RSS

Arkib Kategori: Minda Hebat

Minda 4: Amalan Membentuk Minda Anak

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Sudah lama rasanya saya tidak berkongsi tips dari buku rahsia minda hebat ini. Bukan apa, sebenarnya banyak info menarik disini namun tidak sedap rasanya saya mengupas semua topik. Dan saya rasa ini mungkin topik terakhir saya akan ambil dari buku hebat ini.:)

InsyaAllah kali ini saya bawakan amalan dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencerdaskan minda anak-anak. Menurut buku ini perkembangan dan pertumbuhan manusia bermula dari peringkat janin di dalam rahim ibu lagi dan berkembang sehingga dewasa.

Pemakanan yang seimbang dan mencukupi keperluan merupakan asas utama bagi perkembangan dan pertumbuhan seseorang. Pemakanan boleh dikategorikan kepada dua macam. Pemakanan rohani dan pemakanan fizikal.

Pemakanan rohani = Membaca Al-Quran dan Doa

Pemakanan rohani adalah amalan-amalan yang boleh diamalkan semasa si ibu sedang mengandung. Sebagai seorang muslim, amalam yang di anjurkan adalah membaca al-Quran dan berdoa. Antara surah-surah pilihan dan doa yang boleh diamalkan semasa mengandung yang saya peroleh dari blog sahabat kita nuriman dan aidura adalah seperti:

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

***

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 – 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra’) dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Wallahu a’lam.

Sesungguhnya Al-Quran merupakan panduan hidup kita sepanjang zaman..

***

Pemakanan fizikal = Susu Ibu

Hari ini ramai bayi-bayi diberikan susu formula seawal usia sehari mengantikan susu ibu. Namun majoriti masyarakat kita tidak tahu rahsia khasiat di sebalik susu ibu itu.  Syukur alhamdulillah saya membesar dengan susu ibu bukan susu formula..:)

Mari kita sama-sama perhatikan ayat al-Quran dan kupasan khasiat susu ibu ini.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah: 233

Bermaksud: “Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Apabila kedua-duanya  ingin memberhentikan (sebelum cukup tempoh dua tahun) dengan kerelaan kedua-duanya dan melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi kedua-duanya.”

Susu ibu merupakan makanan paling berkhasiat untuk bayi yang baru lahir. Susu ibu membekalkan keperluan untuk pembesaran, pertumbuhan dan perkembangan tubuh dan otak bayi. Selain itu, susu bayi juga membantu melindungi bayi daripada jangkitan pelbagai jenis penyakit seperti sakit telinga, kolkol, taun, lumpuh, gastro enteritis dan meningitis. Malah bayi yang diberikan susu ibu dikatakan kurang terdedah kepada kemungkinan mendapat penyakit lelah dan juga pelbagai penyakit alahan.

Selain itu juga susu ibu mudah dihadam berbanding susu formula kerana susu ibu lembut dan cair sementara susu formula pekat. Susu ibu juga mengandungi protien yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman pada sistem usus bayi dan ini mengurangkan cirit-birit.

Anak-anak yang diberikan susu ibu mempunyai beberapa kelebihan seperti:

1. Watak anak yang lembut

2. Emosi anak stabil

3. Pembesaran anak yang berwatak yakin dan berani

4. Anak tidak mudah menerima tekanan jiwa

5. Minda anak lebih cemerlang

6. Fizikal anak lebih kebal kepada penyakit

7. Anak lebih mengasihi ibu serta adik-beradiknya

Disini saya ingin bawakan satu fakta dari buku ini. Keburukkan bayi berumur di bawah empat bulan diberikan makanan selain susu ibu:

  • Bayi belum bersedia menerima makanan pejal kerana kuasa penghadamannya masih kurang.
  • Mudah mendapat alahan.
  • Buah pinggang bayi masih belum kuat untuk membuang sisa-sisa makanan akibat penghadaman.
  • Kemungkinan boleh rosakkan usus
  • Boleh mengakibatkan kegemukkan.

Sekiranya bayi terpaksa diberikan sus formula, minta nasihat doktor jenis susu yang sesuai untuk bayi. :)

Selain susu ibu, kita juga perlu mengamalkan makan makan seimbang, berprotein dan berzat seperti yang kita pelajari di sekolah dalam piramid makanan. :) Dalam buku rahsia minda hebat juga banyak dikupas tentang amalan permakanan yang baik dan yang boleh mengancam diri. Selain itu juga ada doa-doa dan amalan yang boleh diamalkan untuk melembutkan hati dan menajamkan fikiran.

Penutup = Makanan membentuk hati

Nabi SAW mengingatkan kita bahawa hati itu dibentuk oleh makanan dan minuman. Jika makanan dan minuman kita bersumberkan perkara haram dan buruk, ia akan membentuk hati menjadi buruk dan jahat, dan sebaliknya.

Nabi SAW pernah bersabda:(Riwayat Muslim)

Bermaksud: “ Di dalam diri setiap kamu ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh badan dan anggota kamu. Tetapi jika ia jahat maka akan jahatlah seluruh tubuh dan anggota kamu. Ketahuilah, itulah hati. “

Kita juga biasa dengar pepatah lain yang berbunyi: “You are what you eat.”

Pepatah ini juga diambil dari hadis Nabi SAW seperti diatas. :)

Makanan yang baik akan membentuk hati yang baik. Hati yang baik akan membentuk akhlak yang baik. Rasulullah SAW merupakan contoh akhlak yang terbaik sebagaimana sabda baginda:

“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

Rasulullah SAW juga menganjurkan kita berakhlak mulia:

” Takutlah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada. Ikutlah segala kejahatan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan (kejahatan). Dan bergaullah dengan sesama manusia dengan akhlak yang baik. ” Sumber: Buku Kewajipan Mendidik Hati.

Semoga info ini bermanfaat untuk semua. Sekian..

~fyzul MP

 
9 Comments

Posted by di Mei 25, 2010 in Minda Hebat

 

Label: ,

Minda 3: Wangian Mencergaskan Minda..

Masih ingatkah lagi artikel minda 2 saya sebelum ini. Dalam entri tersebut saya menceritakan peranan warna, muzik dan bauan dalam merangsang otak. Kali ini saya ingin menyambung kupasan tentang wangian.

Siapa yang tidak suka wangi-wangian???

Saya pasti semua orang suka terutama golongan wanita..:) Saya pun suka..

Kebiasaanya, wangian dikaitkan dengan perfume atau minyak wangi. Tetapi sebenarnya alam semula jadilah yang mengeluarkan wangian tersebut. Allah SWT Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui hamba-hambaNya menyukai wangi-wangian. Maka diciptakan tumbuhan yang pelbagai warna dan mengeluarkan haruman yang wangi. Sebagai contoh pokok bunga rose, limau kasturi, pokok kemangi dan sebagainya yang disukai manusia. SubhanAllah..Hebat ciptaan Allah SWT.

Kita tahu, wangian ada dua macam, yang disukai dan tidak disukai..

Yang tidak disukai tentulah wangian yang berbau busuk, tengit dan sebagainya yang membuatkan kita tidak selesa bukan?

Dalam entri sebelumnya saya hanya menyentuh sedikit tentang situasi wangian di suatu tempat merangsang otak berfikir.. Kali ini saya ingin menambah info tentang wangian tersebut insyaAllah..

Dalam buku minda hebat karangan Dato’ Siti Nor Bahyah Mahmood bersama Haji Muhammad Zakaria, beliau ada menyentuh tentang wangian ros, kasturi, kemangi dan ambar. Terdapt juga hadis-hadis Nabi SAW tentang wangian ini. Saya tidak menyentuh tentangnya disini..:) Untuk mengetahui detail, boleh dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran..

Bilik Selesa vs Terganggu..

Kebanyakkan pelajar suka belajar di dalam bilik mereka, terutama pelajar universiti atau tinggal dirumah. Pelajar di asrama seperti pelajar MRSM, SBP, dan lain-lain, mereka perlu belajar di bilik darjah waktu petang dan malam (dulu kami panggil ‘prep’)..Mereka ada jadual belajar yang telah ditetapkan..Semasa di UTM, saya juga menghabiskan masa study di dalam bilik.. Jarang-jarang pelajar belajar di perpustakaan atau bilik tutorial..Kebayakkan mereka suka belajar dibilik..

Pendapat saya tidak kesah nak belajar dimana asalkan kita belajar dan bukan bermain atau tidur. Cuma saya ingin kongsikan disini, suasana bilik belajar yang berudara segar membantu meningkatkan keupayaan otak berfikir.Oxygen yang diperlukan oleh tubuh akan berkurang sekiranya kita belajar ditempat tertutup. Apabila tubuh kurang menerima oxygen, ia akan menyebabkan kita cepat mengantuk atau selalu menguap ketika belajar.

Ada rakan-rakan kita suka study group di bilik rakan-rakan yang lain. Kita perlu kenal pasti adakah bilik kita berkeadaan selesa. Maksudnya berbau wangi atau sebaliknya. Biasanya pemilik bilik tersebut tidak tahu bahawa biliknya berbau tidak menyenangkan kerana dia tiap hari berada di bilik tersebut. Jika nak tahu bilik kita wangi atau tidak, ajak rakan yang suka wangian masuk ke bilik kita. Jika dia mampu berada lama atau tidak berkata apa-apa, maksudnya bilik anda selesa buat mereka.. Sebaliknya sekiranya bilik kita tidak selesa, ia mengganggu rakan2 kita nak fokus belajar bersama kerana fikiran mereka asyik memikirkan tentang bau yang tidak selesa tersebut. Sebab itu bilik yang segar, berbau wangi dan selesa sangat penting merangsang otak berfikir dengan baik..

Bau badan menganggu fikiran..

Masalah badan berbau dihadapi oleh setiap orang. Apabila badan berpeluh, lebih kuat bau yang kurang selesa akan terhasil. Empunya badan juga akan tidak selesa dengan keadaan ini.

Biasanya kita akan cuba mengatasi masalah ini dengan memakai deadorant, perfume dan sebagainya. Ada juga bauan ini tidak kekal lama..

Sekiranya kita menghadapi masalah ini, terutama pelajar, kita tentu tidak mahu bau ini menganggu rakan-rakan kelas terutama rakan disebelah kita. Jesteru cara yang boleh diatasi dengan membawa minyak wangi atau perfume sentiasa di dalam kocek. Biasanya perfume yang bersaiz kecil memudahkan kita membawanya kemana-mana. Kini produk perfume mini sangat popular hari ini. Banyak jenama2 produk yang berada di pasaran.

Imtiyaaz Aroma merupakan salah satu produk perfume muslim terbaru. Saya pun baru tahu hari ini tentang produk ini. Menariknya duta produk ini ialah penulis buku minda hebat, Dato’ Siti Nor Bahyah Mahmood. :) Produk ini ada 3 set wangian..Produk ini boleh diperolehi secara online sahaja..(Sedikit promosi tentang produk ini..hehee..)

Wangi-wangian tidak salah untuk dipakai kerana suasana yang segar dan wangi sebenarnya turut membantu dalam merangsang keupayaan otak berfikir. Namun jangan terlalu tepu bilik dengan bau wangi kerana ia boleh menimbulkan rasa rimas juga. Bersederhana mengawal wangian yang selesa buat diri kita dan orang sekeliling..Untuk para pelajar, pilih tempat belajar yang sesuai. Sekiranya kita dapati tempat tersebut tidak sesuai, ubah atau beralih mencari tempat yang selesa untuk kita belajar.

Apabila kita selesa dengan suasana sekeliling, insyaAllah pembelajaran juga akan mudah diingat dan paham. Sekian.

Ikhals: MindatifPLUS (MP)

 
3 Comments

Posted by di Mei 10, 2010 in Minda Hebat

 

Label: , ,

Minda 2: Warna, Muzik, dan Bauan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 sekalian..

Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada semua sahabat yang datang melawat blog saya yang menanti artikel terbaru dari buku rahsia minda hebat. Beberapa minggu ini tidak sempat untuk berkongsi artikel. Alhamdulillah, pada artikel yang lepas saya telah berkongsi tentang rahsia kehebatan otak manusia. InsyaAllah kali ini saya ingin mengajak rakan2 sekalian tingkatkan kempuan otak dengan teknik dan cara yang betul.

Sebelum ini saya namakan siri artikel minda hebat ini info 1. Namun selepas meneliti lebih detail, saya menukarkannya kepada minda 1 kerana ianya lebih sesuai dan mesra untuk rakan2 mengenal pasti artikel yang berkaitan minda hebat ini. =)

Sebagaimana yang kita ketahui, otak kita terbahagi kepada dua bahagian, otak kiri dan otak kanan. Otak kiri dikatakan berupaya mengawal dan menguasai aktiviti2 logikal dan akademik manakala otak kanan berupaya mengawal dan menguasai aktiviti2 imaginasi dan kreativiti. Otak kiri lebih kearah mengingat fakta, manghafal sesuatu formula, menyelesaikan masalah matematik. Sementara otak kanan lebih berkaitan kesenian, emosi dan perasaan, lebih kepada penghayatan dan mengambarkan atau imaginasi.

Biasanya kita akan melihat seseorang yang bekerjaya sebagai jurutera kurang arif tentang sastera atau kesenian kerana kecenderungan otak kiri berfikir berbanding otak kanan dan sebaliknya.

Namun begitu, kita sebenarnya boleh melatih kedua2 bahagian otak kita berfikir secara lebih effective atau berkesan. Dengan latihan dan rangsangan yang betul kita mampu tingkatkan kemampuan otak kita berfikir.

Salah satu cara merangsang otak adalah dengan menggunakan warna. Setiap warna mempunya makna atau persepsi yang berbeza. Sebab tu ada pakar2 motovasi ada menyentuh tentang pemilihan warna dalam kerjaya. Seperti mengalakan pelajar membuat mindmap menggunakan pen pelbagai warna. Atau memilih warna yang tertentu apabila ingin melaksanakan sesuatu tugasan. Mengapa?? Kerana warna yang kita lihat, kita pakai kadang kala bermain dengan emosi dan persekitaran.

Kita dapati kanak2 lebih menyukai buku yang berwarna warni dan bergambar. Lihat sahaja permainan yang dijual untuk kanak2, semuanya berwarna yang terang dan warna2 seperti ini mudah menarik minat kanak2. Tadika dan pusat2 asuhan kanak2 juga diwarnai dengan pelbagai warna2 yang terang untuk mengambarkan suasana ceria.

Dari sudut pelajar, nota yang berwarna-warni lebih mudah membantu pelajar mengingat dan menghafal. Kita perhatikan dua contoh peta minda di bawah, mana satu yang lebih menarik dan mudah dibaca? Yang berwarna atau hitam putih??

Sudah pasti yang berwarna-warni lebih menarik bukan?? Maaf jika nota dalam gambar ini sukar untuk dibaca..Untuk membuat nota berwarna yang efective, perlu belajar dan bertanya dengan guru2..

Selain nota berwarna, kita juga boleh tingkatkan daya ingatan dengan lukisan atau gambaran atau jalan cerita atau pun melalui muzik. Saya teringat zaman sekolah, ketika form 5 semasa subjek pendidikan islam. Ustaz telah habis mengajar semua topik dari form 4 dan form 5 untuk cover SPM. Untuk membantu kami mengingat peristiwa dan fakta2 yang ada, ustaz membuat pertandingan mencipta lirik lagu berdasarkan subjek pendidikan islam.

Setiap kumpulan terdiri daripada 3 atau 4 pelajar. Bukan kelas saya sahaja membuat lirik lagu tetapi semua kelas yang ustaz ajar turut serta. Ada dalam 4 kelas kesemuanya.. Macam2 lagu diambil untuk disesuaikan dengan fakta2 yang ada dalam subjek pendidikan islam tersebut. Menariknya semua kumpulan akan mempersembahkan lagu2 mereka di hadapan kelas2 lain..

Walaupun bukan semua fakta boleh dimasukkan dalam sebuah lagu tetapi pada saya teknik ini berkesan. Bayangkan ketika menduduki SPM pendidikan islam, ramai rakan2 kelas mulut terkumat kamit termasuk saya..Tahu mengapa? Bukan makan atau mengungah gula2, tetapi cuba mengingat kembali fakta2 dengan cara menyanyikan lagu2 yang berkaitan soalan tersebut..hehe..

Sehingga hari nie rasanya saya masih ingat serba sedikit lagu2 yang direka ketika itu..lucu pun ada apabila teringat..hehe..Satu contoh lagu yang masih teringat, definisi sembelih. Liriknya tentang makna sembelih, lagu nasyid tajuk sahabat..Lagu nie direka oleh rakan2 kelas saya ct hajar, zuhairah (kak long), wana dan hafizah jika tak silap..hehe.

Jika kita dapati sekarang anak2 kecil lebih cepat dan mudah menghafal lagu2. Di tadika2, kanak2 akan gemar dan seronok apabila cikgu2 memainkan muzik atau meminta mereka untuk menyanyi. Namun begitu, nyanyian perlu diseimbangkan kerana ia boleh membawa kesan yang kurang baik apabila tidak dipantau. Contoh jika anak2 kecil di provoke atau terlalu didedahkan dengan hiburan setiap masa, atau dilebihkan dengan hiburan sahaja, bimbang akan timbul rasa malas untuk belajar. Kedua2nya perlu seimbang antara muzik dan pembelajaran normal. Muzik sebagai medium untuk menarik minat untuk belajar dan merangsang pertumbuhan otak.

Imam al-Ghazali berpendapat alunan bunyi yang berirama daripada alam semula jadi merupakan muzik yang dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-Nya. Bunyi-bunyian ini boleh mendatangkan ketenangan pada minda untuk memudahkan saranan berlaku dimana secara tidak langsung ia merangsang kedua-dua belah otak untuk menerima pembelajaran.

Selain warna, gambar dan muzik, kemampuan otak boleh dirangsang dengan bau-bauan. Jika kita perhatikan sekarang telah ada aromatherapi2 yang dijual dipasaran. Biasanya aromaterapi ini digunakan di SPA urutan untuk memberikan kedaimaian dan kelegaan kepada pengguna. Ada juga aromatherapi yang sesuai digunakan untuk pembelajaran.

Bau2an yang segar dan wangi ini secara tidak langsung merangsang otak untuk rasa selesa dan segar. Bayangkan jika bilik belajar kita berbau busuk, adakah kita akan selesa belajar disitu? Atau ruang pejabat kita berbau busuk tanpa pewangi, adakah kita selesa duduk di pejabat seperti itu 8 jam?? Tidak selesakan??

Jesteru bilik dan suasana yang wangi mempengaruhi otak kita sebenarnya..

Menurut Imam Syafi’i r.h:

” Antara perkara yang dapat menguatkan tubuh adalah dengan mencium bauan yang harum.”

Rasullulah SAW bersabda:

” Sebaik-baik wangian ialah minyak kasturi.” (Riwayat Ahmad)

Antara khasiat Kasturi adalah seperti:

  • Menguatkan, menenangkan dan meriangkan jiwa (hati)
  • Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak.
  • Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan.
  • Menghilangkan debaran jantung/sesak nafas.

Banyak lagi fakta2 menarik yang terdapat dalam buku rahsia minda hebat ini yang tidak saya nyatakan disini. Sesiapa berminat boleh dapatkan buku ini dikedai2 buku  berdekatan atau boleh membeli secara online. Tidak rugi membelanjakan sedikit wang untuk menambah ilmu yang bermanfaat, insyaAllah..=)

InsyaAllah minggu hadapan saya akan bawakan beberapa fakta atau info menarik lagi. Semoga artikel2 saya ini membawa manfaat untuk kita bersama dan bakal melahirkan generasi minda hebat insyaAllah..Sekian.

MindatifPLUS (MP)~

 
8 Comments

Posted by di April 9, 2010 in Minda Hebat

 

Label: , , ,

Minda 1: Rahsia Kehebatan Otak Manusia..

(Otak aset paling berharga..)

Pagi tadi saya berkesempatan membaca intro buku rahsia minda hebat..Beberapa hari ini tidak sempat untuk membukanya. Sibuk dengan tugasan dan lain-lain perkara. Kebetulan pagi tadi dalam pukul 8.30 pagi perlu keluar sebentar untuk kira kereta dikawasan industri taman universiti skudai untuk satu projek non-point source. Sambil mengira kereta lalu lalang, tu sempat la buka buku ini..=) (Gambar diatas hanya hiasan sahaja..hehe..)

Wow!! Banyak fakta menarik yang tidak diketahui ada dalam buku ini.. Menarik.. Atas sebab itu saya tertarik untuk kongsikan beberapa fakta dalam buku ini dengan sahabat sekalian..

Kemampuan otak..

Allah SWT memberi kemampuan manusia berfikir tanpa bergantung kepada saiz atau berat fizikal sebenar. Sebaliknya ia bergantung kepada struktur sel-sel saraf neuron yang terkandung di dalam otak..

Beberapa hari lepas saya ada terbaca berita menyatakan pengkaji berjaya menemui tengkorak manusia yang mana otak manusia tersebut dikatakan paling besar di dunia berdasarkan saiz tengkorak tersebut..Namun fakta menunjukkan saiz otak tidak memainkan perananan dalam menentukan kemampuan manusia berfikir..he..

Tahukan kita bahawa:

Orang yang jarang-jarang berfikir atau memerah otaknya untuk berfikir mempunyai paling minimum 10 bilion sel. Setiap sel berhubung antara satu sama lain. Orang yang rajin dan kuat berfikir mempunyai hingga 1 trilion sel dalam kapasiti saiz otak yang sama.

“Semakin kerap atau semakin kuat kita berfikir, semakin banyak sel yang terbentuk.”

***

Read the rest of this entry »

 
12 Comments

Posted by di Mac 17, 2010 in Minda Hebat

 

Label:

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.