips by admin

//

SHICIDA METHODS JADIKAN ANAK PANDAI

BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak .Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :

1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a..b.c.d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka.Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.

Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya Tolong senyap Along berbanding Along Jangan bising .

Advertisements
 
14 Komen

Posted by di Mac 26, 2010 in Keluarga

 

Label: ,

14 responses to “Siri 3: Teknik Mendidik Anak Cepat Pandai..

  1. fatin nur hasha

    April 30, 2010 at 1:41 pm

    saya nk pandai ape yg patut sye lkukan lagi2 bln 9 ni sye ade ujian pencapaian sekolah rendah 2010 tolong bgi tips untuk sye dan kawan2 sye

     
    • fyzul

      April 30, 2010 at 2:31 pm

      Terima kasih adik fatin.. Nak amik UPSR tahun nie yer?? Adik abg fyzul pun amik UPSR tahun nie..:)
      Beberapa tips untuk adik2:
      1. Hormati dan patuh arahan ibu bapa.. Jangan sakiti hati ibu bapa..
      2. Hormati guru2 dan rakan2.. Selalu bertanya kepada guru jika tidak paham..
      3. Buat latihan latih tubi atau set soalan UPSR dari sekarang. Mungkin ada pelajaran yang masih belum cikgu ajarkan, takpa bahagian tu cuba jawab, tak tahu tinggal dahulu..Jangan tunggu sebulan atau dua tiga minggu baru nak menjawab koleksi UPSR. Sebab banyak benda adik kena ingatkan?? Jika mula jawab sekarang, insyaAllah bila menjelang dekat dengan exam, semua yang dipelajari akan mudah di ingat..:)
      4. Buat latihan bersama2 dengan kawan2.. Bila kita belajar dengan kawan2, kita akan lebih seronok..Bukan seronok bermain, tapi seronok belajar.. Pastu berbincang jawapan dengan kawan2, tapi jangan tengok jawapan di belakang buku lagi. Jika jawapan tidak sama, bincang kenapa kawan jawab macam tu, adik jawap macam nie.. Lepas dah bincang, baru tengok jawapan belakang buku atau tanya cikgu..
      5. Takkan nak belajar jer 24jam kan??? Petang2 kuar berbasikal atau jalan2 pusing taman, keluarkan peluh.. Badan sihat, otak cergas..:) Tapi jangan waktu bermain tu banyak sangat.. nanti tak belajar pula…
      6. Berusaha bersungguh2.. Nak berjayakan?? Nak dapat 5A kan?? Kena usaha dan belajar rajin2..Jangan malas2 tau..

      Ini tips yang boleh abg fyzul bagi buat masa nie, nanti jika ada tips lain, abg fyzul akan reply lagi..:)

       
  2. Puan Jamilah

    Disember 30, 2010 at 11:16 am

    Boleh akak tahu bagaimana nk oder product mindatif minda ni..aka ada masalah dalam mendidik anak2…daya ingatan mereka lemah..cepat lupa..lagi satu mereka lebih suka belajar melalui online dari buat ulangkaji dari buku yg akak beli..pening la memikirkan masalah ni…

     
    • fyzul

      Januari 1, 2011 at 7:56 pm

      Salam tahun baru akak. Maaf baru buka email hari ini. Untuk dapatkan produk ini perlu membuat bayaran ke akaun saya terlebih dahulu. Akak buka page cara bayaran, atau terus sms ke nombor saya untuk detail.

       
  3. na

    Januari 13, 2011 at 10:50 am

    salam..camne nk sruh ank pandai pegang pensil untuk menulis.anak saya dah berusia 5 tahun.ada tips?

     
  4. ummi muaz

    Februari 8, 2011 at 7:38 am

    Saja nak kongsi memandangkan empunya blog belum kawin.satu tips yang telah akak praktikkan untuk anak-anak akak supaya fasih dalam sebutan apabila tiba masa untuk mengaji adalah sentiasa mendengarkan kepada anak sedari dalam kandungan ayat-ayat suci al-quran walaupun dia tengah tidur.

     
    • fyzul

      Februari 8, 2011 at 10:13 am

      @ummi muaz: terima kasih akak berkongsi tips tersebut.. =)

       
      • mama iman

        Mac 25, 2011 at 11:49 am

        saya mmg praktikan mendodoi ank ngan bc surah2 pendek..dr menangis die akn terus diam..sambil mendengar akhirnye die tdo lena..thank ummi muaz..

         
  5. sal

    Februari 23, 2011 at 11:24 am

    PETUA ANAK FOKUS BELAJAR
    Setiap malam mulai dengan bismillah & selawat 3 kali sebelum tidur suruh anak anda berimagenasi perjalanan hidupnya mulai awal bangun pagi hingga tidur semula. Contoh “min buat latihan yang cikgu bagi siap dan betul semua, cikgu sain semua jawapan betul dan cikgu tulis ‘A’ … cuba bawa anak anda berimagenasi yang positif sahaja. Contoh min baca Iqra lancar dan betul semua, kemudian ustazah puji min…P/s : Suruh anak bayangkan apa yg anda katakan..

     
    • fyzul

      Februari 23, 2011 at 7:47 pm

      @Kak Sal: Terima kasih akak atas perkongsian Tips tersebut. Ada sorang bapa bagi tips kepada saya semasa kursus, usap kepala anak semasa mereka baru tidur (dalam keadaan separa sedar) dan ucapkan kata-kata yang baik kepada mereka. InsyaAllah boleh para ibu bapa sama-sama mencuba Tips untuk kebaikan bersama. Betul tak akak? 🙂

       
  6. khira

    April 17, 2011 at 4:47 pm

    akak maaf klau sy menganggu saye ade sedikit masalah … bila saye belajar saye akan mudah lupa dan tidak faham ape yg diccaakapkan oleeh cikgu . boleh akak tolong????

     
  7. El

    Mei 18, 2011 at 10:35 pm

    sy mmg trtarik dgn halaman ini… sy nk tnya sedikit, doa apa yg perlu dibaca agar ank2 sy brfikiran tajam, senang belajar dan menghafal, serta mnjadi ank yg tidak kuat marah. sy jg nk ank2 sy lebih rapat dgn adik beradik. sbb dorg ni suka sgt bergaduh…

     
    • fyzul

      Mei 19, 2011 at 10:31 pm

      @El: Saya nak bagi jawapan yang terbaik, saya tiada pengalaman lagi.. Cuma berdasarkan ilmu, untuk mencedaskan minda pelajar, amalkan makanan sunnah nabi dan doa ibu amat mustajab untuk anak-anak.

      Melalui sukan seperti beriadah sekeluarga, main badminton salah satu cara untuk rapatkan hubungan adik beradik anak2 akak. Ini pendapat saya.. Saya cuba dapatkan info dari sumber2 pakar yang lain jika ada nanti.. InsyaAllah..

       
  8. Alin Marlini

    September 6, 2011 at 3:10 pm

    tips yg menarik …mekacih

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: