RSS

Tag Archives: Ikan Laga

Anak-anak ikan laga aku dah lama pergi..

Sedihkan tajuk entrinya.. huhu..

Beberapa hari lepas saya kongsikan entri berkenaan hobi saya yang belum terlaksana juga berkisar tentang membela ikan. :)

Hari ini, khas untuk rakan-rakan peminat betta yang sudi singgah ke blog ini membaca dua entri saya tentang ikan laga “akhirnya ikanku mengawan juga..” dan  “apa dah jadi dengan ikan laga aku tu..?” serta banyak  bertanyakan tentang ikan laga. Saya cuba kongsikan apa yang saya tahu tentang ikan laga ini.

Sedar tak sedar sebenarnya sudah lebih 5 bulan saya menulis tentang ikan laga saya tu. Dan logiknya tentu anak-anak ikan laga saya tu dah besar-besar.

Tetapi yang berlaku sebaliknya. Anak-anak ikan laga saya mati. Antara faktornya makanan untuk anak ikan tidak sesuai. Menurut ahli forum betta, air dari kolam ikan keli boleh menjadi makanan untuk anak-anak ikan betta selain dari anak kutu air. Saya berikan masukkan anak-anak ikan laga dalam air dari kolam ikan keli, namun sahari demi sehari bilangan yang survive makin sikit dan akhirnya kesemua anak ikan mati.

Bukan itu sahaja, actually pasangan ikan saya juga sebenarnya mati di”tampar” kucing disebabkan air dalam kolam saya kurang. Bila saya tengok keesokkanya ikan laga saya dah tidak berdaya tepi kolam dan akhirnya mati. Saya cuba cari pasangan baru di kedai, namun tiada yang berkenan dihati kerana ikan-ikan jantan kelihatan sangat tua dan warna tidak menarik.

Untuk mengubat hati yang duka ketika itu, saya beli ikan-ikan gapi dan sekarang sudah beranak dirumah. Besar mana dah saya tak pasti sebab last sebelum ke johor anak-anak ikan gapi baru menetas pada 10hb november tahun lalu.

Saya ingat nak mancari semula sepasang ikan laga di Johor jika ada. Nak dapatkan ikan betina yang susah sebab kebanyakkan ikan jantan dijual di kedai-kedai akuarium.

Gambar Hiasan: Kepuasan melihat kecantikan warna dan bentuk ikan laga..

p/s: Rakan-rakan yang arif tentang ikan laga bolehlah share ilmu dengan kami yang beginner ini.. hehe..

 
2 Komen

Posted by di Januari 16, 2011 in Bicara

 

Label: ,

Apa dah jadi dengan ikan laga aku tu..?

Assalamualaikum wbt..

Rakan-rakan yang pernah membaca entri saya sebelum ini Akhirnya Ikanku Mengawan Juga..” bertarikh 22 May 2010 berkenaan ikan laga saya pasti ada yang tertanya-tanya apa yang perkembangan ikan laga saya tersebut setelah hampir sebulan berlalu.

Tentu persoalan-persoalan ini bermain di fikiran rakan-rakan sebelum ini. Adakah berjaya bertelur atau tidak? Hidup ke tidak anak-anak ikan tersebut? Besar mana dah anak-anak ikan tu?? Dan sebagainya..

Ini jawapan tentang semua persoalan tersebut..:)

Untuk pengetahuan rakan-rakan, pensenyawaan telur-telur ikan pada 22 May 2010 tersebut tidak berjaya. Seminggu saya memerhatikan dan menunggu dengan penuh excited namun tiada seekor pun anak-anak ikan kelihatan. huhu.. Projek tersebut GAGAL..

Namun saya tidak berputus asa, selepas itu saya cuba untuk mengawankan semula pasangan ikan saya di dalam balang kaca pula. Saya letak  ikan laga saya lebih dari seminggu bersama dalam balang tersebut namun tiada juga hasil. Si jantan tidak membuat sarangnya dengan baik dan ikan-ikan ini tidak bertelur. Saya ada baca di forum, selepas proses bertelur yang pertama perlu asingkan pasangan ini dan bagi rehat dalam 2 minggu untuk ikan-ikan ini aktive semula. Sebab itu kot pasangan ikan saya ini tidak bertelur lagi. hehe..

Minggu lepas saya keluarkan pasangan ikan laga saya ini dan masukkan ke dalam kolam saya. Saya beri ikan-ikan ini makan jentik-jentik kaw-kaw punya.. Saya rumah kampung, banyak bekas tadahan air hujan kat rumah tu. Jentik-jentik pun banyak..hehe.. Bukan jentik-jentik ja, nyamuk pun banyak tau..Tapi nyamuk kampung la..Tak bahaya seperti nyamuk bandar..hehe..

Alhamdulillah semalam saya perhatikan, sudah ada beberapa ekor anak-anak ikan bermain di permukaan air dalam kolam.. Gembiranya hati saya melihat anak-anak ikan tersebut..:)

Pagi tadi pergi menjenguk anak-anak ikan saya tu, tetiba risau sebab dah tak nampak ada anak-anak ikan ini di permukaan air sangat. Kemudian saya perasan si jantan makan beberapa ekor anak ikan. Hah!! Saya cepat-cepat asingkan pasangan ikan ini ke dalam cawan dan mengasingkan anak-anak ikan ini.

Saya tak pasti si jantan memakan anak-anak ikan tersebut atau menyimpan dalam mulutnya sebab selepas diasingkan, beberapa anak ikan masih hidup ada dalam cawan bersama jantan..hehe..

Alhamdulillah ada lebih dari 40 ekor anak ikan yang berjaya diasingkan.. :)

Semoga kesemua anak-anak ikan ini berjaya survive dan cepat membesar..hehehe..

Saya cuba mengambil gambar anak-anak ikan ini tetapi tidak nampak anak ikan sebab saiznya terlalu kecil. Saya tunjukkan rupa anak-anak ikan yang diambil dari forum betta..;)

Yang ini masih peringkat awal..Baru menetas agaknya..

Lebih kurang macam nie la anak-anak ikan laga saya berenang-renang..=)

Penutup = Jangan Mudah Berputus Asa.

Apa yang dapat saya kongsikan disini, tidak kira apa juga aktiviti atau tugasan yang kita lakukan, buat yang terbaik.

Jangan mudah berputus asa walaupun masih gagal beberapa kali. Bangkit dari kegagalan dan kenal pasti kelemahan yang menyebabkan kita pernah gagal sebelum ini dan atasinya dengan cara yang betul.

Kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR atau SPM tahun ini, masih punya masa untuk memperbaiki keputusan adik-adik. Walaupun peperiksaan pertengahan atau ujian baru-baru ini kurang baik, jangan cepat berputus asa. Dan jangan cepat berpuas hati dengan keputusan tersebut. Perbaiki lagi dan teruskan usaha untuk berjaya. InsyaAllah kejayaan akan tercapai..:)

~fyzul MP

 
56 Komen

Posted by di Jun 21, 2010 in Perkongsian

 

Label: , ,

Akhirnya Ikanku Mengawan Juga..

Adakah rakan-rakan sekalian meminati ikan laga??

Pernah mencuba membiakkan ikan laga??

Saya pun sebenarnya tak pernah dan memang tak berpengalaman, dan ini kali pertama saya mencuba membiakkan sepasang ikan laga saya.

Selepas 3 kali percubaan mengawankan ikan laga, alhamdulillah kali ke-4 ikan ku mengawan juga pagi nie..:)

Teringat ketika kali pertama saya mencuba mengawankan ikan laga ini, disebabkan terlalu excited untuk melihat dengan mata sendiri, saya sanggup menunggu hampir 30minit saya memerhatikan ikan-ikan ini tetapi tiada hasil. Akhirnya sarang buih ikan laga nie rosak begitu sahaja. Begitu juga kali ke-2 dan ke-3 percubaan mengawan. Tiada hasil.

Mungkin disebabkan keadaan air dan bekas air untuk mengawan terlalu kecil menyebabkan usaha si jantan memikat ikan betina gagal..hehe..

(Ini balang kaca yang saya gula sebelum ini..)

Kali ke-4 saya letak pasangan ikan laga saya ke dalam kolam ikan emas + ikan koi saya kat luar rumah dua hari lepas..Tapi dalam kolam, saya tak boleh nak tengok la ikan nie bertelur..

(Ini kolam ikan luar rumah saya..kecil ja saiznya..Cawan cup tu tempat ikan laga saya..)

Pagi tadi saya berpeluang melihat si jantan mengutip telur-telur untuk disenyawakan dalam sarang buihnya.. Gembiranya pagi nie apabila melihat ikan laga ku akhirnya mengawan..:) Lupa nak bagi tahu, ikan saya berwarna biru..hehe..

Disebabkan saya tak berpeluang mengambil gambar pasangan ikan saya, saya ambil gambar dari website betta untuk tontonan rakan sekalian..hehe..

Berikut gambar-gambar process perkenalan si Romeo dan Juliet..

(Reaksi si Romeo bila berjumpa si Juliet..hehe..Ini peringkat awal pengenalan..Biasa la tu, kena berkenalan dulu awal-awal..hehe..)

(Contoh ikan mengawan di bawah sarangnya..Nie Gambar hiasan ja. Gambar ikan saya mengawan tak dapat nak amik pagi tadi..)

(Si romeo mengutip telur-telur untuk disenyawankan pula dalam buih sarangnya..)

Sebenarnya selepas tengok ikan saya bertelur, saya keluar ke bandar kuantan atas urusan. Cuaca pagi tadi cerah.. Namun, sebelah petang hujan turun dengan lebat..Dalam hati, saya risau sebab saya letakkan ikan saya di kolam luar rumah. Confirm air kolam ikan saya bertambah..Yang membimbangkan saya sarang buih ikan laga saya tu..huhu.. Risau sarang buih akan rosak sebab bekas (cawan) akan bergerak..

Sampai je rumah, saya cepat-cepat tengok sarang ikan laga tersebut. Memang seperti saya jangka, sarang akan berubah tempat dan buih dalam cawan macam tiada..huhu..

Cepat-cepat saya amik cermin untuk melihat adakah buih sarang masih elok. Alhamdulillah bila saya tengok melalui cermin, masih ada buih sarang ikan walaupun tak penuh cawan seperti dalam gambar diatas. Diharap si jantan dapat menjaga telurnya dengan baik sehingga menetas..

InsyaAllah sekiranya telur-telur ini berjaya ditetaskan dengan baik, saya akan tunjukkan gambar anak-anak ikan saya nie..hehe..Sama-sama berdoa usaha saya berhasil..:) Sekian sahaja kali nie..

Update terbaru: Gambar pasangan ikan saya..:)

(Ini ikan laga Juliet saya..Cantik tak? hehe..Baru ja masukkan dalam balang hari nie lepas dah bertelur semalam..)

Tengah mencari makanan agaknya tu..Kesepian sorang dalam balang, si Romeo menjaga sarangnya..

Si Romeo sedang menjaga sarangnya..InsyaAllah jika takda masalah dalam 48jam telurnya akan menetas..Tak sabar menunggu..:)

Ini ikan emas yang ada dalam kolam saya..hehe..

Bermanja dengan ikan…Ikan-ikan mengigit jari..hehe..

p/s: Kepada rakan-rakan yang berminat dan ingin mengetahui cara-cara membiakkan ikan laga, boleh click disini untuk info berkenaan ikan laga. Semoga info ini membantu anda..:)

Ikhlas: MindatifPLUS (MP)

 
54 Komen

Posted by di Mei 22, 2010 in Ikan Hiasan

 

Label:

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.