RSS

Arkib Bulanan: Januari 2012

Warranty Card Jangan Buang!

HeHeHe…

Itu adalah amaran keras untuk semua sebagai introduction.

Ya! Warranty card jangan buang atau terbuang!

Kerana….

Tiada bukti barang masih dalam warranty apabila barang rosak.

Itu yang terjadi kepada saya, pertengahan tahun lepas (dalam bulan Julai) beli jam tangan dan ada warranty untuk 1 tahun. Minggu lepas ntah tiba-tiba jam mati. Sangkaan bateri dah habis, maka pergi ke kedai jam just terus tukar bateri baru. Habis RM10..

Keesokkan harinya, pakai untuk pergi kerja tengok masa terhenti tak bergerak.

Adiuh! Rosak la nie.. <Pikir dalam hati..>

Otak ligat teringat. Wah! Masih dalam warranty!! Sambil tersenyum.. :) <Hati dah happy sebab teringatkan ada warranty..>

Balik kerja, ligat mengeledah bilik mencari dimana warranty card dia disimpan.

Cari punya cari punya cari… Sekali tak jumpa daa..

Oh! Maybe dah terbuang sewaktu kemas bilik hujung minggu.. huhu..

Hari ini masih mencari, takut-takut terselit mana-mana dalam beg galas. Tapi tetap tak jumpa..

Maka pilihannya dua, pergi kedai jam baiki <jika boleh> atau keluarkan sikit bajet beli jam baru.. hurm…

Pengajarannya..

Jangan sesekali sepah-sepahkan warranty card barangan yang anda beli. Simpan dengan baik sehingga tempoh sah tamat supaya sebarang kerosakkan boleh terus dihantar ke kedai untuk di baiki secara PERCUMA.

P/S: Jika ada pengalaman yang serupa boleh share-share di sini.. hehe.. :)

 
Leave a comment

Posted by di Januari 18, 2012 in Perkongsian

 

Mindatif Plus Pilihan No 1 Keluarga Saya!

(Inilah Produk Mindatif Plus..Gambar semasa di blog lama saya.. ;) )

Saya katakan Mindatif Plus pilihan No 1 keluarga saya kerana Mindatif Plus merupakan produk homeopati yang pertami kami sekeluarga amalkan dan kami sekeluarga amat berpuas hati dengan kelebihan produk ini lantas mengambil peluang berkongsi pengalaman dan kebaikan produk ini bersama kawan-kawan kejiranan, keluarga terdekat dan kepada semua yang ingin bersama mengamalkan produk ini untuk keluarga mereka.

Saya Masih Kekal Aktive Menjual Mindatif Plus

Alhamdulillah walaupun sudah lama tidak update di blog saya tentang produk Mindatif Plus, ramai pelanggan baru dan lama masih bertanya kepada saya sama ada masih aktive menjual produk Mindatif Plus atau tidak.

Jawapan saya: Ya, saya masih aktive menjual produk ini dan kepada warga Kuantan, boleh dapatkan produk ini terus melalui keluarga saya yang berniaga di Pasar-pasar malam kawasan Kuantan. :)

Mari mencuba produk kami..

Kepada rakan-rakan yang belum pernah mencuba produk Mindatif Plus, saya sarankan untuk mencuba produk kami dan rasai sendiri kelebihan dan perubahan terhadap diri atau anak-anak anda. Untuk menambah keberkatan, dibacakan bersama surah al-insyirah sebelum atau semasa mengambil produk ini.

Sekiranya ingin tahu lebih lanjut tentang kandungan dan harga produk Mindatif Plus, boleh klik pada page Mindatif Plus diatas. Semua butiran ada saya nyatakan disana..

Keluarga saya telah membuat keputusan memilih Mindatif Plus sebagai makanan tambahan untuk keluarga saya.

Jadikan Mindatif Plus Pilihan No 1 Keluarga Anda Juga. :)

Sekian Terima Kasih..

 
Leave a comment

Posted by di Januari 17, 2012 in Info Mindatif

 

Label: ,

Betta: Baka Halfmoon

Assalamualaikum wbt..

Dah terlalu lama tak update tentang ikan laga @ betta di blog ini..hehe.. <Bimbang juga ramai akan menyangka saya dah tidak membela ikan laga. :) >

Walaupun begitu, rakan-rakan yang meminati dan membela ikan laga tidak jemu bertanya dan memberi komen dalam entri saya sebelum ini, terima kasih.

Hari ini saya ingin kongsikan betta baka halfmoon saya.. Merah menyala! hehehe..

              (Si Merah! Maaf atas kualiti gambar yang kurang memuaskan..)

Jika perasan di belakangnya ikan laga betina warna biru.. hehehe..

Sebenarnya baka saya ini telah mengawan 2 kali namun tidak berjaya membesar kesemuanya..

Ini antara anak betta yang berjaya hidup dan saya asingkan dalam bekas lain..

Ingin tahu apakah anak-anak betta saya ini berjaya survive dan hidup membesar??

Nantikan dalam entri berikutnya…hehe :P

p/s: Selepas 2 kali mengawan, baka halfmoon saya ini dibiarkan keseorangan selama lebih 2 bulan. Dan minggu lepas baru saya carikan pasangannya. Minggu ini baru nampak cergas semula dan mula membuat buih2 dalam akuarium saya. Tak sabar rasanya melihat baka halfmoon saya ini membiak lagi..hehehe..

 
2 Comments

Posted by di Januari 15, 2012 in Ikan Hiasan

 

http://wakseman.wordpress.com telah ditransformasi..

Assalamualaikum wbt..

Kepada rakan-rakan yang telah mengenali blog http://wakseman.wordpress.com pasti tidak asing dengan tajuk entri ini.

Namun buat rakan-rakan yang pertama kali melawat blog saya, terima kasih.. :)

Ini bukanlah blog pertama saya kerana blog pertama saya yang aktive adalah http://wakseman.wordpress.com. Mulai 2012, saya ingin mentransformasikan blog pertama saya kepada blog yang lebih sesuai namanya. Maka lahirlah idea untuk memperkenalkan blog baru saya ini yang mana saya gunakan nama saya sebagai domain blog.. :)

Apa bezanya blog wakseman dengan sekarang?

Tiada beza.. Semua entri dan post dalam blog lama saya telah saya muatkan ke dalam blog ini agar rakan-rakan tidak perlu bersusah payah untuk membuka blog lama saya untuk mencari entri-entri lama yang berkaitan.

Cuma mulai 2012, saya akan update di dalam blog ini dan tidak lagi di wakseman.wordpress.com. :)

Akhir kata, jangan bosan-bosan melawat blog saya ini.. heheehe…

 
Leave a comment

Posted by di Januari 14, 2012 in Perkongsian

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.