RSS

Petua: Mendapatkan Kesan Maksimum Apabila Mengamalkan Mindatif Plus

17 Feb

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Di kesempatan ini saya ingin berkongsi beberapa petua untuk mendapat kesan maksimum atau terbaik apabila mengunakan produk Mindatif Plus ini.

Petua ini dikeluarkan oleh pengasas produk ini iaitu Dr Tajuddin Baba. Antara petua beliau berikan adalah:

1. Pengambilan produk ini hendaklah secara dikemam di bawah lidah atau di kunyah. Ini adalah kerana sistem saraf pada lidah akan bertindak menghantar terus molekul homeopati terus ke otak dan seluruh sistem tubuh dengan lebih sempurna berbanding jika menelan produk ini kerana sistem penghantaranya melalui sistem kumuhan. Sebahagian akan pergi kepada najis dan sebagainya.

2. Saranan kepada pengguna, mestilah mengambilnya secara berterusan mengikut disiplin cara pengambilan yang disarankan. Jangan mengambilnya secara berselang seli atau sehingga terlupa mengambilnya. Ini kerana pada masa ini sel-sel baru sedang tumbuh belum kuat bagi menggantikan sel-sel yang dah mati.

3. Di samping itu, hendaklah menggalakkan anak-anak mengambil sayur-sayuran dalam diet harian. Sayuran adalah suatu bantuan terhadap pertumbuhan pembesaran mereka.

4.  Pengambilan mindatif plus ini terbaik ketika perut kosong supaya tidak menganggu  proses penyerapan kandungan mindatif plus ke seluruh organ dengan sempurna dan cepat.

5. Sekiranya pengamal mempunyai penyakit seperti asma, resdung, migrain, gastrik atau penyakit yang melibatkan saraf, pada peringkat awal akan mengalami tindak balas yang kuat dari biasa. Jika ini berlaku ianya menunjukkan tanda-tanda positif. InsyaAllah penyakit tersebut akan berunsur-unsur hilang apabila mengamalkan produk ini secara berterusan.

6. Jangan cepat mengalah atau kecewa apabila kesan setelah menggunakan produk ini belum kelihatan atau nampak kerana kesan pada setiap orang adalah berbeza mengikut kekuatan daya tahan dalam badan. Adakalanya tindak balas datang dengan cepat dan ada kalanya akan mengambil masa sedikit. InsyaAllah sekiranya anda yakin, anda akan mendapat kesan yang memberangsangkan. Perubahan ketara pada pengguna kanak-kanak agak cepat. Ini adalah suatu usaha dan selebihnya kita berserah kepada Allah SWT.

7. Terbaik, bacakan surah al-insyirah (alam nashrah) dan SELAWAT 3X atau berdoa mengikut agama masing-masing sebelum/semasa mengambil mindatif plus. Sebagai ikhtiar terakhir kita apabila menggunakan produk ini.

***

Di sini saya juga akan sertakan bersama pantang larang apabila mengambil produk homeopati ini agar kesan maksimum dapat dilihat seawal yang mungkin. Pantang larang ini adalah normal bagi kesemua jenis produk homeopati.

i. Elakkan mengambil minuman berkafien, teh, kopi, air gas atau nescafe sekurang-kurangnya 1/2 jam sebelum dan selepas mengambil Mindatif plus. Milo dan susu boleh diminum. Tiada masalah..Saranan saya, galakkan anak mengambil mindatif plus setelah mandi sebelum sarapan pagi.

ii. Jangan disimpan dalam peti sejuk/ ditempat panas/ terdedah kepada sinaran matahari/ berhampiran barangan elektrik.

iii. Produk ini jangan di langkah, di gongcang terlalu kuat dan hindarkan bau-bauan.

iv. Jangan mengambil produk ini menggunakan tangan, gunakan sudu plastik atau penutup botol.

Semoga semua pengamal mindatif plus mendapat kesan maksimum dan terbaik. 🙂

Sekian terima kasih.

Advertisements
 
8 Komen

Posted by di Februari 17, 2010 in Info Mindatif

 

Label: , , ,

8 responses to “Petua: Mendapatkan Kesan Maksimum Apabila Mengamalkan Mindatif Plus

  1. rahayu adnan

    Julai 19, 2010 at 9:12 am

    saya ingin mendapatkan mindatif plus di mana boleh saya dapatkan ubat ini dengan cara paling mudah. saya tinggal di Kamunting, Perak.

     
    • fyzul

      Julai 19, 2010 at 12:20 pm

      Stakat nie belum ada pengedar yang berdekatan kemunting yang saya kenal. Cara terbaik dapatkan produk adalah terus melalui saya. Saya akan poskan terus ke alamat rumah. IAllah jika dekat dengan bandar utama, sehari sampai, tetapi jika masuk ke dalam kg sikit, dalam 2 atau 3 hari produk sampai kerumah. Walaupun lewat sedikit xpa, asalkan pelajar dapat menggunakannya dan smoga khasiat prosuk ini turut dirasai oleh Puan sekeluarga.

       
  2. rahayu adnan

    Julai 21, 2010 at 9:42 am

    terima kasih kerana sudi membalas saya. saya telah pun menghubungi pengedar yang berada di ipoh dan dia akan poskan ubat tersebut kepada saya.

     
    • fyzul

      Julai 21, 2010 at 1:40 pm

      Terima kasih puan telah mencuba mendapatkan produk ini.. =)

       
  3. nurul

    Ogos 7, 2010 at 2:17 pm

    saya ingin mendapatkan mindatif plus diperlis dan berapakah harganya?

     
    • fyzul

      Ogos 7, 2010 at 3:44 pm

      Salam nurul,

      Harga mindatif plus semua sama di semenanjung. RM28 untuk botol besar dan RM15 untuk botol kecil. Cuma perlu tambah kos pos RM2/botol.

       
  4. masura yusop

    Mei 27, 2011 at 2:44 pm

    pduk ini perlu hindarkan bau-bauan,jd adakah mereka yg mengambilnya d larang memakai minyak wangi,atau d larang menyembur racun serangga spt ridsect d dalam bilik yg tersimpan pduk ini(walau ia d simpan didalam gerobok atau laci)

     
  5. masura yusop

    Mei 27, 2011 at 2:49 pm

    bagaimana dgn bau- bauan spt mnyak angin,adakah ia jg d larang menggunakan ketika makan pduk ini,sya sangat musykil dgn pantang larang yg satu ini,harap dpt pnjelasan pihak tuan,terima kasih

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: