RSS

Selamat kembali ke Johor..

Alhamdulillah.. Pukul 6.30petang tadi selamat sampai ke tanah Johor..

Esok akan mulakan rutin biasa.. Bekerja dan terus bekerja..

Dulu ada kawan saya cakap saya nie workaholic..  Betui ka? Saya pun tak tahu..hehe..

Buka email yahoo yang dah berzaman tak buka..Sekarang saya lebih banyak guna gmail. Sebab tu yahoo terabai.. Bila buka banyak spam.. Dah clear kesemua hampir 900 email spam.

Kemudian check semua email lama. Saya tertarik dengan email sorang kawan. Dia kata joinla komuniti di inteam.com.my, banyak info menarik..

Saya buka website inteam tersebut dan melihat-lihat artikel yang dipost disana. Memang banyak menarik seperti di iluvislam.com juga..

Saya tertarik satu artikel ini.. Saya ambil beberapa frasa yang menarik untuk diletakkan disini.. (Nanti saya boleh selalu bace..hehehe..)

“Cintailah ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba… mungkinkah dengan reda-Nya atau hanya mengundang murka-Nya…

Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allah, maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

Cukup cintai ia dalam diam…
bukan karena membenci hadirnya…
tapi menjaga kesuciannya
bukan karena menghindari dunia…
tapi meraih surga-Nya
bukan karena lemah untuk menghadapinya…
tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan…
karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan
karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
karena hadirmu mungkin saja kan membawa kelekaan kpd hati-hati yang terjaga…

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan…
memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan
mengharapkan balasan hanya akan memnambahkan kebahagiaan para syaitan…

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…
karena tiada yang tahu rencana Tuhan…
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk
atau membeku dengan perlahan
karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan…
serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya…

“Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar bin Khattab ra.)”

Karya: mimosa_mango

p/s: Rakan-rakan pun boleh buka website inteam.com.my untuk membaca artikel menarik disana.

Selamat hari pekerja dan selamat kembali bekerja..hehehe.. :)

 
Leave a comment

Posted by di Mei 2, 2011 in Bicara

 

Update: Dah berada dirumah..

Alhamdulillah…

Semalam bertolak dari Johor selepas maghrib lebih kurang 7.30mlm ke Kuantan. Konvoi berdua dengan kawan yang balik Kuala Terengganu..

Walaupun penat bekerja belum hilang, tapi semangat nak balik kerumah memadamkan kepenatan bekerja..hehe..

First time sebenarnya drive malam, lebih-lebih lagi perjalan jauh lebih 400km.. Alhamdulillah tiada masalah, tambahan jalan lengang tiada banyak kenderaan. Maka boleh “meluncur” lebih sikit.. Sedap juga perjalanan waktu malam, sejuk dan tidak banyak kenderaan..

Cuma saya risau mengantuk… Alhamdulillah semalam tidak mengantuk. Tetapi perut bernyanyi kencang kelaparan..Mana tidaknya, balik kerja hanya beralaskan sekeping roti dan neslo ais sebelum bertolak. Sempat singgah di Petronas beli coklat cadbury dan air 100plus mengisi perut..

Dalam perjalan, terlintas ingin singgah makan di Mersing atau Endau. Tapi teringatkan pesan sorang pakcik yang biasa memandu bas express waktu malam. Katanya jika nak memanju jauh, jangan makan makanan berat. Nanti berat mata dan mudah mengantuk.. Saya ambil pesanan ini sebab tidak pernah drive waktu malamkan. Alhamdulillah selesa memandu semalam.. :)

Hari ini, di rumah…..

1. Makan kenduri kahwin jiran sekampung

2. Beli 4 ekor ikan gapi jantan untuk di tambah dalam kolam saya tu. Dah beranak pinak. Cuma ada corak yang kurang menyerlah. Cari baka jantan yang cantik tadi.. Dengan harapan akan lahir generasi yang cantik-cantik..hehee…

3. Ke Jom Heboh dengan akak dan adik-adik. Jalan-jalan tengok gerai jualan. Shopping air dutch lady je tadi.. hehe..

Malam ini?? Lepak tengok tV je nanti..hehehe..

Ok.. Maaf jika tiada apa yang menarik.. Terima kasih sudi membaca.. Alang-alang bace, komen sikit pun boleh.. :)

Adios.

 
Leave a comment

Posted by di April 30, 2011 in Bicara

 

Lambatnya esok….

Esok hari Jumaat..

Penghulu segala hari..

Hari yang penuh berkat..

Dan esok juga seperti biasa perlu bekerja.. :)

Cuma yang tak sabarnya…

1. Dah nak hujung bulan.. Gaji masuk!! hehehe..

2. Nak balik kampung!!! Yepieeeee… hehe…

Dah lama 2 bulan lebih tak balik rumah jumpa family.. Rindunya.. huhu..

Macam-macam nak tengok kat rumah..

1. Ayam-ayam kampung beranak pinak tak..haha..

2. Ikan-ikan gapi dah banyak mana agaknya.. Mama bagi tahu dah beranak pinak dah dalam kolam tu..hehe..

3. Musim buah apa ye sekarang kat rumah…?? Hurmm…

4. Projek yang terbengkalai sejak mula kerja 5 bulan yang lalu..huhu..

Apa-apa pun tak sabar nak jumpa my family!!! :)

p/s: Kepada rakan-rakan..Sorry dah lama tak update blog ini. Macam-macam nak share tapi belum kesampaian. InsyaAllah sampai waktunya akan di share disini.. :) Adios..

 
Leave a comment

Posted by di April 28, 2011 in Bicara

 

Santai: Tapak tangan gatal.. Tandanya??

Biasa tak dengar orang tua-tua kata kalau tapak tangan gatal tandanya nak terima atau keluar duit??

Betul ker??

Gambar hiasan sahaja…hehe…

 

Disini saya kongsikan sedikit pengalaman saya:

Hebatnya Allah SWT memberi isyarat awal kepada tubuh badan kita bila hendak berlaku sesuatu perkara dalam hidup kita.

1. Tangan Kanan

Apa yang pernah saya alami dan saya sedari selama ini, bila tapak tangan sebelah kanan tiba-tiba rasa gatal tanpa ada sebab, maknanya kita bakal menerima duit yang kita tidak sangka. Contohnya pada sebelah pagi tiba-tiba tapak tangan rasa gatal, bila menjelang tengah hari dapat msg dari pelanggan ingin membeli Mindatif Plus. :)

2. Tangan Kiri

Bila tiba-tiba tapak tangan kiri gatal pula, bermakna ada rezeki (duit) yang terpaksa kita keluarkan sama ada membayar denda dan sebagainya.

3. Mata Kanan

Biasanya bila saudara jauh yang dah lama tak jumpa nak balik kampung atau kawan lama yang dah lama tak berjumpa tetapi tiba-tiba terserempak dimana-mana, bawah mata saya akan bergerak-gerak. Makin dekat hari nak berjumpa makin kuat bergerak secara spontan. Bila dah berjumpa, dah tidak bergerak-gerak.. (Bergerak-gerak bukan berkelip banyak kali tau.. Kulit bawah mata bergetar-getar sendiri.)

4. Mata Kiri

Yang ini saya sedar berlaku sebelum arwah datuk saya meninggal dunia. Ketika itu saya di matrikulasi. Selama ini tidak pernah-pernah mata sebelah kiri saya bergetar dengan kuat sendiri. Tapi pada hari tersebut, sebelah pagi mata kiri saya kuat bergetar sehingga saya dapat panggilan dari rumah memaklumkan datuk sakit kuat. Saya sempat balik melihat arwah atuk sebelum beliau meninggal.

Itu antara tanda-tanda dari tubuh kita bila hendak berlaku sesuatu disekeliling kita yang saya alami. Mungkin ianya secara kebetulan bagi setengah-setengah orang.

Atau rakan-rakan juga pernah alami pengalaman ini. Boleh share bersama. Sekian.

p/s: Orang kata kalau bulu mata gugur maknanya ada orang rindu.. Yang ini saya tak tahu kebenarannya..hehehehe.. Ada sebarang komen?? :)

 
8 Comments

Posted by di Februari 8, 2011 in Perkongsian

 

Anak-anak ikan laga aku dah lama pergi..

Sedihkan tajuk entrinya.. huhu..

Beberapa hari lepas saya kongsikan entri berkenaan hobi saya yang belum terlaksana juga berkisar tentang membela ikan. :)

Hari ini, khas untuk rakan-rakan peminat betta yang sudi singgah ke blog ini membaca dua entri saya tentang ikan laga “akhirnya ikanku mengawan juga..” dan  “apa dah jadi dengan ikan laga aku tu..?” serta banyak  bertanyakan tentang ikan laga. Saya cuba kongsikan apa yang saya tahu tentang ikan laga ini.

Sedar tak sedar sebenarnya sudah lebih 5 bulan saya menulis tentang ikan laga saya tu. Dan logiknya tentu anak-anak ikan laga saya tu dah besar-besar.

Tetapi yang berlaku sebaliknya. Anak-anak ikan laga saya mati. Antara faktornya makanan untuk anak ikan tidak sesuai. Menurut ahli forum betta, air dari kolam ikan keli boleh menjadi makanan untuk anak-anak ikan betta selain dari anak kutu air. Saya berikan masukkan anak-anak ikan laga dalam air dari kolam ikan keli, namun sahari demi sehari bilangan yang survive makin sikit dan akhirnya kesemua anak ikan mati.

Bukan itu sahaja, actually pasangan ikan saya juga sebenarnya mati di”tampar” kucing disebabkan air dalam kolam saya kurang. Bila saya tengok keesokkanya ikan laga saya dah tidak berdaya tepi kolam dan akhirnya mati. Saya cuba cari pasangan baru di kedai, namun tiada yang berkenan dihati kerana ikan-ikan jantan kelihatan sangat tua dan warna tidak menarik.

Untuk mengubat hati yang duka ketika itu, saya beli ikan-ikan gapi dan sekarang sudah beranak dirumah. Besar mana dah saya tak pasti sebab last sebelum ke johor anak-anak ikan gapi baru menetas pada 10hb november tahun lalu.

Saya ingat nak mancari semula sepasang ikan laga di Johor jika ada. Nak dapatkan ikan betina yang susah sebab kebanyakkan ikan jantan dijual di kedai-kedai akuarium.

Gambar Hiasan: Kepuasan melihat kecantikan warna dan bentuk ikan laga..

p/s: Rakan-rakan yang arif tentang ikan laga bolehlah share ilmu dengan kami yang beginner ini.. hehe..

 
2 Comments

Posted by di Januari 16, 2011 in Bicara

 

Label: ,

Harga pos Mindatif Plus terbaru.

Kepada rakan-rakan pengguna produk Mindatif Plus, mulai tahun ini (2011) saya akan mengubah harga pos penghantaran produk atas beberapa faktor yang tidak dapat saya elakkan. Namun usah bimbang harga tidak banyak beza.

Sebelum ini saya tetapkan untuk semenanjung Malaysia RM2 per botol dan Sabah Sarawak RM10.

Berikut HARGA KOS PENGHATARAN TERBARU:

Bezanya dengan harga sebelum ini, harga untuk belian sebotol Mindatif Plus sahaja dinaikkan seperti diatas manakala harga lain kekal. Manakala untuk kos pos ke Sabah dan Sarawak di kurangkan kepada RM8. :)

Harga produk Mindatif Plus masih sama.

Semua penghantaran menggunakan khidmat POS LAJU.

p/s : Sesiapa yang tidak tahu harga produk Mindatif Plus boleh buka Cara Bayaran.

 
2 Comments

Posted by di Januari 14, 2011 in Info Mindatif

 

Label: ,

Hobi yang belum terlaksana..

Hobi….

Saya ada hobi ker? hehehe.. Ntah la.. Tak tahu nak cakap..

Tapi saya suka bela ikan. Bela, mati.. Bela, mati.. Dah banyak kali beli ikan, mati juga  (ikan koi)..hehe.. Terbaru ikan gapi, yang nie alhamdulillah hidup sepasang dan sudah beranak..Ini boleh kira hobi jugakan? :)

Pada saya satu kepuasan melihat ikan berenang dan lebih menyeronokkan bila dapat bermain dengan ikan (ikan koi) sewaktu beri makan.

Namun, memandangkan sekarang saya berada di Senai, Johor saya tak tahu nak buat apa. Nak bela ikan, hingga hari ini belum pergi beli lagi. hehe.. Cuma setiap kali pergi Giant Taman Universiti, pasti akan singgah kedai ikan. Nak tengok ikan-ikan berenang. :)

Jika dulu akuarium hanya ada gambar hiasan, pokok-pokok plastik dan batu-batu berwarna-warni.. Sekarang ada yang tidak menggunakan latarbelakang seperti contoh ini..

Simple tetapi menarik..Cantikkan ikan gapi tu? hehe..

Tapi perasan tak sekarang trend akuarium macam mana..?

Yang saya perasan, sekarang ini trend akuarium yang cantik ada tumbuhan hidup dan juga kayu atau batu..(Bukan penuh dengan pokok-pokok) Dasarnya rumpai menghijau dan tengah-tengah sebiji batu atau tunggul kayu. Sesimple itu sahaja tapi semulajadi..(Bayangkan..) hehe..

Bila lihat tumbuhan hijau + ikan-ikan berenang.. Memang cantik.. Terpukau mata memandang.. Minggu lepas ada keluar harian metro tentang akuarium trend tu.. Di Giant, pemilik kedai maklumkan air akuarium sudah 3 tahun tidak ditukar cuma tukar penapis saja..

 

picture tiada nak tunjuk..huhu.

Saya berhajat nak buat satu macam tu.. Tapi.. Boleh ke..? Sebab bahan-bahan pasti susah nak dapat dan pasti memakan masa (bertahun-tahun) untuk hasilkan satu design akuarium yang cantik dan kena pastikan tumbuhan akuatik hidup kerana perlu mengambil kira lighting, composisi CO2 untuk rumpai hidup dan macam-macam lagi.. Maka jalan shotcut kena beli satu set terus.. hehe.. Tapi modalnya la.. Paling tidak Rm2500++ untuk satu set..Aduih..

So, ini hobi saya yang belum terlaksana..hehe..

p/s: usaha kumpul duit untuk beli satu set.. Bila agaknya tercapai.. :)

 
2 Comments

Posted by di Januari 12, 2011 in Perkongsian

 

Label:

Kasihnya Ibu Bapa kepada Anak-anaknya..

Para ibu bapa pastinya lega kerana urusan pendaftaran anak-anak kesekolah telah selesai. Family saya semalam ke Kuala Berang menghantar adik bongsu saya ke sekolah asrama penuh (SBP) disana. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Bagi anak-anak kecil yang pertama kali masuk ke sekolah,  khasnya ke tadika atau darjah 1 pasti banyak ragamnya kerana takut dan tidak biasa dengan orang ramai..hehe..

Saya tak nangis camni ye…hehehe..

Teringat kisah saya sewaktu berusia 5 tahun. Hari pertama di tadika,  saya menangis nak balik sebab takut. Hinggakan abah saya terpaksa menunggu di luar tadika dan membuat muka garang kepada saya supaya saya tidak menangis. Disebabkan lebih takut kepada abah, saya berhenti menangis dan duduk diam-diam di tadika. hehehe… Hari kedua dan seterusnya sudah tidak menangis..ki3..  ;)

Akak-akak sepejabat saya juga kebanyakkanya mangambil cuti hari isnin yang lepas untuk menghantar anak-anak mereka menyebabkan lengang pejabat hari tu..hehe..

Keesokkan harinya, saya bersembang dengan sorang akak sekerja bertanya bagaimana anaknya sewaktu mendaftar. Anaknya tahun lepas sudah masuk tadika 5 tahun, jadi tiada masalah bila masuk 6 tahun. Bersembang punya sembang, dia maklumkan anaknya belum lancar membaca dan lain-lain. Saya cadangkan dia memberi produk minda yang saya jual, namun saya tidak menjangka untuk beliau beli dalam masa terdekat kerana baru masuk sekolah. Bila saya maklumkan nama produk Mindatif Plus, dia terus nak beli. Sebelum ini dia pernah membeli kepada anaknya dan nampak berbezaan dan perubahan kepada anaknya. Cuma dia tidak jumpa dan tahu dimana nak dapatkan produk itu seterusnya kerana beliau beli ketika ekspo.

Bukan itu sahaja, dia juga turut memberi tahu rakan-rakan sekerja yang lain. Segan saya di buatnya kerana saya cuma beri cadangan kepada beliau untuk  mencuba, tidak sangka dia turut tolong war-warkan kepada rakan yang lain. Alhamdulillah..

Memangnya saya berhasrat untuk menjual kepada rakan-rakan sepejabat namun bukan dalam masa terdekat kerana saya tahu, rakan-rakan sepejabat baru saja mendaftarkan anak-anak mereka ke  sekolah.  Melihat kesungguhan rakan sepejabat ingin tahu tentang produk, saya kagum melihat kasihnya ibu bapa kepada anak-anak mereka. Walaupun baru sahaja membelanjakan duit untuk  persekolahan anak-anak, ada yang sanggup berbelanja lebih untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka.

Tidak kurang juga pembeli secara online dengan saya. Alhamdulillah semakin ramai berminat untuk mencuba produk ini walaupun sesi persekolah baru sahaja bermula. Semoga dengan izin-Nya semua pengguna produk Mindatif Plus mendapat manfaat dan khasiatnya.

Selamat Datang Pengedar Baru.

 

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada  dua rakan pengedar baru produk MindatifPLus. Semoga dengan adanya pengedar baru ini dapat membantu anak-anak tempatan terutama anak-anak kampung untuk sama-sama bersaing dan cemerlang dalam pendidikan. Rakan-rakan yang berdekatan boleh terus mendapatkan produk melalui pengedar-pengedar kami.

1. NOR ILYANA MUDA  Phone: 013-2750626 Kawasan: PAKR Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang.

2. PIRIN BINTI BERANGIN   Phone:  019-8227347 Kawasan: Kota Kinabalu, Sabah.

Sekian. :)

~Mohd Hafizul

 
Leave a comment

Posted by di Januari 6, 2011 in Bicara

 

Label: ,

Sarapan nasi dagang di Kuala Terengganu; Lunch bersama family di rumah (Kuantan); Makan malam di Senai, Johor.

Selamat menyambut tahun 2011 semua!!! :)

Permulaan 1 Januari 2011 hari ini sungguh bermakna kerana dapat bermusafir berjumpa keluarga tercinta di Kuantan.

Tetapi sebelum itu bertolak ke Kuala Terengganu pada pagi jumaat 31 Disember 2010 dan sampai K.T lebih kurang 9.00 malam.

Pagi 1hb, lebih kurang 8.00 pagi bertolak dari Kuala Terengganu ke Kuantan. Singgah sarapan pagi nasi dagang (lokasi selepas jambatan masjid terapung). Orang kata bila sampai Terengganu tidak sah kalau tidak makan nasi dagang. hehehe….

Tengah syok-syok menjamu selera nasi dagang beralas daun pisang dengan teh tarik, hujan lebat membasahi bumi Kuala Terengganu. Walaupun hujan lebat, ramai orang mengunjungi dan makan di kedai tu. Yang lucunya,  saya makan berdua dengan kawan satu meja dan ada satu kerusi kosong. Kemudian datang sorang makcik bertanya sama ada kerusi kosong ada orang atau tidak. Kami ingatkan dia nak tumpang sarapan semeja dengan kami memandangkan dia seorang, dan semua meja yang lain penuh. Tapi rupanya dia tunggu kami habis sarapan dulu. Kebetulan kami pun dah nak selesai sarapan, jadi takda lepak lama-lama..hehehe..

Habis sarapan saya dan rakan terpaksa meredah hujan ke kereta untuk teruskan perjalanan kami. huhu..Destinasi seterusnya ke rumah saya di Kuantan. :)

Sampai dirumah menjelang tengah hari (12.00 tengah hari). Mak bagi tahu ayam kampung kena penyakit dan mati. Dah banyak ekor mati. Hari ini 2 ekor lagi mati, seekor jantan seekor betina. Nak buat macam mana, dah sampai ajal ayam. Tanam bangkai ayam dekat umbi pokok pisang. Nanti boleh jadi baja untuk pokok pisang. hehe..

Selesai makan tengah hari dan solat zohor, terus bertolak pulang ke Senai, Johor. Tiba di senai dalam 6.20pm, terus ke pasar malam bungkus mee goreng + ayam goreng + air kelapa untuk santapan makan malam. hehe…

Memang penat sangat, tetapi berbaloi. Esok nak rest puas-puas. Isnin dah mula kerja pula. Itu saja nak share hari ini. :)

p/s: Azam tahun ini, menimba seberapa banyak ilmu bermanfaat. InsyaAllah.. Azam kawan-kawan? hehe…

 
2 Comments

Posted by di Januari 1, 2011 in Bicara

 

Terima Kasih Semua Pengedar dan Selamat Datang Pengedar Baru.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah segala puji bagi-Nya yang mengurniakan rezeki kepada semua makhluk-Nya.

Sekalung tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam PMR pada tahun ini terutama pelajar yang mengamalkan Mindatif Plus sebagai medium tambahan membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Tahun 2010 bakal melabuhkan tirai beberapa hari lagi. Pelbagai cabaran dan pengalaman telah kita tempuhi sepanjang tahun 2010 dan saya pasti tiap individu mempunyai kenangan manis dan pahit yang berbeza-beza sepanjang tahun ini.

Tahun ini bagi saya sesuatu yang manis kerana bermula tahun ini saya mencuba mempromosikan produk Mindatif Plus dengan harapan ramai pelajar yang lemah boleh dibantu apabila mengamalkan produk Mindatif Plus.  Alhamdulillah keputusan adik saya (Mohd Amin Asyraf – 5A) dan juga rakan-rakannya (5A dan 4A 1B) di kampung yang mengamalkan Mindatif Plus tidak mengecewakan (saya mohon maaf tidak update keputusan adik saya kerana sekarang saya berada di Johor). Saya berharap pengguna Mindatif  Plus yang lain begitu juga. Dan lebih manis kerana tahun ini saya telah berjaya menamatkan pengajian saya di UTM selama empat tahun dan telah graduate pada bulan september yang lalu.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengedar Mindatif Plus  yang sudi untuk  bersama-sama memperluaskan dan menyebarkan khasiat produk ini di kawasan masing-masing sepanjang tahun ini. Tanpa bantuan rakan-rakan pengedar, produk ini tidak mungkin dapat diketahui dan disebarkan kepada masyarakat sekaligus membantu pelajar yang lemah dan memerlukan bantuan sampingan seperti produk homeopati ini. InsyaAllah semoga bermula tahun baru nanti permintaan produk ini semakin berkembang dan diketahui umum sekali gus membantu mempermudahkan urusan jualan semua pengedar Mindatif Plus.

Alhamdulillah menjelang penutup tahun 2010, dua pengedar baru Mindatif Plus sudi menyebarkan dan mempromosikan produk ini dikawasan mereka. Selamat datang saya ucapkan kepada pengedar baru dan semoga rezeki kita semua dipermudahkanNya. Dengan adanya pengedar baru ini, pengguna di kawasan berdekatan yang ingin mendapatkan produk ini bolehlah menghubungi pengedar-pengedar untuk mendapatkan produk Mindatif Plus ini.

 

1. Mohd Ghalil Bin Abdul Rahman, Manik Urai-Kuala Krai Kelantan. (014-8426137)

2.  Saripah bt Zakaria, Kuala Lipis Pahang. (019-9184248)

 

Akhir kata, jutaan kemaafan dari pihak saya atas sebarang kekurangan dan kesilapan sepanjang tahun ini. Saya sebagai wakil bagi pihak Syarikat De Men C Marketing juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua  pengguna produk Mindatif Plus dan pengedar yang membantu mempromosikan produk Mindatif Plus ini.  Semoga terus kekal menggunakan produk kami. :) Sekian terima kasih.

~Mohd Hafizul Halim~

 
3 Comments

Posted by di Disember 25, 2010 in Info Mindatif

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.