RSS

Motivasi:Hadiah Istimewa..

05 Feb

Tentu kita sangat gembira apabila mendapat hadiah yang sangat istimewa dari seseorang yang istimewa dalam hidup kita..

Tiap hadiah memberi makna berbeza kepada setiap individu..

Minggu ini saya mendapat hadiah istimewa..

Pada hujung minggu ini sepatutnya saya perlu hadiri kursus degree++ “how to get your self employed” selama 2 hari. Saya telah membayar untuk hadiri kursus tersebut. Namun, pada awal isnin lepas saya dan team design saya perlu siapkan projek sebelum isnin depan.

Disebabkan kekangan masa kerana kami ada beberapa test pada minggu ini. Team kami tidak dapat proceed projek lagi. Mereka ingin siapkan pada hujung minggu ini. Saya telah maklumkan kepada teammate saya (isnin) hujung minggu ini saya ada kursus 2 hari tu. Tetapi saya kesal pula kerana tidak ada sama buat kerja tu nanti.

Semalam saya ke fakulti dan senarai nama yang perlu hadiri kursus  dikeluarkan. Selapas di semak dua tiga kali, alhamdulillah nama saya tiada dalam senarai. Inilah HADIAH paling istimewa saya peroleh pada minggu ini. Saya dapat bersama team saya siapkan projek kami insyaAllah. Thank you ALLAH..

Malu rasanya walaupun diri ini bukalah Hamba yang baik kepadaNya.. Jauh sekali untuk mendapat CintaNya.. Tetapi Dia tetap Maha Pengasih dan Penyayang kepada semua hamba-hambaNya..

Dia sentiasa ingat kepada semua hambaNya, namun kita sebagai hamba? Kita sering lupa kepada Pencipta Kita. Dia tahu apa yang hambaNya inginkan. Tiada yang mustahil bagiNya untuk memberikan sebarang hadiah buat hamba-hambaNya. Firman Allah SWT:

” Maka ingatlah kepada-KU. Aku pun akan ingat kepada mu (Aku melimpahkan rahmat dan ampunan kepadamu). Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-KU” -Surah Al-Baqarah: 152-

Kadang-kadang kita tidak sedar dan sedikit sekali kita bersyukur kepada-Nya atas segala nikmat dan hadiah yang telah Dia berikan kepada kita..

Hadiah yang besar bagi sepasang suami isteri adalah anak atau cahayamata mereka.

Hadiah bagi seorang pelajar, mendapat keputusan cemerlang dalam akademik.

Zahirnya kejayaan yang diperoleh itu hasil usaha gigih mereka. Tetapi hakikatnya kejayaan itu hadiah dariNya setelah mereka berusaha dan bertawakkal kepada-Nya sesuai dengan usaha mereka.

Ya Allah, sesungguhnya nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami sangat banyak. Tidak terhitung..Namun, kami sedikit sekali bersyukur kepadaMu.. Jadikanlah kami tergolong dalam golongan hambaMu yang sentiasa bersyukur kepadaMu..

Advertisements
 
6 Komen

Posted by di Februari 5, 2010 in Motivasi

 

Label:

6 responses to “Motivasi:Hadiah Istimewa..

  1. apit85

    Februari 5, 2010 at 7:29 pm

    smg nta suksis dlm design 😉

     
    • fyzul

      Februari 6, 2010 at 3:54 am

      tQ akh..doakan kami dapat siap design dgn jayanya..:)

       
  2. cik nany

    Februari 6, 2010 at 5:33 am

    nice blog,…insaf aku,..hehe,..wat design leklok,..peringatan u diriku jua~

     
    • fyzul

      Februari 6, 2010 at 5:37 am

      tQ nanie..hehee..
      Jom siapkan design..:)
      Plant design=masa depan career seorang chemical engineer..:)

       
  3. angah

    Februari 17, 2010 at 1:09 am

    salam..
    1st time tgk blog korg(utp)
    best gak mbcanya..he3
    ada bnda yg xtau pn blh jd tau..
    kdg2 mdtgkn 1smgt dlm driku..
    hurm…best..:))

     
    • fyzul

      Februari 17, 2010 at 1:20 am

      terima kasih melawat blog ini..=)

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: