RSS

Arkib Kategori: Keluarga

Siri 5: Pelajar Lemah Perlukan Lebih Perhatian..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah hari ini saya berpeluang berjumpa sorang Guru Besar sekolah rendah di Kuantan. Sekolah beliau antara sekolah terbaik daerah Kuantan. Dan pelajar-pelajar juga dari keluarga berpendidikan dan kaya.

Saya sempat berbincang dengan beliau tentang tips mengatasi pelajar yang lemah dan tidak tahu membaca yang dilakukan oleh sekolah pada tahun-tahun sebelum ini.

Beliau maklumkan, beliau tidak bertanya kepada murid kenapa masih lemah dalam pelajaran sebaliknya bertanya kepada guru mengapa pelajar tersebut lemah?

Dan apa yang didapati pelajar yang lemah sebenarnya perlu lebih perhatian dari pelajar lain. Lebih banyak masa perlu di khaskan untuk mengajar mereka berbading pelajar yang cepat belajar.

Daripada perbincangan ini saya dapat simpulkan satu perkara, pelajar yang lemah dalam pelajaran terutama pelajar sekolah rendah perlukan lebih perhatian, bukan sahaja dari pihak sekolah tetapi juga oleh ibu bapa.

Ibu bapa berperanan untuk memotivasikan anak-anak mereka yang agak lemah dan bukannya membiarkan sahaja mereka bermain.Ya saya akui, usia kanak-kanak adalah masa untuk bermain. Namun pendidikan jangan diabaikan..

Mengapa saya berkata begitu?

Kerana dari pemerhatian saya, di kampung-kampung ibu bapa tahu anak-anak mereka masih belum pandai membaca, lemah dalam pelajaran namun kesedaran untuk tingkatkan kualiti pelajaran anak-anak masih lemah dan kurang diberi perhatian oleh ibu bapa.

Perhatian ibu bapa pengikat kasih sayang..

Anak-anak kecil terutamanya, walaupun di sekolah guru-guru telah mengajar pelbagai subjek, lagu dan sebagainya. Namun naluri anak-anak memerlukan perhatian ibu bapa terutama apabila membuat kerja sekolah. Ibu bapa perlu luangkan sekurang-kurangnya 1 jam untuk anak-anak melihat mereka belajar dan mengajar mereka. Terutama anak-anak berusia dalam lingkungan 2-12 tahun.

Saya terbaca artikel dari sahabat kita Rosnah Ahmad, saya petik beberapa perkara yang menarik untuk di kongsi bersama.

Zaman kian berubah, kini aktiviti bercerita banyak diambil alih oleh cikgu sekolah, tadika, pengasuh taska, television dan komputer. Apa pun ibu bapa harus memupuk minat dan mencari masa untuk bercerita kepada anak. Bercerita adalah aktiviti masa berkualiti yang sangat berkesan untuk mendekati anak dalam kesibukan ibu bapa sekarang.

Secara tidak langsung anak akan merasakan mereka diberi perhatian dan dihargai.

Ada juga ibu bapa yang merasakan apabila anak pandai membaca, kerja mereka semakin mudah kerana mereka mampu membaca sendiri cerita kegemaran masing-masing. Mereka tidak perlu lagi bercerita.

Pakar pendidikan mengatakan bahawa ibu bapa masih perlu membacakan cerita kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Kanak-kanak pada usia ini masih memerlukan panduan daripada ibu bapa untuk menerangkan maksud perkataan yang tidak mereka fahami dan untuk memperjelaskan mesej sebenar di sebalik cerita yang dibaca.

Semoga info ini dapat membantu rakan-rakan yang membaca.

Sekian.

Note: Saya telah mengubah tajuk entri ini dari “Anak-anak Perlukan Perhatian” kepada “Pelajar Lemah Perlukan Lebih Perhatian” kerana ianya lebih niche. hehe..

~fyzul MP

 
2 Comments

Posted by di Julai 20, 2010 in Keluarga

 

Label: , ,

Sejauh mana kita mengenal ibu..??

(Mama..Selamat hari ibu..)

Hari nie hari istimewa buat semua insan yang bergelar ibu..Selamat hari ibu!! Khasnya buat mamaku Puan Zaiton Abd Jalil. Love you so much!!

Saya teringat nasihat dan pesanan lecturer saya En Ismail Mahmood tentang sikap dan perasaan hati seorang ibu.

Hari ini saya ingin kongsikan nasihat beliau kepada rakan2 sekalian..

Perasankah kita, sewaktu kita masih kecil kita rasakan ibu kitalah orang yang paling garang di rumah. Pantang buat kesalahan, ibu akan marah kita.. Cubitan, rotan dan pukulan si ibu memang lumrah ketika kita berusia kanak-kanak..

Apabila kita meningkat remaja, berada di sekolah menengah, perasankah kita akan perubahan sikap ibu kita? Adakah si ibu akan merotan kita bila bergelar remaja?? Sudah tiada bukan..Ibu kita akan menasihati kita sekiranya kita membuat salah. Merotan bukan lagi kaedah yang ibu gunakan. Kerana si ibu hormat perasaan anak-anaknya. Namun adakah kita mengerti penghormatan ibu berikan? Ada anak2 hari ini, yang bergelar remaja, apabila di nasihat mereka tidak endahkan. Mereka rasa mereka dah besar! Dah cukup mengenal dunia!! Wah! Hebat anak2 hari ini. Sanggup membelakangkan nasihat si ibu yang lebih makan garam tentang kehidupan ini.

Natijahnya? Lihat lah dunia, gejala sosial yang melanda!! Kelahiran anak luar nikah yang berleluasa..Jangan salahkan ibu yang mengandung, tapi salahkan diri yang ego dan tidak mendengar nasihat yang baik!!

Tahukah kita,

Apabila si ibu semakin dijamah usia, si anak-anak semakin meningkat dewasa, sudah mampu berdikari.. Si ibu mengharapkan bantuan si anak membantunya. Bukanlah bantuan wang ringgit yang diperlukan, tetapi kasih sayang anak-anak yang di inginkan. Apabila di dapur, jika sewaktu kita kecil si ibu akan memasak untuk anak2 mereka. Namun setelah anak-anak dewasa, si ibu inginkan si anak bersamanya di dapur memasak bersama. Kadang kala si ibu inginkan si anak sendiri masak untuk mereka pula..Adakah kita perasan akan hal ini rakan-rakan sekalian??

Walaupun si ibu tidak berkata apa-apa apabila si ibu masih memasak berseorangan untuk anak2nya yang dah dewasa. Namun dalam hatinya adakah kita tahu perasaannya?

Tahukah sahabat sekalian, hati si ibu semakin sensitif apabila semakin meningkat usianya..Si ibu lebih mesra untuk berbual bersama anak-anaknya ketika ini dari memberi arahan2 kepada anak-anaknya kerana si ibu tahu, anaknya sudah dewasa..

Semperna hari mulia ini, mari sama-sama kita menyelami hati ibu kita..

Berikan yang terbaik buat mereka. Hormati mereka. Kasih mereka..Siapa kita tanpa ibu dan bapa..

****

Belaian Ibu

Album : Damai
Munsyid : Hijjaz

http://liriknasyid.com

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh? ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh? Ibu

****

 
4 Comments

Posted by di Mei 9, 2010 in Keluarga

 

Label: , ,

Siri 4: Belajar 4 Rahsia Kanak-Kanak

(Ceria…)

Secara umumnya semakin kita dewasa, kita menjadi semakin serius. Serius kita bukan seperti seriusnya para ulama, yang mana serius mereka itu adalah disebabkan sifat warak yang ada pada mereka. Serius mereka kerana hati mereka diisi dengan zikrullah. Sebaliknya serius rata-rata orang awam seperti kita adalah disebabkan permasalahan hidup yang datang bersilih-ganti.

Namun, kanak-kanak adalah satu golongan yang unik. Tidak pernah kita melihat kanak-kanak yang tidak boleh tidur malam kerana memikirkan masalah hutang dua ringgit kepada kawannya. Tidak pernah juga kita melihat kanak-kanak yang tidak lalu makan apabila surat cinta yang diletakkan di bawah meja budak perempuan kelas sebelah, tidak berbalas. Sekarang bandingkan bagaimana jika masalah-masalah seperti ini terjadi kepada golongan orang dewasa seperti kita.

Kanak-kanak, lebih-lebih lagi dari kategori 7 tahun ke bawah adalah golongan yang paling tidak stress di atas muka bumi ini. Dunia mereka seakan-akan bebas dari sebarang masalah.

Saya tidak ingat tarikh tepat bila saya pencen dari menjadi kanak-kanak sepenuh masa. Sedar-sedar saya sudah menjadi remaja, dan kini saya sudah dewasa. Sekarang saya rindukan zaman yang paling indah itu. Rasa-rasanya juga, zaman naik pelamin yang didakwa sangat seronok oleh rakan-rakan saya yang sudah berkahwin itu, tidak akan mampu untuk mengatasi zaman kanak-kanak yang penuh riang, gembira, tiada stress dan lagi nikmat itu!

Maka disebabkan itu, kebanyakkan orang dewasa akan merindui zaman kanak-kanak mereka. Kalau boleh, saya sendiri mahu kembali ke umur saya 5 tahun, dan kemudiannya berharap agar masa menjadi pegun dan tidak akan bergerak selama-lamanya. Tetapi apakan daya, itu bukan sunnah kehidupan alam ini.

Hai, cukup membazir apabila zaman yang paling bermakna itu hanya dimiliki oleh kanak-kanak. Oleh kerana saya tidak boleh kembali dan hidup di masa lampau, maka saya hanya mampu untuk berfikir seperti kanak-kanak. Saya rasa, ada sekurang-kurangnya 4 rahsia mengapa kanak-kanak kelihatan gembira. Rahsia-rahsia ini biasanya lebih jelas wujud di kalangan kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke bawah. Amalkan 4 rahsia ini, insyaAllah keceriaan kita bertambah.

Ini rahsia-rahsianya:

1) Mudah terpesona dan berpuas hati dengan benda-benda kecil

Dari semut di lantai, cicak di siling, sehinggalah kapal terbang di awanan. Mereka mudah terpesona dengan semua benda-benda yang dipandang remeh oleh orang dewasa.

Mereka jarang cerewet dan jarang merungut dengan apa yang diberikan oleh ayah atau ibu mereka. Ketika saya mahu melangkah ke darjah 1, saya masih ingat waktu ayah saya membelikan saya kasut sekolah yang bagi saya sangat murah harganya. Ia bukan dari jenama Bata, Pallas Jazz, dan sebagainya. Jika hari ini, kasut itu mungkin dilabelkan dengan jenama Kasut Cap Ayam.

Tetapi saya tidak kisah sama ada kasut itu berjenama atau tidak, asalkan kasut itu memiliki bahagian yang boleh memantulkan cahaya putih apabila ia disinari oleh cahaya kereta. (Nota tambahan: Ketika awal 90-an, kasut seperti ini amat popular. Di samping memiliki ciri keselamatan, kanak-kanak sekolah yang memakai kasut demikian akan dipandang cool oleh rakan sebaya).

Malangnya apabila kita dewasa, kita susah berpuas hati dengan apa yang kita miliki. Agak susah untuk mencari anak-anak muda yang tidak tergila-gilakan kasut Nike atau Adidas. Saya bersyukur kerana saya jenis yang tidak terlalu memilih jenama dalam berpakaian.

Contoh lain, mengapa perlu menukar telefon bimbit pada setiap tahun, padahal telefon yang sedia ada masih lagi elok? Mengapa perlu membeli pakaian baru setiap bulan padahal pakaian yang sedia ada masih lagi tidak rabak? Mengapa perlu sentiasa membeli buku-buku baru padahal buku-buku yang dibeli sebelum ini masih lagi tidak khatam dari kulit ke kulit? Mengapa kita selalu cerewet dengan makanan yang dihidangkan sedangkan kira-kira 30 orang kanak-kanak mati kebuluran setiap minit?

Kanak-kanak mudah dipuaskan. Itu sebab mereka gembira. Orang dewasa pula susah berasa gembira kerana sentiasa ditipu oleh dunia fatamorgana ini. Elakkan mengejar kesempurnaan dalam hal-hal yang bersifat material ini kerana manusia tidak akan berasa puas selagi syukur tidak menjadi dinding di dalam hati.

Kurangkan mengharap banyak benda dalam dunia ini. Harapan duniawi selalunya mengecewakan.
Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by di April 11, 2010 in Keluarga

 

Label: , ,

Siri 3: Teknik Mendidik Anak Cepat Pandai..

(Pupuk minat membaca anak2 seawal mungkin..)

Buat pembaca blog saya, saya mohon maaf kerana minggu ini tidak sempat untuk membawa artikel minda hebat siri ke-2 minggu ini kerana terlalu sibuk dengan tugasan di minggu2 akhir kuliah di UTM..

InsyaALLAH saya akan update blog saya pada minggu2 akan datang..

Pada hari jumaat yang baik ini, alhamdulillah saya terjumpa artikel dari berita harian teknik untuk mendidik minda anak2 supaya menjadi pintar yang telah di terbitkan pada tahun 2008..

Saya rasa perlu untuk saya letakan di blog saya supaya akan datang, saya boleh membaca semula tips ini untuk diaplikasikan setelah berumah tangga..hehe..Tapi tips ini bukan hanya sesuai untuk ibu bapa, remaja2 pun boleh membaca dan mempraktikkan kepada adik2 mereka teknik ini supaya adik2 mereka pandai..insyaAllah..:)

Teknik ini di ambil dari Jepun, “SHICIDA METHODS “.

Menurut penulis artikel ini, kaedah ini boleh nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :

1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a..b.c.d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

Read the rest of this entry »

 
14 Comments

Posted by di Mac 26, 2010 in Keluarga

 

Label: ,

Siri 2: Erti Bahagia..

(ku impikan bahagia dunia dan akhirat..)

Apakah erti bahagia? Bagaimana rasanya bila bahagia??

Setiap orang pasti ada pandangan mereka yang tersendiri tentang erti bahagia. Ada yang merasakan dengan mempunyai banyak duit, kereta mewah, rumah besar, isteri cantik dia sudah bahagia..Adakah bahagia diukur dengan duit atau harta??

Ada juga yang merasakan bahagia apabila dapat bercuti bersama keluarga semasa musim cuti sekolah. Kerana inilah sahaja peluang untuk bergembira dengan keluarga kerana ada yang sibuk bekerja pada hari2 biasa..Adakah waktu membataskan kita untuk bahagia??

Ada juga yang merasakan bahagia apabila ibu bapa mereka tidak mengongkong mereka. Bahagia apabila semua perkara dilakukan tidak dimarahi oleh ibu bapa mereka kerana ibu bapa mereka tidak kesah. Adakah kita akan bahagia dengan cara ini sepanjang masa??

Tentu kita akan gembira bila anak atau adik kita berjaya dalam pelajaran bukan?? Mana ada ibu bapa bahagia anak malas belajar, nakal, ponteng sekolah, mengamuk awal pagi bukan??

Erti bahagia sesuatu yang abstrak, saya tidak boleh berkata dengan buat cara ini dan ini kita boleh bahagia..Kerana bahagia berbeza mengikut pandangan  setiap individu.. Dari segi pandangan ibu bapa, mereka akan berasa gembira apabila anak-anak mereka cemerlang dari segi akademik, dan sahsiah. Dari pandangan seorang anak, mereka berasa bahagia apabila meihat ibu bapa mereka gembira dengan adanya mereka disisi ibu bapa mereka.

Walau individu bebas mentafsirkan erti bahagia kepada mereka, namun begitu, Islam juga ada menggariskan bagaimana cara nak capai hidup bahagia..:)

Semasa membaca artikel2 di blog saifulislam, saya terjumpa artikel karya ustaz berkaitan tips hidup bahagia. Di kesempatan itu saya bawakan artikel beliau disini untuk perkongsian kita bersama tertama yang belum membaca artikel ini di blog ustaz.

Semoga kita sama2 mendapat iktibar dari artikel ini, insyaAllah..

***

Tips Hidup Bahagia: “Ingat 2 Perkara, Lupa 2 Perkara.″

Read the rest of this entry »

 
2 Comments

Posted by di Mac 19, 2010 in Keluarga

 

Label: , , ,

Siri 1: Betul ker cara nie didik anak??

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..:)

InsyaALLAH mulai bulan ini, saya akan lebih banyak mencari dan berkongsi info-info ilmiah dalam blog saya ini. Info2 ini bertujuan memberi pendedahan dan pembaikan kepada diri saya dan juga pembaca setelah membaca artikel2 disini..InsyaAllah..

Hari ini, kebetulan dalam mencari-cari info bekenaan isu-isu kekeluargaan, saya terbaca isu yang dikupas oleh ustaz zaharuddin dalam blog beliau berkenaan tips mendidik anak-anak masa kini.

Pandangan dan kupasan yang ustaz zaharuddin berikan sangat menarik dan antara message yang disampaikan adalah; 1.Didik anak secara ilmiah dan berlembut, 2.Menghormati pandangan anak dan banyakkan perbincangan dua hala dalam keluarga, dan akhir sekali 3. Menghargai mereka.

InsyaAllah dengan membuat sedikit pendekatan baru atau kaedah baru dalam mendidik, ibu bapa mampu melahirkan jiwa anak-anak bersih rohani dan jasmani dan akhirnya menjadi permata hati ibu bapa dunia akhirat.

Permata sekiranya tidak digilap, kilauan dan nilai yang tersembunyi tidak dapat dilihat. Melahirkan anak yang soleh merupakan impian semua ibu bapa kerana setelah matinya seorang anak adam, tiada yang tinggal melainkan anak-anak yang soleh yang sering mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka. Untuk melahirkan individu yang soleh, pendidikan dan penjagaan terhadap anak-anak dari peringkat awal teramat penting.

Jesteru untuk mengetahui lebih lanjut kupasan Ustaz zaharudiin tentang isu ini, boleh teruskan pembacaan anda..:)

Read the rest of this entry »

 
3 Comments

Posted by di Mac 5, 2010 in Keluarga

 

Label:

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.