RSS

Side Income

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Page ini dibuat khas untuk individu yang sedang mencari peluang untuk menambahkan pendapatan mereka secara sampingan.

Tetapi sebelum itu, suka saya maklumkan informasi ini adalah personal dari saya dan tiada kaitan dengan produk Mindatif Plus serta Pengedar-Pengedar Mindatif Plus di dalam blog ini.

Peluang yang bakal saya kongsikan ini merupakan satu peluang PELABURAN.

Apabila dinamakan PELABURAN pasti melibatkan MODAL atau DUIT.

Soalan lazim yang biasa ditanya berapa modal yang perlu saya laburkan??  Remark: Saya akan terangkan detail di bawah nanti.

NAMUN SAYA ADA 2 PERSOALAN Yang PERLU ANDA FIKIRKAN TERLEBIH DAHULU sebelum kita teruskan membaca untuk mengetahui pelaburan ini.

1. Adakah anda sanggup MENGAMBIL RISIKO??

Setiap perkara yang kita lakukan, semua berisiko. Sebagai contoh, kita memandu kenderaan ke tempat kerja sebenarnya kita telah membuat keputusan untuk berhadapan dengan risiko seperti kereta rosak, jalan sesak dan lain-lain.

Individu yang merokok sebenarnya tahu rokok tidak baik untuk kesihatan. Namun mereka bersedia mengambil RISIKO dan terus merokok.

Maka dalam situasi peluang pelaburan ini, ianya melibatkan duit dan risikonya…

2. Adakah anda sanggup KEHILANGAN semua duit anda?

Atau dalam bahasa mudah, sanggup ambil risiko semua duit pelaburan itu HANGUS. Sebagai contoh, hari ini kamu melabur  RM10,000, keesokkan harinya kamu dapat tahu semua duit pelaburan telah hangus. Tiada pulangan modal boleh diberikan. Adakah kamu sanggup berhadapan dengan risiko ini.

Sekiranya 2 persoalan ini anda boleh TERIMA, saya akan mula terangkan detail pelaburan ini.

Gambar hiasan sebagai inspirasi dan motivasi…

______________________________________________________________________________________________________________________________________

Pelaburan Yang Saya Ingin Kongsikan adalah Pelaburan Membeli Saham Syarikat VGMC yang berpangkalan di PANAMA.

website rasmi syarikat adalah http://www.vgmc.com

Sesiapa yang belum mengetahui pelaburan ini, boleh tenang membaca apa yang bakal saya sampaikan. Namun individu yang telah mendengar tetapi TIDAK PERCAYA dan BELUM MELABUR (sudah ada tanggapan negative), mohon kerjasama menenangkan diri anda dan membaca apa yang cuba saya kongsikan. Page ini sangat panjang dan saya minta anda membaca dengan tekun dan sabar..:)

__________________________________________________________________________________________________________________________

Sebelum itu saya ceritakan sedikit latar belakang syarikat dan matlamat syarikat VGMC ini.

VGMCatau nama penuhnya Virgin Gold Mining Corporation telah ditubuhkan pada tahun 1999, dan beroperasi di PANAMA. Mulai 2010, VGMC secara rasmi menawarkan Convertible Preferred Stocks (CPS) kepada umum untuk membeli saham syarikatnya. Matlamat syarikat adalah untuk listed pada papan utama saham dunia dan dijangka pada tahun 2015 akan menawarkan Initial Public Offering (IPO) sebelum sahan syarikat diterbitkan dipapan utama saham dunia.

Bagaimana ia menjalankan operasinya, anda boleh buka dan baca penerangan dalam websitenya kerana terlalu panjang untuk saya huraikan disini. Dan saya pasti anda yang paling penting bagaimana pelaburan ini menjana wang anda.

_________________________________________________________________________________________________________________________

ADAKAH VGMC.COM ADALAH SCAM??

Pertama kali saya diperkenalkan tentang VGMC, perkara yang pertama keluar diminda saya ketika itu adalah ini merupakan satu lagi program internet yang bakal menipu semua orang atau dinamakan SCAM.

Saya biarkan rakan saya meneruskan pelaburannya untuk beberapa bulan dan pada masa yang sama saya cuba mencari maklumat sebanyak mungkin tentang ketulinan pelaburan ini.

Ada yang menyatakn ini Program Skim Cepat Kaya, kerana duduk sahaja dapat duit.

Ada juga menyatakan ini sistem PIRAMID dan makan duit dari orang bawahannya.

Setelah meneliti kekuatan dan kelemahan (risiko) pelaburan ini, berapa perkara yang saya dapati adalah:

RISIKO YANG PERLU DIKETAHUI:

1. Jika anda search tentang VGMC.COM, beberapa negara termasuk Malaysia dan Singapura telah mengeluarkan amaran bahawa pelaburan VGMC.COM adalah tidak sah dan tidak berdaftar dibawah sekuriti negara. Penting untuk sesebuah syarikat berdaftar agar menjaga kepentingan pelaburnya sekiranya berlaku sebarang masalah.

2. Apabila syarikat tidak berdaftar dengan sekuriti negara, RISIKO kedua adalah sekiranya syarikat tiba-tiba lesap atau website tidak beroperasi, semua wang pelaburan kita HANGUS begitu sahaja tanpa PERLINDUNGAN. TIADA JAMINAN WANG AKAN DIKEMBALIKAN.

(Masih ingat 2 soalan saya diatas? Ini RISIKO yang perlu anda ketahui dan saya tidak memberi apa-apa jaminan.)

TETAPI MENGAPA SAYA YAKIN DENGAN PELABURAN VGMC DAN SANGGUP MENGAMBIL RISIKO??

KEUNTUNGAN PELABURAN:

Sebelum saya nyatakan keuntungan pelaburan VGMC, saya kongsikan FAKTOR-FAKTOR yang membuat saya yakin dan berani mengambil risiko ini.

1. Saya telah search VMGC dalam worldwide search engine analisis alexa.com untuk melihat trafik dari negara mana yang membaca dan mengetahui tentang VGMC.COM ini kerana VGMC adalah worldwide bisnes.

Ini FAKTA yang diberikan oleh alexa.com.(Klik disini)

Ini adalah fakta bahawa VMGC.COM telah diekses atau dicari oleh banyak negara dan bukan menjadi carian untuk 1 atau 2 negara sahaja.

2. Keduanya, vgmc.com dengan beraninya memberikan amaran dan mengeluarkan semua list website scam yang mirip dan meniru konsep vmgc kepada semua orang dalam website vgmc.com. Boleh lihat disini untuk lebih detail scam alert vmgc.com

Virgin Gold Mining Corporation lists these companies’ and individuals’ websites in our “Scam Alert” section for the benefit of our shareholders and partners. Many of Virgin Gold actual and potential shareholders have been constantly writing to us to let us know about their horrible experiences of investing with such scam sites. We hope this “Scam Alert” section will be beneficial to all parties.

We also urged shareholders NOT to:

  • Invest with these companies.
  • Refer people to invest into these companies.
  • Try to use their Virgin Gold shareholder/user IDs and passwords to log in into such sites at any time.
  • Use their personal computer to visit these websites, as they many contain viruses and Trojans that may be harmful to their hardware and hack their VGMC account information.

For more information or any inquiries about this section, please email us at s.alert@vgmc.com. We appreciate any updates and any new information that any party can provide us so that less people may fall victim to these irresponsible people.

3. Selain syarikat di PANAMA, vmcg juga telah membuka syarikat di DUBAI dimana office atau pejabat VGMC terletak dalam menara tertinggi di dunia. Ini menunjukkan bahawa mereka serius dalam perniagaan ini. Boleh search dalam facebook vgmc singapore untuk melihat sendiri gambar-gambar pemegang saham vgmc yang telah dijemput ke DUBAI melihat sendiri pejabat vgmc disana.

4. Alhamdulillah sehingga hari ini vgmc telah membayar dividen kepada kesemua shareholder atau pemegang saham vgmc tepat pada waktunya.

Berdasarkan faktor-faktor ini, insyaAllah pelaburan vgmc selamat. Namun tiada jaminan saya 100% apa yang bakal berlaku pada keesokkan harinya kerana kita juga tidak tahu apa yang kita bakal lalui pada keesokkan harinya.

Berikut adalah KELEBIHAN atau KEUNTUNGAN PELABURAN:

1. Kadar DIVIDEN yang ditawarkan oleh syarikat adalah 10% SETIAP BULAN! :)

2. TRADING EMAS setiap hari mempu menjana pendapatan mengikut harga pasaran emas dunia.

3. BONUS PERKENALAN, atau komisyen sekali sahaja untuk setiap pelabur baru.

4. BOLEH JUAL BALIK SHARE saham dan dapat semula modal anda.

Remark: Komisyen ini adalah dari pihak syarikat. Jangan mempertikaikan dengan memberi alasan kita mengambil duit terus dari bakal pelabur kerana apa, dalam pelbagai perniagaan seperti perbankan, automotif, atau apa-apa kerjaya sebagai jurujual, mereka dibayar komisyen atas setiap jualan mereka. Sebagai contoh, promoter untuk personal loan bank juga mendapat komisyen dari jumlah wang yang dipinjamkan kepada pelanggan. Harap isu ini jelas dan bukanlah komisyen yang kami kejar dalam pelaburan yang saya ingin kongsikan ini. Tetapi lebih kepada perkongsian peluang untuk mereka yang ingin mengambil peluang.

_________________________________________________________________________________________________________________________

Ini skim cepat kaya sebab mana ada kerja yang duduk sahaja dapat duit!!

Ini jawapan saya bagi mereka yang skeptic dengan alasan diatas. Ada 3 jenis pekerjaan yang memberi kita duit.

1. BEKERJA MAKAN GAJI. MODAL = RM0.00 (Modal ilmu dan pengalaman, ini tak dikira la..) Memang kita nampak hasil bekerja setiap bulan apabila gaji dibayar setiap bulan.

2. BEKERJA SENDIRI ATAU BERNIAGA. MODAL = RMXXX sebab bergantung kepada jenis perniagaan yang diceburi. Dan apabila disebut berniaga, kita perlu keluar untuk menjual dan mencari pelanggan untuk mendapatkan hasilnya.

3. PELABUR. MODAL = RMXXX sebab mengikut jumlah yang dilaburkan. Soalanya adakah PELABUR perlu bekerja untuk dapatkan hasil. Sebagai contoh, saya melabur di ASB sebanyak RM10,000 dan mendapat dividen 7% setahun. Adakah saya perlu bekerja di ASB untuk melayakkan saya mendapat dividen 7% setahun itu?? Jelas bukan bagaimana hak yang bergelar pelabur untuk mendapat income tanpa perlu bekerja. Maka tiada istilah skim cepat kaya kerana kita adalah PELABUR DALAM VGMC.

_________________________________________________________________________________________________________________________

Maka apa yang kita melabur dalam VGMC ini?

Ramai yang menyangka kita melabur dalam emas di VGMC. Dan ramai menyatakan melabur EMAS VGMC tak sah sebab tak dapat emas secara fizikal untuk dipegang.

Sebenarnya kita bukan melabur EMAS dan sebab itu kita tidak dapat EMAS kerana kita melabur pada saham syarikat VGMC.

Sebagai contoh, kita bermain saham di papan BSKL. (Kawan saya ada bermain saham BSKL). Kita melabur atau membeli saham syarikat gula. Adakah kita akan membawa balik bergunung-gunung beg gula apabila melabur dalam saham syarikat gula? Tidak bukan, sebab apa yang kita beli adalah harga unit saham syarikat tersebut.

_________________________________________________________________________________________________________________________

BERAPA JUMLAH MINIMUM UNIT SAHAM PERLU DIBELI?

Apabila bermain saham, setiap syarikat saham ada menetapkan jumlah minimum saham yang perlu dibeli opelh pelaburnya.

Untuk saham VGMC, minimum unit adalah sebanyak 1000 unit = 1 lot saham.

Maximum unit adalah 999,999 unit saham = 1000 lot saham

Harga semasa untuk seunit saham adalah USD1.35/unit saham. Maka minimum modal anda adalah USD1350.

Harga seunit saham meningkat setiap bulan sebanyak USD0.05 setiap unit. Pada bulan FEB 2012 harga saham seunit adalah USD1.35

Bagaimana pula jumlah dividen dibayar setiap bulan?

1 lot saham akan dibayar sebanyak 0.1oz emas. Maka jumlah dividen semasa atau bulanan anda adalah bergantung pada harga emas semasa dunia.

Contohnya harga emas hari ini adalah USD1700/oz maka dividen untuk 0.1oz adalah USD170 = RM500 (kasar) setiap bulan.

Berapa lama syarikat akan membayar dividen setiap bulan ini?

Mengikut matlamat syarikat, syarikat akan membayar dividen secara berterusan setiap bulan sehingga IPO iaitu dijangka pada tahun 2015. Selepas 2015 tiada dividen akan dibayar kepada pelabur selepas itu.

Modal hanya sekali dan untung berkali-kali.

Berikut saya cuba ringkaskan modal dan keuntungan yang bakal diperolehi. Kiraan ini sentiasa berubahubah mengikut harga saham dan emas semasa.

Ilustrasi ini adalah untuk rujukan sahaja, harga boleh lebih tinggi atau kurang dari yang dinyatakan disini.

_________________________________________________________________________________________________________________________

Bagaimana? Masih ingin terus mengetahui bagaimana untuk melabur dalam saham ini atau sudah give-up untuk membaca?? :) Terpulang kepada anda…

Tentu anda tertanya-tanya bagaimana status akaun pelaburan saya? Sudah balik modal ke belum? Berapa jumlah return dah dapat?? Berikut saya kongsikan hasilnya, alhamdulillah.. Kerana ini saya ingin kongsikan bersama rakan-rakan yang lain juga.

________________________________________________________________________________________________________________________________

BAGAIMANA SAYA INGIN MELABUR MELALUI SAHAM INI??

Untuk membeli saham ini, ada perlu mengeluarkan modal mengikut harga saham semasa dan kaedah bayaran pula melalui:

1. Terus bank in ke akaun syarikat melalui Local Transfer atau International Transfer. Caranya saya akan terangkan kemudian. Namun perlu diketahui, untuk membeli unit saham terus ke akaun syarikat, minimum unit saham adalah 5,000 unit. Ini adalah minimum unit saham yang telah ditetapkan sebagai tanda komited anda terhadap saham ini.

2. Membeli saham melalui pemegang saham sah VGMC dimana minimum unit saham adalah 1,000unit (seperti saya nyatakan diatas).

Maksudnya disini saya sebagai pemegang saham VGMC akan membantu anda untuk membuat belian saham syarikat. Cuma apa yang perlu anda lakukan adalah transfer jumlah modal saham keakaun saya dan saya akan uruskan belian saham anda.

Saya pasti anda akan khuatir dan bimbang jika duit hilang atau lesap ditipu kerana jumlah modal yang dikeluarkan bukanlah sedikit, tetapi beribu-ribu..

Maka saya berikan panduan dibawah ini untuk mereka yang ingin terus membuat bayaran kepada syarikat (modal minimum unit saham 5,000unit).

Sila baca arahan dibawah dengan teliti untuk mengelakkan sebarang masalah. Pastikan Nama, I/C dan alamat yang diberikan adalah betul kerana seorang hanya dibenarkan mempunyai 1 akaun pemegang saham sahaja.

This is the step to subscribe share directly from VGMC.

1) Complete the free registration. you need to have referral ID, you can use my shareholder ID as referral ID 155593516798. (Ini adalah wajib diisi)

2) After registration is complete, you will receive SMS and email contain your account information.

3) Log in into system using username and password provided in SMS/Email.

4) Click 1.0 Account > 1.14 Credit topup

5) After that clik Top Up button, 

6) A pop up will come out. Fill in the Top Up form

Please take note that, there are 2 way to buy share from company:

a) Local transfer

Some country has it own local agent (appointed by VGMC).  when you choose local transfer, the system will automatically list down local bank that can be use. Choose of the bank listed. 

Let say if you choose ABC bank, vgmc will provide one local agent account for ABC bank. therefore you need to bank in into that account

Usually VGMC will credited CPS credit within 24 hours

b) International Transfer

If you choose international transfer, vgmc will provided international account. there might be some charges depend on the bank. Amount transfer is unlimited up to USD 1 million

Usually VGMC will credited CPS credit in 2-3 working day. 

7) After you have completed top up form. click submit button. a ticket is created for that form. Go to main page, and you can see request to top up credit ticket. usually the status is in progress. Click on that ticket and you can see bank account information provided by VGMC

After issuing ticket to top up, do the money transfer and kept the transfer slip.
Log in into system again and click on request to top up credit ticket. 
write down information in bank slip such as time, location, date, amount.
finally scan that bank slip and uploaded into that ticket then click submit.

8) When VGMC credited the CPS credit, the status will turn to Approved.

9) Click on your name at the top, and one pop up will come out at the end of your name. you will see some amount of CPS credit in credit area. 

10) Proceed to 1.0 account > 1.1 Subscribe Share to subscribe share.

11) click SUBSCRIBE CPS button and a pop up will come out.

12) Key in Number of share that you want to buy. You can see credit amount that you need to buy the share. For example 5000 share cost USD6750 for this month.

Kredit to: Gold Trade

Rumit bukan? Ini adalah procedur untuk membeli saham direct dari syarikat.

Namun jangan bimbang, jika anda BENAR-BENAR BERMINAT dan INGIN TAHU SECARA DETAIL boleh terus hubungi no telefon saya Mohd Hafizul di 013-7019350 (Disarankan telefon selepas waktu bekerja) dan kita boleh aturkan pertemuan (berjumpa) untuk saya terangkan lebih detail tentang peluang ini.

Sekarang saya bekerja di area Johor Bahru. Mana-mana area boleh cuba sms dan berbincang dengan saya untuk memilih tempat berbincang. Selepas perbincangan, kemudian dan paham secara menyeluruh, kemudian terpulang kepada rakan membuat keputusan.

Sebelum saya undur diri, kata-kata dari saya….

Saya nampak ini merupakan satu peluang untuk kita menjana income dalam tempoh sederhana 4 tahun. Sememangnya risiko pelaburan ini adalah tinggi namun, anda ukur dan nilai sejauh mana anda sanggup mengambil risiko dan berani menceburi saham ini. Jika anda tidak sanggup, tidak apa boleh teruskan tugas anda sebelum ini. Namun jika anda juga nampak ini satu peluang untuk anda, cepat rebut peluang ini kerana peluang bukan selalu datang.

Buat keputusan bijak dengan cepat kerana harga saham ini semakin meningkat dan modal semakin bertambah. Saya kongsikan hari ini kerana saya pasti ada yang berani melihat peluang ini, dan mampu membeli pada harga rendah ketika ini. Jika saya kongsikan pada tahun hadapan, maka susah tentu tersangat rugi bagi yang baru mengetahuinya kerana modal telah tinggi.

Tiada paksaan untuk menceburi pelaburan ini. Semua risiko dan keputusan adalah hak milik individu yang menceburinya.

Akhir kata buat keputusan bijak sekarang. :)

Sekian Terima Kasih.

Yang Benar,

Hafizul Halim

Referrer ID: 155593516798

 

4 Responses to Side Income

  1. mel

    Februari 18, 2012 at 8:22 pm

    Berapa lama syarikat akan membayar dividen setiap bulan ini?

    Mengikut matlamat syarikat, syarikat akan membayar dividen secara berterusan setiap bulan sehingga IPO iaitu dijangka pada tahun 2015. Selepas 2015 tiada dividen akan dibayar kepada pelabur selepas itu.

    salam, nak tnya. slps 2015 tidak lgi menerima dividen bln2?

     
    • fyzul

      Februari 18, 2012 at 8:35 pm

      @mel: Wslm.. Selepas syarikat menawarkan IPO, ya tiada lagi dividen bulanan kerana ketika itu harga saham akan ditentukan oleh market dunia. Target syarikat, harga saham ketika IPO adalah USD30 seunit. Ketika itu kita boleh buat keputusan untuk menjual unit saham kita atau biarkan harga saham terus naik sebelum menjualnya. Stakat itu yang saya tahu. :) Selagi syarikat membayar dividen, inilah peluang untuk menggandakan income dalam jangka masa pendek (3-4 tahun).

       
  2. mel

    Februari 18, 2012 at 8:43 pm

    so meaning selepas 2015 tiada menerima byran bln2 seperti sblum ini. paksa le jual saham slepas 2015 ni. utk mdptkan duit pasal blnan tidak lgi dbyr.

     
    • fyzul

      Februari 19, 2012 at 2:10 pm

      Tidak semestinya terus jual semua. Apa yang saya paham, apabila telah disenarai dalam papan utama bursa saham, harga saham akan naik turun yang ditentukan oleh pasaran saham dunia. Walaupun tiada dividen bulanan nanti, tapi kita boleh jual beli saham mengikit harga saham dunia. Di sini kita buat income pula. Sebagai contoh, bila IPO harga seunit USD30, kita boleh simpan sehingga harga naik USD40 seunit ke, kemudian boleh jual sedikit unit saham kita. Bila harga jatuh USD30 semula, boleh beli. Dan begitu..

      Atau cara lain, sekarang ini adalah peluang terbaik untuk kumpul unit saham sebanyak mungkin. Contohnya kita beli harga saham sekarang USD1.40 seunit dan kita ada 10,000 unit. Maka modal hari ini USD14000. Dan apabila harga saham setalah IPO USD30, berapa keuntungan kita? USD300,000 sudah. Maka ketika itu, walaupun dah tiada dividen, terlalu banyak keuntungan yang telah kita dapat. :) Ini adalah contoh kiraan berdasarkan target syarikat.

      Tapi sementara menunggu 2015, dividen sekarang adalah 10% setiap bulan, maka 3 tahun dividen terkumpul melebihi 360% dari modal kita. Sangat berbaloi walaupun 2015 dah tiada dividen sebab kita dah dapat lebih 360% keuntungan + harga jual saham bila 2015.

      Sebagaimana saya maklumkan, memang risiko tinggi tapi bergantung sejauh mana kita sanggup amik risiko sebab keuntungan berganda.

       

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.